Rima Pantun

Satu email berkaitan pantun dari seberang selat adalah antara banyak-banyak email yang masuk ke kotak gmail aku. Nampak menarik dan aku fikir molek juga kiranya aku kongsikan dalam entri kali ini buat tatapan kita semua.

Aku salin semuanya dan susun semula agar pantun dan contoh yang diberikan senang untuk dibaca dan difahami.

“Tolong beritahu para pemantun Tuan, bahawa bunyi hujung setiap rangkap pantun tak boleh semuanya sama.

Contoh: saperti Pantun Budak Perempuan

Semat butang tidak bergaya,
kain berbulu pasti dicuba.
Selamat datang ke teratak saya,
Komen dan follow menanti tiba.

Pantun tadi menyalahi syarat berpantun. Pembayang maksud semoleknya mengesahkan tentang pemandangan dan bukan pernyataan. Syarat berpantun, bunyi hujungnya mesti A.I.A.I.

Contoh:

Pergi bertandang rumah Pak Yahya,
Hidangan lauk ayam dan ikan.
Selamat datang ke teratak saya,
ulasan dan susulan sila kirimkan.

Perhatikan bunyi hujungnya, Yahya, Ikan, Saya dan kirimkan. Barulah dikatakan pantun. Kalau bunyi hujung rangkap pantun, semuanya sama, bukan pantun namanya.

Saya Mohamed Ashik, mantan penerbit/penyiar Kanan Radio Warna, Mediacorp Singapura, yang telah bermandi di kolam pantun sejak tahun 1969 di Radio. Semuga dapat diterima pandangan saya ini dengan fikiran terbuka. Terima kaseh.”

Rima pantun ialah suku kata terakhir dalam sesuatu baris pantun dan ia mesti berselang seli antara baris. Tehramuan.Com mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Saudara Mohamed Ashik yang tidak lokek dan sudi berkongsi ilmu. Harap semua pembaca faham apa yang mahu disampaikan oleh beliau.

Bawa pedati keliling negeri,
Turut sertai hamba sahaya;
Gagal berkali cubalah lagi,
Akhirnya pasti akan berjaya.

TehrDemikian kisah 'Rima Pantun' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


15 Comments

  1. Naziman says:

    Sebenarnya saya kurang faham lagi maksudnya tu. Bukan boleh kalau sama meh? Kalau dari sekolah rendah dulu lagi di ajar berpantun, belakang mesti sama, paling kurang huruf sama. Paling bagus bunyi nya sama baru sedap di dengar.

    Emak jalan-jalan kepasar,
    Malas bersendiri di ajaknya saya,
    Saya budak masih belajar,
    Kalau salah tunjuk-tunjukkan ya.

    Amacam boleh syarat berpantun? hehe

    1. tehramuan says:

      hehe
      Memang dah boleh sangat dah tu, bro
      Tepat sekali

  2. UmmiKami says:

    Dekat paya ada kelapa..
    Kerap haruan dan pari bertemu..
    Bakat saya tiada seberapa..
    Harap tuan memberi ilmu..

    Kebaya pesak gemalai santun..
    Langkah Melayu tari diatur..
    Saya tidak pandai berpantun..
    Bolehkah cikgu memberi tegur…….:D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Hakikat…My Profile

    1. tehramuan says:

      memberi tegur?
      saya sendiri ada ketikanya main hentam keromo je :D

      Langkah Melayu tari diatur,
      Langkah Cina gaya kungfu;
      Siapa tahu silalah menegur,
      Begitu cara berkongsi ilmu.

      1. UmmiKami says:

        Cenderawasih mimpi bertemu..
        Lena terlentuk susah didekat..
        Terimakasih berkongsi ilmu…
        Berguna untuk mengasah bakat..

        Ok dak :D
        UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Hakikat…My Profile

  3. Amirez says:

    macam tu rupanya. ingatkan boleh kalau rimanya sama setiap baris. kalau sama semua baris rasanya itu syair kan?

    Mudik ke Hulu Menaiki Rakit
    Dayung Rakit Hingga ke Muara
    Tidak Mengapa Salah Sedikit
    Asalkan Budaya Kekal Terpelihara
    Amirez baru je tulis kisah Ziarah Kedua ke Masjid Brunei Danau Tok UbanMy Profile

    1. UmmiKami says:

      Kak Ummi suka pantun anda.. :D
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Hakikat…My Profile

      1. Amirez says:

        terima kasih Kak Ummi. pantun spontan, biasa susah saya nak buat pantun ni hehe
        Amirez baru je tulis kisah Ziarah Kedua ke Masjid Brunei Danau Tok UbanMy Profile

  4. LadyBird says:

    ingtkan boleh jer kalau same semua.. huhuhu
    LadyBird baru je tulis kisah Bukan Mudah Nak Jaga AnakMy Profile

  5. titan says:

    hari-hari makan ikan..
    ahh..hentam ajelah kannn..

    haha..
    titan baru je tulis kisah Lee Ming Yu paling kacak.My Profile

    1. UmmiKami says:

      Pantun dua kerat paling senang ..kan… :D
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Hakikat…My Profile

  6. donnyien says:

    hai bro Tehr,
    Moga kritikan seperti ini akan terus membantu bro untuk menulis pantun dengan lebih bagus lagi. Tahniah dan all the best!
    donnyien baru je tulis kisah Abang penulis yang bagusMy Profile

  7. zool says:

    GItu rupanya.. bagus la perkongsian camni
    zool baru je tulis kisah Meningkatkan estim diriMy Profile

  8. Cikgu Hairul says:

    Saya setuju sangat. Pandangan-pandangan macam inilah yang boleh memperkayakan ilmu kita. Bukan semua orang pandai berpantun, jadi yang pandai berpantun tu tegur-tegurlah kalau ada salah silap. Semuga kita dapat manafaat.
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah Alternatif Subscription FormMy Profile

  9. padin says:

    perkongsian macam ni menarik juga….
    kita kongsi ape kita tau,
    org kongsi ape yg diorang tau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun