Rilek Sekejap

Apa khabar semua. Kita tinggalkan hal PRK DUN Merlimau dan DUN Kerdau sekejap. Seperti kebiasaan setiap dua minggu, kita bersantai dengan entri minta pantun dari sahabat blogger. Dua minggu lepas, pantun dari sahabat kita Sabahan Bloggers Club dan Zulkbo telah menghiasi ruangan Pantun Pilihan Dari Sahabat di sidebar blog ini.

Kedua mereka memang pandai berpantun. Tahniah dan tabik hormat dari saya. Kalau sebelum ini kata kunci yang diberi ialah Kerdau dan Merlimau, pada kali ini saya memilih perkataan jiran dan tetangga untuk dimasukkan ke dalam pantun. Ingat ya, tiada sebarang hadiah diberikan, hanya sekadar pantun-pantun yang terpilih akan diletakkan di ruangan Pantun Pilihan Dari Sahabat. Itu sahaja.

jiranturun ke sungai menahan lukah
menjerat sembilang si ikan keli
baiknya perangai jiran sebelah
kita bertandang tidak dipeduli

berkayuh mudik mengail gelama
dapatlah pula si anak tenggiri
berbuat baik sesama tetangga
jangan dilupa keluarga sendiri

Adalah sangat tidak mungkin untuk kita hidup bersendirian tanpa mempedulikan orang sekeliling terutamanya jiran tetangga. Kita boleh menjadi mata dan telinga jiran ketika mereka balik kampung misalnya. Sedangkan tarzan masih memerlukan jiran dan kawan-kawan, inikan pula kita manusia yang memang dituntut untuk saling tolong-menolong antara satu sama lain.

Saya akan membuat pilihan 2 rangkap pantun yang paling memikat pada pagi Ahad [06.03.11] nanti. Jangan lupa tulis pantun! :D

TehrDemikian kisah 'Rilek Sekejap' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


26 Comments

  1. padin says:

    ahhhh lebih 5 minit dok pikir tehr,
    tak berbakat T_T

    1. Ismail N says:

      dah 5 minat jugak ni.. tapi masih belum give-up..
      Mahu cuba jugak ni. Baru aje baca artikel motivasi dari blog Hadi Rofee.. so mesti cari penyelesaian jugak ni :D

      1. padin says:

        memang susah nak buat keywords jiran dan tetangga tu,
        tak sampai level

  2. Alamak.., pantung lagi. Nak kena panggil blog tehr pantun ni…. :D

    OK. cuba ler pantun karat saya ni…. ;)

    Teh hijau kopi pekat,
    minum bersama jiran tetangga,
    jiran sepakat membawa berkat,
    kerja mudah keselamatan terjaga.
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Google Profiles new interfaceMy Profile

    1. Mus says:

      memang bebakat besar SBC dalam berpantun ni..
      Mus baru je tulis kisah Soil Stabilization Day 1 – Clutch Lining TerbakarMy Profile

  3. kulanz says:

    bab pantun ni aku mmg kurang sikit..
    tapi nak try jugalah buat ni nanti.. :)
    kulanz baru je tulis kisah Uji Bakat Sejuta Impian Hari IniMy Profile

    1. Mus says:

      tak sabar dengar pantun bro kulanz ni
      Mus baru je tulis kisah Minisite NotaHartanahcom Dah Hampir SiapMy Profile

  4. akubiomed says:

    Saya hendak mengasah bakat berpantun yang makin menghakis

    Hormati jiran makin berkurang
    Hidup tetangga perlu berpakat
    Rukun tetangga makin menghilang
    Hidup berjiran membawa muafakat
    akubiomed baru je tulis kisah CONTEST Saya Sayang Mesir!My Profile

  5. toyol says:

    semua orang berjiran kan..
    dan selalu jg dngr ada orang bergaduh dngn jiran sebelah, jiran skampung.. emm.. mcm2 kn..

    adat berjiran saling mengenali,
    sesama tetangga perlu dihormati,
    masa susah beban dikongsi,
    rezeki berlebih bersama nikmati..
    toyol baru je tulis kisah AYAH- JANGAN SEMBELIH SAYA! part 1My Profile

  6. Wan says:

    ali panjat pokok kelapa
    jiran tetangga jgn dilupa

    1. Mus says:

      wah.. pantun 2 kerat..
      Mus baru je tulis kisah Soil Stabilization Day 1 – Clutch Lining TerbakarMy Profile

  7. sud@is says:

    buah ciku buah mangga
    banyak terdapat di Pekan Rabu
    bertegur mesra jiran tetangga
    saling membantu bila perlu

    yang bodo2 je tehr..hehe
    sud@is baru je tulis kisah Lama Kenal Pun KeliruMy Profile

  8. Ismail N says:

    selepas 10 minit di blog teh ramuan…..

    kalau mudik ke kuala Danga
    sampan di baruh, jangan tinggalkan
    kalau sepakat jiran tertangga
    semua perkara dapat kita usahakan

    1. Mus says:

      10 minit yang amat berharga..
      Mus baru je tulis kisah Soil Stabilization Day 1 – Clutch Lining TerbakarMy Profile

  9. mie says:

    nak try juga la…

    ke kedai mamak membeli capati
    singgah sebentar di warung Rossa
    jiran tetangga sentiasa dihormati
    barulah hidup aman sentosa
    mie baru je tulis kisah Kenapa Mesti Mengidam BrowniesMy Profile

  10. Ali ridha says:

    terfikir juga ni.nak rilek berapa lama?
    Ali ridha baru je tulis kisah 60 Hari bersama Linux Mint 10My Profile

  11. zulkbo says:

    Turun ke lubuk menahan lukah
    lukah ku pecah ikan ku lari
    Baiknya jiran sebelah rumah
    Berkaraoke hampir setiap hari

    Mengail ikan sampai ke Melaka
    Bukan musimnya dapatlah ikan duri
    Bukan niatku bermasam muka
    Tetangga ku hanya mementingkan diri
    zulkbo baru je tulis kisah Keputusan PRK N28 Kerdau Dan N27 Merlimau Di Umum Jam 8 Malam EsokMy Profile

    1. Mus says:

      bro zulkbo ni memang berbakat besar..
      Mus baru je tulis kisah Soil Stabilization Day 1 – Clutch Lining TerbakarMy Profile

  12. etomyam says:

    nak cuba jugak reka pantun ni hehe
    cerita pasal jiran ni, kat estet batu ni lain peelnya jiran2 kat sini
    etomyam baru je tulis kisah Its All About WebhostingMy Profile

  13. Cik Siti says:

    Di atas tangga sambil berbicara,
    Rasa gelisah ditanya nama,
    jiran tetangga bagaikan saudara,
    saat susah senang bersama.

    Bertemu jiran di tepi telaga,
    Dari sawah membawa pulasan,
    Tanamkan kemesraan jiran tetangga,
    Jalinkan ukhwah sesama insan,

    sungguh pun jiran depan rumah adalah cina namun selalu juga berbual bicara….
    Cik Siti baru je tulis kisah Tingkatkan Keyakinan DiriMy Profile

  14. kaizen says:

    wah.. akan kutunggu 2 pantun paling memikat itu… hehe
    kaizen baru je tulis kisah TeRiNGaT KHuTBaH JuMaaT SeMaLaMMy Profile

  15. tehr says:

    minta maaf semua
    kali ini saya tidak reply setiap komen kerana saya menunggu komen pantun dari sahabat semua

    terima kasih juga kepada sahabat yang tidak sempat untuk mengarang pantun

    dua pantun pilihan telah saya letakkan dalam entri terkini dan tahniah untuk mereka berdua

  16. Zik says:

    tak mampu untuk berpantun… jalan2 pergi cari pahat, jom kita berehat..
    Zik baru je tulis kisah Surat misteri dari Bro mancai akan hairilhazlancom!My Profile

  17. ghost writer says:

    tengah berfikir…bila aku punya jiran-jiran yang baik dan ramah..
    ghost writer baru je tulis kisah unmade bedsMy Profile

  18. Norgadis says:

    Tempayan lama buatan tembaga
    Terukir indah hiasan permata
    Jiran tetangga bagai keluarga
    Dapat membantu kala derita.
    Norgadis baru je tulis kisah Asterawani Di LabuanMy Profile

  19. dnoBiz says:

    jiran kalau yang jenis baik memang mcam keluarga, tapi kalau yang teruk boleh mengalahkan musuh pererangainya
    dnoBiz baru je tulis kisah Guru Cabul Murid – Guru “DiTuduh” cabul 11 MuridMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun