Rezeki

Rezeki datang dari berbagai-bagai sumber dan dalam berbagai-bagai bentuk. Ada ketikanya datang dalam keadaan kita sedar dan ada ketikanya pula ketika kita tak sedar [atau sengaja tak mahu sedar?] Ada juga rezeki yang kita terima dengan usaha dan kerja yang kita lakukan dan ada pula ketikanya rezeki datang tanpa kita mencari-carinya. Semuanya kerana kebesaran Allah swt.

minggu lepas kuterima bukuajaibnya-sedekah
memang menjadi rezeki bagiku
kulitnya cantik berwarna biru
hadiah daripada sahabat baru

semakin bersedekah semakin kaya
sukarnya juga orang nak percaya
tapi begitulah kehidupan manusia
bukannya boleh ikut akal sahaja

kalaulah diturut teori ekonomi
milik berkurang apabila memberi
tetapi bersedekah seikhlas hati
hanyalah allah memberi ganti

Buku ‘Ajaibnya Sedekah – Semakin Bersedekah Semakin Kaya’ karangan Muhammad Muhyidin ini dihadiahkan oleh rakan blogger hafizmd. Terima kasih. Aku sudah pun habis membacanya sekali tapi memang perlu diulang baca lagi untuk lebih faham. Anak perempuan aku juga sudah membacanya beberapa bab. Anak lelaki aku belum. :D

Buku ini tidaklah tebal sangat, hanya ada 171 ms je. Ia bukan sahaja membicarakan mengenai sedekah mendatangkan rezeki tetapi juga sedekah menolak bala, menyembuhkan penyakit, memanjangkan umur dan banyak lagi. Memang beruntung memiliki buku yang telah terjual lebih 10 000 naskah ini. Aku tengah senyum ni. Sekali lagi ucapan terima kasih dari aku sekeluarga kepada saudara hafizmd.

TehrDemikian kisah 'Rezeki' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


33 Comments

  1. padin says:

    Rezeki jgn di tolak, musuh jangan di cari kan..
    hee bestla tehr :D
    padin baru je tulis kisah Peribahasa vs FreebahasaMy Profile

    1. chii says:

      setujuuuuuuuuu..ehehe
      chii baru je tulis kisah Resume Lawak yang diterima oleh pihak MASMy Profile

      1. surihati_ku says:

        ada secedok ilmu pa kata kongsi di sini hee…
        surihati_ku baru je tulis kisah Licin Bukan SebaranganMy Profile

        1. tehr says:

          belum betul2 faham lagi ni, suri

    2. tehr says:

      memang tak tolak
      syukur2…

      1. dnoBiz says:

        dari mata kasar itu hayalah sebuah buku yang harganya mungkin tak sampai rm 30…
        Tapi hakikatnya.. Ilmu yang ada dalam buku tu akan dikongsi sampai bila bila dari Tehr sekeluarga dan seterusnya keturunan mereka yang akan datang…
        jadi cuba bayangkan berapa banyak pahala yang terhasil dari hanya sebuah buku tu…
        Tahniah Tehr.. dan syabas Fiz…
        dnoBiz baru je tulis kisah Rosak Akhlak – Kurung kekasih anakMy Profile

  2. Kalau semua manusia di bumi ini rajin bersedekah, rasanya tiada seorang pun yg mengemis dan kebuluran. Itu Ajaibnya Sedekah.

    1. surihati_ku says:

      tapi skrg lagi byk pembaziran lagi byk negara2 islam luar malaysia tu hdup mati kelaparan susah huu
      surihati_ku baru je tulis kisah Awalan Dan AkhiranMy Profile

      1. tehr says:

        ada negara islam yang kaya
        ada pula yang miskin sangat

        patutnya boleh la pakat2 bantu, kan?

        1. yas says:

          nak wat camne bro…semua pentingkan perut memasing jerr…
          yas baru je tulis kisah Lotus Zero to HeroMy Profile

    2. tehr says:

      mudah2an aku juga tergolong di kalangan orang yang ikhlas

    3. dnoBiz says:

      aku memang sokong seratus peratus..
      dan satu lagi seandainya yang diamahkan mengutip derma tu… menjaga amanah mereka….
      dnoBiz baru je tulis kisah Masalah Obesiti – Rakyat Malaysia paling ramai obesiti di ASEANMy Profile

  3. chii says:

    jangan kedekut untuk bersedekah walaupun hanya seringgit..insya Allah ganjaran/rezeki yang akan kita dpt selepas ini..akan berlipat ganda =)
    chii baru je tulis kisah Resume Lawak yang diterima oleh pihak MASMy Profile

    1. tehr says:

      betul3x
      nilainya bukan pada kuantiti
      tapi pada kualiti

  4. zulkbo says:

    salam..
    setuju..rezeki Allah di mana-mana
    kadang kala kita rasa susah tapi kalau
    dah rezeki kita..Allah permudahkan
    zulkbo baru je tulis kisah Bila Gandhi Pun Pandai Menari : Gambar Menarik Hari IniMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      kalau dah bukan rezeki
      dah dalam tangan pun boleh hilang
      semuanya ketentuan allah

  5. akubiomed says:

    Rezeki tidak datang bergolek tanpa usaha dan tawakal.
    akubiomed baru je tulis kisah Hari Graduasi abang KoningMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      kita sentiasa disuruh berusaha

  6. surihati_ku says:

    buku agma bgus juga di baca bila saban waktu baca mjlah, akhbar bosan gak..
    surihati_ku baru je tulis kisah Blogger Yang Paling Banyak BercakapMy Profile

    1. tehr says:

      bacaan untuk bekalan dunia dan akhirat
      kan?

  7. terima kasih ya tehramuan.com

    rain dapat banyak ilmu di sini :)

    salam kenal dari saya, RAIN
    kalau suka follow la (kihkihkih) ;)

  8. ghost writer says:

    tangan yang di atas lebih bagus dari tangan yang di bawah.

    penuhilah permintaan sedekah meski dari orang yang duduknya di atas tunggangan.
    ghost writer baru je tulis kisah catatan pertamaMy Profile

  9. Jai says:

    Bak kata org.. Kalau bersedekah, biarlah ibarat tangan kiri tidak tahu apa yang disedekahkan oleh tangan kiri.. :)
    Jai baru je tulis kisah Cara Buat Rayuan Permohohan E-Gtukar Guru Sesi Jan 2011My Profile

  10. yas says:

    “tangan yang memberi lebih baik dr tangan yg menerima”…itulah maksud satu hadis tu…tp bukan bermaksud tangan yg menerima tu tak baik…takut org salah paham plak nanti…:)
    yas baru je tulis kisah Lotus Zero to HeroMy Profile

  11. huhu, lately banyak plak buku yang pasal sedekah yer, kite baru jer habes baca buku yang nik aziz tulis, ader gak pasal sedekah dalam tue..

    huhu, setuju sangat bahwa takleh pakai logik akal, camner sedekah bleh buat kita kaya.. hehe, wallahualam..
    samanosuke_04 baru je tulis kisah Hari Raya AidilAdha 2011 (Yang Agak Pelik!)My Profile

  12. b3njy says:

    betul juga tu … sedakah ini memang banyak pahalanya … tetapi janganlah sedekah menunjuk-nunjuk itu tak baik namanya biarlah dengan ikhlas …
    b3njy baru je tulis kisah SAFETY INFO – JANGAN SALAHKAN KETAMMy Profile

  13. Juan says:

    best x buku ni, kalau ok nanti saya nak pi cari
    Juan baru je tulis kisah Cerpen – Matahari Disebalik AwanMy Profile

  14. Kalau lah sempat mandi di sawah.
    Jatuh ke sumur bajunya basah.
    Hari ini penuh berkah.
    Banyaklah bersyukur juga sedekah

    tiada kata seindah syahadah
    tiada ibadah seindah solat
    tiada amal seindah sedekah
    tiada hari yg di takuti selain kiamat

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy hydro fuel system kereta
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

  15. titan says:

    emm…aku dah jarang baca buku sekarang. sibuk punya pasal. haha..
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 4 dari RO2.bizMy Profile

  16. dnoBiz says:

    Hikmah sedekah ni memang cukup banyak…,
    dan ini memang turut diakui sudah jadi amalan jutawan seperti Trumph, Gate dan warent B…
    dnoBiz baru je tulis kisah Merapu Meraban – Tiba tiba Mood Merapu aku baik hari ni…My Profile

  17. hafizmd says:

    Alhamdulillah…

    Mmg benarlah bagai dikate, sedekah mampu buat kita lebih ‘kaya’…

    Cumanya jgn kita pndg kekayaan tu pd nilai wang kertas saje…

    p/s-isteri juge beli satu lg buku yg same…hehe

  18. Pacifista says:

    orang selalu sebut bagi orang yang dah berkahwin, ‘rezeki anak tu…’ :D
    Pacifista baru je tulis kisah Soalan Bocor SPM, Soalan Ramalan SPMMy Profile

  19. Mus says:

    cerita pasal buku..
    baru jer jumpa Ramlee Awang Murshid minggu lepas..dapat plak autograf
    Mus baru je tulis kisah Berlayar ke Pulau LarapanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun