Rezeki Raya Di Pasar Minggu

di pagi hari ke pasar minggu
manusia sesak berpusu-pusu
motor kereta bermacam lampu
menggamit hati untuk bertamu

di bawah pohon sepanjang jalan
berderet berbaris gerai jualan
berjenis barang hias pandangan
kain dan tudung berbagai pilihan

di gerai minum berderai ketawa
pembacuh teh senyum berbunga
si gadis manis bercermin mata
bekerja hanya untuk sementara

ulam pegaga si jantung pisang
daging sotong ikan dan udang
etak siput atau pun kerang
sudah tersedia untuk didagang

banyak ragam manusia di sini
penjual ubat menggeletek hati
kawan lama bertemu kembali
pengemis pula menagih simpati

aneka kuih bermacam juadah
ada yang kering ada berkuah
gerai sayuran dan gerai buah
setentang dengan gerai kopiah

benci dan geram si gadis sunti
beg kesayangan dibawa lari
peragut dipukul nasib tak mati
tersungkur dia menyembah bumi

letih berpusing di pasar minggu
merecik peluh membasahi baju
biar pun habis wang di saku
minggu hadapan tetap ditunggu

Rezeki ada di mana-mana bagi manusia yang mahu berusaha. Sedihnya, ada pula manusia yang melakukan usaha secara salah dan haram untuk mandapat rezeki. Sememangnya syaitan ada di mana-mana.

TehrDemikian kisah 'Rezeki Raya Di Pasar Minggu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


One Comment

  1. abgreds says:

    pasar tempat mempamer bermacam barang, dan juga berbagai ragam…tu yang tak jemu menunggu dan ditunggu.. ;)
    abgreds baru je tulis kisah Rahsia suami pendiamMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun