Rezeki, Gembira Dan Terima Kasih

Assalamualaikum / Sawadikap. Harapan agar entri ini memberikan mood gembira kepada pengunjung dan pembaca seperti gembiranya hati admin blog ini sekarang. Demo kata, senyum sampai ke telinga. :D Kenapa hati jadi gembira?

Banyak sebab yang boleh menjadikan hati gembira. Dapat balik kampung, dapat bercuti, dapat BE atau dapat cek dari Nuffnang, semuanya memberi kegembiraan. Dapat mendirikan rumah tangga atau mendapat cahaya mata lagilah tambah gembira. Kita tolak tepi golongan yang buang anak, mereka tidak termasuk dalam entri ini.

Bila hati gembira perlu pula memanjatkan rasa syukur atas rezeki yang diberikan. Bulan Oktober lepas menerima hadiah yang amat bernilai dari saudara Johari / sangilapi, admin blog Rezeki Murah. Domain dan hosting blog wordpress ini adalah hadiah daripada beliau.

Bulan ini sekali lagi mendapat hadiah dari beliau. [rasanya bukan saya seorang saja] Terima kasih sekali lagi, Joe. :) Hadiah kali ini berupa satu banner yang ditampalkan pada blog saudara Muhammad Tarmizi. Kalau nak tengok atau cuba klik, bolehlah ke blog saudara mijie.

telefon baru dibawa belayartehr
ber’live blogging’ di atas jeti
harga perahu boleh dibayar
kenangan manis dibawa mati

berdua bertiga blogger berlari
mana nak sama blogger pantas
seronok menerima hadiah free
sampai bila-bila tak dapat balas

buah cempedak di luar rumah
ambil belati tolong belahkan
kenal tidak jumpa tak pernah
tetapi rezeki sampai di tangan

Seperti jatuh cinta pula dengan wordpress. Seronok dapat belajar ilmu baru terutama cabaran dan rasa geram untuk mendapatkan page pertama pada enjin carian google. Trafik orgnik juga telah semakin bertambah. Terima kasih sekali lagi. Moga-moga rezeki admin Rezeki Murah akan sentiasa dimurahkanNYA.

TehrDemikian kisah 'Rezeki, Gembira Dan Terima Kasih' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


72 Comments

  1. Ali ridha says:

    boleh saya baca yang pertama

    singgah petang…ceria selalu.
    aku nak mandi ni.
    Ali ridha baru je tulis kisah Adsense-Pagerank dan Cpanel dikembalikanMy Profile

    1. tehr says:

      boleh2… baca je yang mana berkenan :D

      1. suri says:

        sblum nak mandi pun smpat tampal komen kat sini erk..
        isyh..isyh..

        1. tehr says:

          tampal je, seri
          jangan bagi penampar dah la :D

  2. izanishak says:

    tahniah tehr. makin seronok berbelog dgn worpress nih. dapat kawan2…dapat hadiah lagi… mmg kegembiraan yg berganda2~
    izanishak baru je tulis kisah LIVE- TWINS n PS2My Profile

    1. tehr says:

      yups, memang berganda2 gembiranya
      cuma, hari ini broadband bual hal lagi

      1. gayahspears says:

        pasni bro tak yah pkai berukband la.. pkai cheetahband laju cket..hahahaha

        1. tehr says:

          hahaha
          mulai semalam hingga hari ni brukben ni memang teruk
          nak balas komen ni pun … geram

    2. dnoBiz says:

      Lebih lebih lagi bila Otai tak kedekut Ilmu macam JO dan Miji
      :D

      Ps: aku memang tabik kat makhluk dua orang ni :D
      dnoBiz baru je tulis kisah Budak Terlampau – Gambar Video Panas Dua BeradikMy Profile

  3. Ali ridha says:

    selesa berblog guna wordpress.
    Ali ridha baru je tulis kisah Adsense-Pagerank dan Cpanel dikembalikanMy Profile

  4. Ali ridha says:

    sempat ke makan buah cempedak.

  5. Ali ridha says:

    Chan gi kaw.hihihi….
    Ali ridha baru je tulis kisah Adsense-Pagerank dan Cpanel dikembalikanMy Profile

  6. Ali ridha says:

    trafik blog ni semakin
    meningkat la.

  7. Ali ridha says:

    kat jeti ada internet ke.
    Ali ridha baru je tulis kisah Adsense-Pagerank dan Cpanel dikembalikanMy Profile

  8. Ali ridha says:

    nantikan rezeki lebih murah.
    Ali ridha baru je tulis kisah Adsense-Pagerank dan Cpanel dikembalikanMy Profile

    1. tehr says:

      insya allah

  9. Ali ridha says:

    bergembiralah dengan hadiah percuma tu.
    Ali ridha baru je tulis kisah Adsense-Pagerank dan Cpanel dikembalikanMy Profile

  10. wadud says:

    hehehehe…
    very lucky ekh bro.. :)
    teruskan berterima ksih pada allah.. :)
    wadud baru je tulis kisah Pertolongan Di Padang MahsyarMy Profile

    1. tehr says:

      ya la, bro
      apa2 hal pun syukur kepada allah yang memberi rezeki dan kemudahan

  11. belalang says:

    untungnya jadi tehr…
    nak hadiah jugak…
    waa…!!!
    belalang baru je tulis kisah Pening Kepala Ku Membaca Hal WiKiLeaksMy Profile

    1. tehr says:

      kekadang untung
      kekadang rugi

      apa2 pun terima je dengan syukur, belalang :)

  12. adah says:

    bestnya dapat free…nak jugak…uhukkk
    adah baru je tulis kisah Memori Ikan Pari Masak Asam PedasMy Profile

    1. tehr says:

      bole2, adah
      tapi kena minta dengan bro sangilapi la :D

  13. zulkbo says:

    salam..
    alhamdulillah..
    semoga terus success
    dan berjaya dalam blogging
    zulkbo baru je tulis kisah Turun Berat Badan Menang Hadiah RM 312kMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali, zul
      insya allah dapat keseronokan dengan benda ni

  14. Aretikz says:

    Yezza.. teruskan usaha teh.. hehe.. wordpress mareh! hehe..
    Aretikz baru je tulis kisah Nescafe 3 In 1 – Isu Kutuk- BPM 2010 Dan Hadiah Hari JadiMy Profile

    1. tehr says:

      masih juga sedang belajar ni

  15. bisk says:

    bertambah semangat tuh yang sedap didengar…takde lah berblogging suam2 kuku kaki jer ye dok…

    make ule make pegage
    make dengan petai dan budu
    seronok berblogging tak terkate
    yang lain tolak tepi dulu

    tapi soal family harus diutamakan.single macam saya takper lagi.hihi

    1. tehr says:

      make peta denge budu
      ike selaye pangge tawa
      hok lain tolak tepi dulu
      lepah ni kita cerita

      tak reti aku pantun dialek klate :D

      1. bisk says:

        hahaha…sy sabahan pon mau terbelit lidah..tulis pon tak betul.
        bisk baru je tulis kisah my mistakeMy Profile

        1. tehr says:

          hahaha
          saja senangkan hati…

  16. NEON says:

    WAHHH LIVE BLOGGING BEB ! CAYALAH !

    1. tehr says:

      aku belum lagi
      orang lain dah lama dah…

  17. Mohd Hafiz says:

    gembiranya si dia… wahaha.. tahniah dpt BE dr nuffnang…. :)
    seronoknya balik kampung…. jauh x kmpg tu?? mesti jauh nih…hahaha..klu x x segembira sangat kan?
    Mohd Hafiz baru je tulis kisah AFF Suzuki Cup 2010 – Thank You Indonesia!My Profile

    1. tehr says:

      tak la jauh sangat
      ambil masa dalam 30 minit dari airport kuching
      kami akan tinggal di batu kawa

  18. kulanz says:

    moga semuanya lebih murah rezeki, tuan blog ni, bro sangilapi & bro mijie.. kami tumpang gembira juga…
    kulanz baru je tulis kisah Wajarkah Jawatan Guru Pembantu Guru Kedua Diwujudkan di sekolahMy Profile

    1. tehr says:

      alhamdulillah
      moga2 rezeki mereka dan kita semua akan bertambah murah

  19. zik says:

    alhamdulillah rezeki…. yang tak disangka sangka…
    zik baru je tulis kisah Keputusan malaysia vs vietnam Separuh akhir 1- piala suzuki 2010!My Profile

    1. tehr says:

      memang tak tersangka, zik
      bro joe memang pemurah dan murah rezeki
      patut pun blog nama rezekimurah :)

  20. sud@is says:

    syukur rezeki berganda
    berkat usaha
    nak juga rasa
    ntah bila….
    sud@is baru je tulis kisah Peristiwa 10 Muharram dan Amalan SunatMy Profile

    1. tehr says:

      nanti akan tiba masa kamu pulak :)
      insya allah

  21. padin says:

    moga rezeki ko sentiasa murah, tehr..
    padin baru je tulis kisah Mahsuri Dan LagendanyaMy Profile

    1. tehr says:

      insya allah
      moga2 kita semua mendapat rezeki yang banyak dan berkat

  22. mijae says:

    best ke contest2 ni..gua pernah join sekali je haha
    mijae baru je tulis kisah farida- kau cinta terakhirkuMy Profile

    1. tehr says:

      kontest ni boleh menghibur dan memeriahkan dunia blog
      join la, bro

  23. fendidahada says:

    wah…tahniah2…welcome to the club wp..hehe
    fendidahada baru je tulis kisah Oh Yeah! SedapnyeMy Profile

    1. tehr says:

      aku ahli biasa je :D

  24. Seri says:

    musuh jangan dicari,
    rezeki jangan ditolak;
    kalau hadiah diberi,
    ibarat rezeki bergolek.

    1. tehr says:

      rezeki tiba jangan ditolak
      bala pergi jangan diundang
      hati gembira usahlah riak
      kelak nanti sedih menjelang

  25. sangilapi says:

    terima kasih di atas banner yang diletakkan tu di samping link yang diselitkan :)

    andai ada sebarang pertanyaan dengan worgpress jangan teragak-agak nak bertanya dengan mijie :)…..insyaallah dia akan membantu.
    sangilapi baru je tulis kisah bengkel blackberryMy Profile

    1. tehr says:

      sebenarnya aku yang terlebih patut ucap terima kasih :)
      mijie memang sedia tolong aku
      ada lagi soalan tengah pikir ni, tapi aku nak cuba sendiri dulu
      dah jem nanti aku tanya lagi :D

  26. mie says:

    rezeki semakin bertambah2…
    bagus bagus
    mie baru je tulis kisah Tron- Legacy Ice Hotel vs MovieMy Profile

    1. tehr says:

      alhamdulillah, mie

  27. puteri says:

    semalam kita dapat 2 gol
    rezeki juga kan?
    :)

    1. tehr says:

      yups, tahniah2
      harap2 malaysia dapat menyekat vietnam nanti

  28. gayahspears says:

    Alhmduliah dapat BE dan hadiah dr kwn yg sgt bermakna…
    serius Gayah pon lebih selesa gunakan wordpres… senang ja… mula2 ja susah..lame2 da okay… semakin maju..hihi

    Selamat berblog ya bro~

    1. tehr says:

      betul3x
      makin lama makin jatuh cinta pula :D

  29. Anwar Osman says:

    Aku ingat link beli kat blog mijie. Rupanya itu pun hadiah jugak. Tahniah.. dan Blog rezekimurah tu mcm2 ada. cuma aku duk menyepi ja kat situ x bersuara sangat.
    Anwar Osman baru je tulis kisah AkuBiomed Giveaway RM50 Note EventMy Profile

    1. tehr says:

      betul, bro
      bro joe memang pemurah
      aku dulu pun baca2 je blog rezekimurah tu
      pastu ada rasa nak tanya soalan
      pastu suka pulak letak komen :D

  30. suri says:

    ada yang mmberi kita berterima kasih ;)

    1. tehr says:

      yups, kita terima dan bersyukur
      ada kesempatan nanti, elok juga kalau dapat membalas, kan?

  31. MamaYatie says:

    tahniah..semakin success sejak pindah umah ni kan..
    MamaYatie baru je tulis kisah Vanida Imran Sah Pengacara Nona 2011My Profile

    1. tehr says:

      yang pastinya semakin seronok, mama
      success tu belum la sangat
      masih merangkak lagi ni

  32. dnoBiz says:

    Tahniah Tehr,
    semoga semakin bertambah rezeki lepas ni :D

    Ps : bro jo memang pemurah :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Budak Terlampau – Gambar Video Panas Dua BeradikMy Profile

    1. tehr says:

      insya allah, dB

  33. kakyon says:

    murahnya reeki tehr..
    kakyon baru je tulis kisah bocorlah pulakMy Profile

    1. tehr says:

      alhamdulillah
      moga2 kita semua murah rezeki

  34. Cik Siti says:

    dapat rezeki lipat ganda nampak… semoga rezeki sentiasa ada… amin
    Cik Siti baru je tulis kisah Menu Yang Wajib Ada kenduri Di MelakaMy Profile

  35. Hadi Rofiee says:

    Ameen, moga rezeki kita semua dipermudahkan.

    Tahniah Bro. :-)

  36. Norgadis says:

    Riang sungguh rasa dihati
    Dapat hadiah tak nampak pemberi
    Kalaulah ada si ilmu sakti
    Aku nak hadiah barang selori.

    Hehehe… bestnya kalau dapat hadiah.
    Norgadis baru je tulis kisah Norgadis Contest 2 Tamat Jam 1200 MalamMy Profile

    1. tehr says:

      aku rerima hadiahnya
      dengan bayarannya
      semanis senyuman
      sampai ke telinga :D

  37. Ismail N says:

    Tahniah.. tumpang seronok jugak dengar kawan2 dapat rezeki murah nih. Harap2 dapat tempias sikit hari ini.. :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun