Rentak Dan Melodi Tak Terkalah

Apa yang korang boleh faham dengan istilah ‘tak terkalah’ ini? Pernah terjumpa di mana-mana? Aku sendiri hanya dalam sebulan dua ini sahaja terbiasa dengan istilah begini. Sejak rentak dan melodi blog Buat Duit Dari Planet Bumi tak dapat didendangkan sekitar bulan lepas.

Sesekali ada juga timbul soalan dalam otak aku siapa sebenarnya yang tak terkalah, Ainan Tasneem atau Ain Maisarah? Harap Bro Titan akan dapat beritahu kita semua nanti. :D

wanita besi hati berani
wajah ayu tampilan diri
tiada riak di dalam hati
tak terkalah pada lelaki

Aku tahu Bro Titan sedang buat ujian dengan blog ahmadfaizal ini. Dan aku merasa entri berbahasa Minah Saleh tu kalau terlampau banyak boleh menyebabkan kekacakan beliau akan terkalah juga. Aku rasa seperti sedikit lari rentak dan melodinya!

tak terkalahMamat Cendol Banting yang sorang ni memang ada rentak dan melodi dia sendiri dalam menulis blog. Memang Tak Terkalah. Ada rentak rancak, perlahan dan sesekali melodinya mendayu-dayu macam orang putus tunang. Memang seronok dan tak rugi ikut rentak dan melodi beliau.

Apa kata hari ini kita ajak blogger lelaki kacak ini menyanyi rentak joget. Lirik Pantun Tak Terkalah aku dah siapkan sebagai hiburan dan renungan kita bersama. Rangkap pantun yang akhir sekali tu khas untuk semua blogger lelaki sejati di Malaysia. :D

Anak terkukur rasa gelisah,
Melihat ular tiada berkaki;
Nasihat jujur tak terkalah,
Buangkan gusar dalam hati.

Mengail keli di tengah sawah,
Jorannya lentur berganti kayu;
Semangat tinggi tak terkalah,
Jangan undur sebelum maju.

Asyik menari lagu bermadah,
Suara beduk memecah sunyi;
Nasihat berapi tak terkalah,
Kadang dikutuk kadang dipuji.

Setiap petang pergi sekolah,
Pengakap rambu juga kelana;
Mengumpul wang tak terkalah,
Mencurah ilmu untuk semua.

Nasi bubur cendol berkuah,
Mangkuk retak sudunya besi;
Negeri makmur tak terkalah,
Raja kacak tiada permaisuri.

Fuh, penat juga bila dah lama tak menari joget. Kalau korang mahu berhibur di samping dapat duit dengan blog, cepat-cepat korang ikut Lelaki Kacak dari Banting ini. Ikut ke mana saja dia pergi dan apa saja yang dia buat. Dia duduk korang duduk, dia makan cendol korang minta cendol. Jangan risau, dia akan bayar! :D

Rentak tari melodi indah,
Pukul rebana petik kecapi;
Biar dipuji sesekali marah,
Usahlah pula berkecil hati.


Contest Review Tak Terkalah ini dianjurkan oleh Ahmad Faizal dan Earncent.com dan ditaja bersama oleh SaraSyukri Tahir,RahsiaDuitFreeIlaZainalBlackrosehunter, dan Nuristimewa

TehrDemikian kisah 'Rentak Dan Melodi Tak Terkalah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


44 Comments

  1. akubiomed says:

    Tidak terkalah pantunnya. Selamat berjaya bro Tehr.
    akubiomed baru je tulis kisah Resepi nasi Arab Mandy restoran Saba marvelousMy Profile

    1. TehR says:

      dapat juga siapkan entri untuk hari ni :D

      1. suri says:

        pantun ke joget haa teman tak reti rentaknya di mana
        suri baru je tulis kisah Waktu Yang Masih BerbakiMy Profile

      2. hafizmd says:

        boleh pekena teh dulu secawan..kasi segar balik badan =)
        hafizmd baru je tulis kisah Celoteh Kakak #11 Nak Abang?My Profile

  2. ooo join segmen pun ada pantun??

    hehe.
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah Technical Know How or Technical Know WhoMy Profile

    1. TehR says:

      haha
      belasah je sesedap rasa

      1. hafizmd says:

        hentam sajelah..janji best =)
        hafizmd baru je tulis kisah Celoteh Kakak #11 Nak Abang?My Profile

  3. Blog Bahrain says:

    ALL THE BEST!!!, memang tak terkalah..haha
    Blog Bahrain baru je tulis kisah Badan Kurus Biar BertenagaMy Profile

    1. TehR says:

      contest pula yang kalah :D

      1. suri says:

        hee sama2 kita meriahkan bila lagi yer tak
        suri baru je tulis kisah Gian, Sangat Kemaruk. .My Profile

      2. hafizmd says:

        mmg ada peluang utk menang
        hafizmd baru je tulis kisah Celoteh Kakak #11 Nak Abang?My Profile

  4. takai says:

    Best juga kalo ada orng support makan cendol ni..jangan tulis dlm buku 555 sudah ler..hehe
    takai baru je tulis kisah Kehidupan Mexico Yang Penuh BerdarahMy Profile

    1. TehR says:

      kalau ada yang support
      bukan takat cendol je
      nasi arab pun boleh, bro
      haha

      1. hafizmd says:

        hehehe…bagai pucuk dicita, ulam mendatanglah =)
        hafizmd baru je tulis kisah Celoteh Kakak #11 Nak Abang?My Profile

  5. bila dengar perkataan tak terkalah..
    teringat pula citer komik pedang setiawan atau storm rider..
    Pendekar Tanpa Nama terhebat dan tak terkalah ..
    lawan tak guna pedang.. guna aura je beb.. heeee
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Ramai Kena Tipu Ribuan Ringgit Di Internet. Jom Baca Kisah MerekaMy Profile

    1. so kalau nak menang contest… kena guna aura juga.. heeee
      Hairul Hissam baru je tulis kisah Ramai Kena Tipu Ribuan Ringgit Di Internet. Jom Baca Kisah MerekaMy Profile

      1. TehR says:

        kat mana la aku nak cari aura pahlawan
        huhu

        1. suri says:

          melaka dah tak der rajor..raja…
          suri baru je tulis kisah Gian, Sangat Kemaruk. .My Profile

    2. titan says:

      ya. sebab gua baca komik-komik gitulah..ayat-ayat kat blog gua penuh dengan aura komik dan manga. haha..
      titan baru je tulis kisah Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar DenaihatiMy Profile

    3. hafizmd says:

      tu semua kini tinggal kenangan..yg ada ialah pendekar cendol tak terkalah
      hafizmd baru je tulis kisah Celoteh Kakak #11 Nak Abang?My Profile

      1. titan says:

        nampaknya, gua ajelah pewaris mereka. Hmm..
        titan baru je tulis kisah 10 sebab renungan gadis bertudung comel sangat merbahayaMy Profile

  6. Ummikami says:

    Salam berpantun…

    Bakar jerumun sesak dan lelah,
    Pesan ibu jangan berhangus;
    Biar berpantun tidak terkalah,
    Warisan Melayu jangan berputus.
    Ummikami baru je tulis kisah Pantun Belahan Jiwa…..My Profile

    1. TehR says:

      Pesan ibu jangan berhangus,
      Kelak rasanya menjadi pahit;
      Warisan Melayu jangan berputus,
      Walau pun sukar biar pun perit.

  7. Ummikami says:

    Mencupu lebat masak sebelah,
    Rata mencari satu persatu;
    Seribu sahabat tidak terkalah,
    Cinta diberi pada yang satu.
    Ummikami baru je tulis kisah Pantun Belahan Jiwa…..My Profile

    1. TehR says:

      Rata mencari satu persatu,
      Mahu dicari sehingga dapat;
      Cinta diberi pada yang satu,
      Semoga nanti beroleh rahmat.

  8. titan says:

    haha..sedap didengar. gua baca ala seloka. haha..
    titan baru je tulis kisah Jobdirumah Payment – Kali ke 34My Profile

    1. TehR says:

      Sempat berjoget ke, bro? :D

      1. suri says:

        jika tak jwb..diam makna adalah buat ar tu
        suri baru je tulis kisah Oi !! Si Tong GMy Profile

      2. titan says:

        gua koget dalam otak ja. haha..
        titan baru je tulis kisah Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar DenaihatiMy Profile

      3. hafizmd says:

        dah2…p makan cendol pulak…hehee
        hafizmd baru je tulis kisah Celoteh Kakak #11 Nak Abang?My Profile

  9. Ummikami says:

    Terang purnama menangguk kelah,
    Selisih kelisa di gigi pari;
    Orang lama tidak terkalah,
    Masih berbisa tinggi jauhari.

    Boleh dak cikgu… :)
    Ummikami baru je tulis kisah Pantun Belahan Jiwa…..My Profile

    1. TehR says:

      Selisih kelisa di gigi pari,
      Sepat berlaga dengan puyu;
      Tiada berbisa bukan jauhari,
      Masih juga terkurang ilmu.

  10. kakiblog says:

    terbaik punya…semoga berjaya bro.
    kakiblog baru je tulis kisah Blogger Berwibawa Kerana Gaya BahasanyaMy Profile

  11. Pergh! Memang saya tapik spring. Setiap alunan memang tak terkalah.

    Memang bahasa Cikgu terbaik :)

    Saya doakan Cikgu menang kontes ni. Aamiin.
    Danial Abdul Rahim baru je tulis kisah Bagaimana Menulis Headline yang MenggodaMy Profile

  12. Cik Siti says:

    susunan melati sungguhnya indah,
    Menyisir rambut susun sebelah,
    Menyusun irama menyusun madah,
    Tidak terkalah jangan mengalah.
    Cik Siti baru je tulis kisah Puan CT Jenguk Cik CTMy Profile

  13. MDHAFiZ.NET says:

    ada rezeki nak ikut contest bro titan. sekarang bru nak up blog sbb dh lama x update. PR dh jatuh tersungkur, alexa lg lh..
    gud luck :)
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah Blog Tutorial : Floating Ads Untuk BlogMy Profile

    1. hafizmd says:

      sempat lagi bro..cepat…esok dah tutup =)
      hafizmd baru je tulis kisah Celoteh Kakak #11 Nak Abang?My Profile

    2. titan says:

      join aje. tarikh tutup lambat lagi.
      titan baru je tulis kisah Seronok rupanya berbelanja di NILE.com.myMy Profile

  14. Harap bro tak terkalah ^_^
    Izzuddin Fauzi baru je tulis kisah WWMy Profile

  15. onlajer says:

    gua nak join jugal h macam ini hehe
    onlajer baru je tulis kisah Merokok Di Dalam TandasMy Profile

    1. titan says:

      haha..

      bukan lu sudah join kahh??
      titan baru je tulis kisah Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar DenaihatiMy Profile

  16. sensasi2020 says:

    Tak terkalah entri disiar,
    Mengharap ada yang sudi,
    Pantun dikerah panjang lebar,
    Moga jadi pemenang nanti.

    En Titan orangnya kacak,
    Rambut pendek smart orangnya,
    Semoga dapat semua kehendak,
    Ada rezeki tidak ke mana.
    sensasi2020 baru je tulis kisah Nak Membongkar Rahsia Seorang Blogger Terkenal Di Contest Review Tak TerkalahMy Profile

  17. Hafizul says:

    Perghh…ayat sampai lah ke komen menang menarik..good job bro..selamat maju jaya..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #54 – Yeahh I Know, Im Not Your ChoiceMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun