Remaja Dan Kerja Sambilan Mereka

Seperti kata Si Labu, “Selagi belum tutup mata. Kerja! Kerja! Kerja!” Begitulah yang aku nampak apa yang dilakukan oleh budak-budak remaja sekarang. Kerja! Kerja! Kerja! Cuma apa yang dikerjakan mereka sahaja yang buat aku sedikit terkilan. Banyak kerja sambilan di rumah dan di luar rumah yang dilakukan oleh mereka tidak mendatangkan hasil. Hanya membuang masa dan merosakkan diri sendiri. Buat perabis beras je!

bangun tidur bukan pagi
solat subuh terlepas lagi
gosok mata tak cuci gigi
masuk ke dapur cari nasi

bawa motor bergilir-gilir
tak ada kerja ke hulu hilir
tak kira ribut hujan petir
bila terbabas makan pasir

Hari ini aku membebel untuk remaja je. Apa salahnya masa yang ada digunakan kepada aktiviti yang boleh menggembirakan mak ayah dan orang kampung. Aktiviti yang boleh penuhkan poket korang dengan duit. Kaum kerabat yang satu kepala dengan korang juga akan lebih gembira bila geng mereka ada banyak duit. Boleh juga mereka tumpang sekaki atau kedua-dua belah kaki. :D

air-brush-jaguhAda banyak pilihan kerja yang boleh korang buat. Kalau korang malas nak angkat cangkul tanam serai, boleh saja korang cuba Program Jobdirumah yang ramai disertai oleh masyarakat internet sekarang. Lagi pun korang memang bijak dengan internet. Kan? Nak kerja pejabat susah la, korang dulu pun pergi sekolah bukannya rajin masuk kelas.

banyak kerja bermacam kerja
bukan hanya di pejabat sahaja
kerja sambilan di mana-mana
asalkan punya rajin dan usaha

kerja di rumah secara sambilan
satu di antara bersimpang jalan
masa yang ada dibuang jangan
usah dibiar segala kesempatan

Lelaki atau perempuan nampak sama je. Sama naik. Kalau tak merempit, layan facebook. Kalau tak layan facebook, merempit. Itu je kerja sambilan yang korang tahu buat. Cukup masa minta makan! Lebih teruk berbanding anak burung hantu yang belum tumbuh bulu. Cuba la usaha sikit. Sekarang ni orang boleh jana pendapatan dari rumah je. Korang tak tahu ke?

Tak malu dekat tangki motor ke hari-hari minta duit dengan mak ayah. Badan dah penuh bulu!

TehrDemikian kisah 'Remaja Dan Kerja Sambilan Mereka' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


26 Comments

  1. titan says:

    haha..sabarkan ajelah..
    titan baru je tulis kisah 8 sebab korang kena pergi Seminar Buat duit dengan blogMy Profile

  2. shameel says:

    Antara mahu dgn tidak dan antara rajin dgn malas. Kerja ada di mana-mana cuma kena intai peluang dan bijak mencari ruang. Banyak sudah ruang dan peluang itu diambil warga asing, gara-gara org kita yang malas dan culas.

  3. Bro Zulkbo says:

    salam..
    bagus dan tahniah pada blogger
    yang berjaya membuat duit dengan blog
    saya sendiri susah nak maintain..
    sekadar suka-suka sahaja blogging nih
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Senarai Menteri Dan Timbalan Menteri (Bergambar) Kabinet Persekutuan Malaysia 2013My Profile

  4. hatiputera says:

    Kalau tak nak kerja jangan mintak nasi dengan orang tua.
    hatiputera baru je tulis kisah Selamat Hari Guru 2013My Profile

    1. suri says:

      malu kalau umur dah naik tingkat.patut kita ar sara mereka pula..

  5. Hafizul says:

    Zaman sekarang dah tak sama macam dulu..kat rumah goyang kaki pun boleh buat duit..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Warkah Berlagu PiluMy Profile

    1. suri says:

      klu ada pendapatan sampingan ok le dok umh duit masuk,ni duduk tak buat apa mmg org mrh2 heee

      1. Hafizul says:

        Haha..tu memang lah..duk rumah goyang kaki sungguh namanya tu..hehe
        Hafizul baru je tulis kisah Luahan Ikhlas Untuk Ahmad FaizalMy Profile

  6. suri says:

    cop! suka ayat ni
    Cukup masa minta makan! Lebih teruk berbanding anak burung hantu yang belum tumbuh bulu.

  7. suri says:

    pinjamkan sy motor tu cukgu tehr hee… blh pegi cari keje gak ni

  8. maza says:

    err.. kalau kerja skodeng tangkap2 gambar di taman bunga volleh tak cikgu..

    hehheee

    opppsss. .selamat hari guru!
    maza baru je tulis kisah Gwiyomi Malaysia Bikin PanasMy Profile

  9. hafiz says:

    bagi yang sedar tu baguslah…
    hafiz baru je tulis kisah Tengok filem Ironman 3 dengan familikuMy Profile

  10. de engineur says:

    elok juga para remaja ni mula berdikari, tak perlu tunggu dah besar panjang
    de engineur baru je tulis kisah Save yourself the trouble – Don’t travel with pressure cooker!My Profile

  11. hafizmd says:

    kalau badan sudah penuh bulu
    masih lagi mintak duit dengan ibu
    ini memang dasar tak tahu malu
    apa kata p jual baulu!
    hafizmd baru je tulis kisah Speechless Thursday #6 Entri Super Thursday!My Profile

  12. onlajer says:

    yang lagi pantang dah lah tak kerja ada hati nak duit buat beli rokok
    onlajer baru je tulis kisah Selamat Hari Guru!My Profile

  13. Dja@SisHaza says:

    ….. sambil menyelam minum air.sambil membebel sambil mengempen…hehe. apapun mmg betul tu cikgu, drpd dok ke hulu ke hilir, baiklah usaha cari jalan tolong mak bapak
    Dja@SisHaza baru je tulis kisah TEMA SAMBUTAN HARI GURU SEPANJANG 41 TAHUNMy Profile

  14. auc says:

    kerja apa saje, asalkan halal…
    auc baru je tulis kisah Google Storage Gabungan Gmail, Google+ dan Google DriveMy Profile

  15. Padin says:

    hahaha marah benar nampaknya ni bro?

  16. eiela says:

    huhu marah nampak.. time budak2 cm diorg nih mmg sedap kumpul duit.
    eiela baru je tulis kisah Contest Review Tak Terkalah Ahmadfaizal.comMy Profile

  17. kalau diaorg belajar buat bun dan jual bun.. lagi untung… heee
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Punca Obesiti Gemuk Dari Lemak Atau Gula? Dimana RasionalnyaMy Profile

  18. donnyien says:

    Lama x kesini, apa kbr tuan tanah
    donnyien baru je tulis kisah Senarai Menteri Kabinet Baru Malaysia 2013 – 2018My Profile

  19. nazra says:

    kerja ni antara nak ngan tak nak ja. sama jugak macam sikap, nak berubah ke tak nak berubah. sebab tu pepatah pun kena ubah, tepuk dada tanya minda :P
    nazra baru je tulis kisah Vitamin E Shaklee dan kanser prostat kepada lelaki.My Profile

  20. Banyak kerja part time yang elok dekat luar sana tu. Biasa la kalau dah nama remaja. Nak enjoy je selagi boleh.
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Terima Kasih Solar Time The MinesMy Profile

  21. akubiomed says:

    Anak-anak bawah umur bawa motor laju. Hairan bagaimana ibubapa mereka boleh berdiam begirtu sahaja.
    akubiomed baru je tulis kisah Outing membidik bangunan Keretapi Tanah MelayuMy Profile

  22. BeritaKaki says:

    saya sendiri pun tgh belajar slow2 buat duit dgn blog ni..
    BeritaKaki baru je tulis kisah JAIS Sahkan Shahz Jaszle Ditangkap KhalwatMy Profile

  23. remaja sekarang banyak disogok dengan kemudahan yang ada sekarang ini… lebih-lebih pula jika mereka terlalu bergantung harap dengan ibu bapa…
    Melastik Bintang baru je tulis kisah Terima Kasih HuggiesMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun