Raya Oh Raya

Hari ini, apa kata kita sama-sama melihat beberapa perkataan yang ada hubung kait dengan perkataan ‘raya’. Setelah disemak di laman Dewan Bahasa Dan Pustaka [DBP], dengan penuh gembira Mr Tehr letakkan di sini sebagai panduan diri sendiri serta sahabat pembaca.

Kata Maksud
alam raya dunia sejagat
baju raya pakaian yang dipakai di hari raya
balai raya rumah khas tempat orang-orang kampung mengadakan pertemuan dsb.
bandar raya bandar yg besar lagi penting (spt London, Tokyo, Singapura, Kuala Lumpur, dll) yg biasanya mempunyai penduduk seramai sejuta orang atau lebih, kota raya
bunga raya a. nama sj pokok renek atau bunganya, Hibiscus rosa sinensis. b. ki perempuan lacur
duit raya duit yg diberi, terutamanya kpd kanak-kanak pd hari raya
gelang raya sj cacing yg hidup dlm perut manusia atau binatang
gendang raya gendang besar (di surau, masjid dll) yg dipalu utk sesuatu tujuan; tabuh; beduk
hantu raya hantu peliharaan utk menjadi pengawal (suruhan) tuannya
hari raya hari yg diraikan kerana sebab-sebab tertentu; hari besar
jabatan kerja raya jabatan yg mengurus kerja-kerja umum spt membina jalan dll
jalan raya jalan yg besar dan bertar
kad raya kad utk mengucapkan selamat Hari Raya
kaya raya sangat kaya
kota raya bandar raya yg besar (spt London, New York, Paris, Kuala Lumpur dsb)
kuang raya sj burung, Argusianus argus
kuih raya kuih hari raya
lagu raya lagu-lagu yang mempunyai unsur dan suasana hari raya
lebuh raya jalan raya utama yg lebar, biasanya menghubungkan sebuah bandar (bandar raya) dgn bandar (bandar raya) lain
pendakwa raya pegawai yg mendakwa bagi pihak kerajaan di mahkamah
pilihan raya pilihan yg dilakukan secara undi utk memilih wakil rakyat ke Parlimen atau ke Dewan Negeri; pemilihan umum
rimba raya hutan yg sangat besar
sembahyang raya sembahyang khas kerana memuliakan hari raya
senja raya senja yg sudak agak larut (lebih kurang pukul 8.00 malam)
siar raya alat utk membuat peng­umuman, mis pembesar suara (dlm majlis, perayaan dsb).
tanah raya Benua
temu raya sj tumbuhan (herba), Curcuma xanthorrhiza
terung raya wang sj terung, Solanum torvum
ulan raya sj tumbuhan (pokok memanjat), Merremia vitifolia

Beberapa hari lagi kita akan menyambut hari raya. Harapan Mr Tehr semoga persiapan untuk keluarga telah disiapkan semuanya. Jangan ada yang kecewa di pagi raya nanti ya.

segaknya lelaki tampil bergaya
cantiknya wanita amat rupawan
di siang hari mengapa tertanya
meraba harapan dalam kehidupan

TehrDemikian kisah 'Raya Oh Raya' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


28 Comments

  1. Cik Siti says:

    teringat lak lagu Jalil Hamid Raya Oh Raya…. Pudu raya pun dah berwajah baru…. nak sambut raya…

    1. tehr says:

      eh, lupa pulak dengan pudu raya
      dah lama tak singgah kat sana

  2. puteri says:

    uishh semua raya ada ni… raya sakan!
    hehe…

    selamat hari raya = ucapan pada hari raya
    puteri baru je tulis kisah Aku PermataMy Profile

    1. tehr says:

      rasanya ada banyak lagi tu, puteri :D

  3. adele says:

    luas kosakata perkataan raya..selamat hari raya cikgu! :D
    adele baru je tulis kisah Cerpen: Mana Mak?My Profile

    1. tehr says:

      macam2 raya ada
      tapi tak pernah jumpa lagi dengan hantu raya
      hehe

  4. kulanz says:

    banyak-banyak raya atas tu.. yang terung raya wang dan ulan raya tu memang aku jarang dengar.. tak pernah sebenarnya :D
    kulanz baru je tulis kisah Bulan Tidak Mengelilingi KaabahMy Profile

    1. tehr says:

      samalah kita, bro
      aku pun malam tadi je baru jumpa

  5. padin says:

    hek3 gelang raya pon ada? tapi definasinya mmg lain dari yang di sangka.. cacing rupanya kui3
    padin baru je tulis kisah Teknologi Mengubah ManusiaMy Profile

    1. tehr says:

      masa budak2 dulu aku panggil nama cacing gelang je
      aku baru tahu jugak ada kata raya tu

  6. Juan says:

    satu yang xda iaitu “jagat raya”, hehehehe

    1. tehr says:

      jagat raya?
      maksudnya apa, bro?
      baru dengar juga ni

  7. Wan Perlis says:

    wow rajinnya
    byk juga raya yg aku tak tahu

    1. tehr says:

      aku pun
      banyak yang baru je tahu :D

  8. hafizmd says:

    macam2 raya rupanya yg ada..

    terimakasih saudara tehr luaskan kosakata kami :D

    tempat bas banyak namanya pudu raya
    tempat orang berbincang itu balai raya
    bila hujung ramadhan sibuklah kita
    buat kuih raya sampai amal ibadatpun lupa
    hafizmd baru je tulis kisah Kuih Oh! Kuih…My Profile

    1. tehr says:

      sama berbincang di balai raya
      ketikanya lepas senja raya
      dah lewat datang hantu raya
      bertempiaran lari ke jalan raya :D

    2. dnoBiz says:

      Tehr ni dah macam kamus tempat rujukan :D
      dnoBiz baru je tulis kisah Berita Palsu – Akhbar Popular Indonesia Mohon Maaf Pada NajibMy Profile

  9. Nik Thoha says:

    Banyak juga perkataan dalam bahasa melayu yang menggunakan perkataan raya. Raya ni maksud nya sesuatu yang besar, betul ke cikgu teh? Kalau salah boleh perbetulkan. Saya tak pakar sangat dalam bidang bahasa ni.

    Hari raya adalah hari kebesaran umat islam. Semoga hari raya kali ini disambut dengan penuh kemeriahan dalam kesedehanaan.
    Nik Thoha baru je tulis kisah Tips Elakkan Mengantuk Semasa MemanduMy Profile

    1. tehr says:

      umumnya memang gitu la, nik
      bukan semua

  10. zulkbo says:

    salam..
    teringat lagu Raya
    oleh Jalil Hamid..
    semuanya RAYA..
    he he..
    zulkbo baru je tulis kisah Seksikah Bila Berbadan Melebihi Berat Sepatutnya?My Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      kalau tak silap ada juga lagu beliau mengenai ayam
      macam2 ayam ada

  11. dnoBiz says:

    dan yang paling hangat sebelum raya adalah kemalangan dijalan raya, maka berhati hatilah dijalan raya….
    dnoBiz baru je tulis kisah Rock Raya – Lagu Raya Versi Rock (Video)My Profile

    1. tehr says:

      ini yang penting ni
      hati2 di jalan raya kepada semua sahabat yang pulang beraya

  12. akubiomed says:

    Hantu Raya masih lagi wujud pada zaman ini?

    1. tehr says:

      ada kot
      tapi belum pernah terjumpa lagi
      … tak pula teringin nak jumpa :D

  13. maza says:

    Hantu raya pun sejenis raya gak kan kan kan. hehehhee

    opps.. segala hantu akan mula berkeliaran tak lama lagi ni.. uhuk!
    maza baru je tulis kisah Merdeka! Merdeka! Merdeka! …. MERDEKA RAYA!My Profile

    1. tehr says:

      harap2 kita semua dapat membina perisai sepanjang ramadhan ni

  14. bEe says:

    Hehehehe

    Bunga Raya
    Kutu Raya
    Balai Raya
    Semangat Raya
    Mari berhariRAYA

    …………………….

    Takleh pikir lagi dah….
    bEe baru je tulis kisah Nota Seorang AKUMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun