Rasa Sayang Re

Kenaikan harga getah dan minyak dunia membuat saya sedikit terfikir kesannya kepada diri sendiri dan keluarga. Pemilik kebun getah dan pekerja di sektor ini tentu tidak terkesan dengan kenaikan harga petrol dan barang keperluan. Maklum sahaja pendapatan mereka bertambah berlipat kali ganda. Saya pula hanya seorang pegawai kerajaan.

Tetiba je rasa nak menyanyi.

rasa sayang re
rasa sayang sayang re
re lihat nona jauh
rasa sayang sayang re

pagi-pagi menoreh getahpokok getah
bawa lampu dan juga pisau
dulu hidup sangatlah susah
sekarang ini tidaklah risau

tengah hari pergi ke pekan
jual getah hatinya senang
kini mewah berjamu makan
anak isteri tersenyum riang

[ulang rasa sayang re]

baik-baik pergi menebas
takut nanti terpijak duri
dulu kabel kita yang kebas
sekarang getah pula dicuri

sekerap getah harum baunya
ramai pula menaruh minat
malam-malam kita meronda
ambil saja yang mana dapat

[ulang rasa sayang re]

Sambil rehat-rehat cuti di hujung minggu dan berkira-kira berapa lama harga getah sekarang akan bertahan, apa salahnya menyanyi berhibur hati, kan? Sebuah klip vedio khas untuk semua rakyat Malaysia daripada Shammi Kapoor. Tapi jangan lupa getah kat kebun, habis nanti dikebas pencuri sekerap. :D

TehrDemikian kisah 'Rasa Sayang Re' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


35 Comments

  1. mie says:

    wow!!
    lagu shammi kapoor..
    zaman skolah dulu selalu dengar..
    eheheee
    mie baru je tulis kisah Keyword Bulan Januari 2011My Profile

    1. tehr says:

      hero lama ni
      hehe

    2. mie says:

      hero lama yang best..
      ehehheee
      mie baru je tulis kisah Exchange Link vs Exchange BannerMy Profile

      1. tehr says:

        geng kapoor ni :D

        1. suri says:

          tak suka makan sireh yang ada bubuh kapur nghee…

  2. Cik Siti says:

    teringat dulu-dulu ikut nenek pergi menoreh. bukan nak menolong tapi main parit sambil memunggut asam.

    *kalau harga getah melabung naik dah tentu orang tak pandang rendah lagi.
    Cik Siti baru je tulis kisah Belajau bahasa MelakaMy Profile

    1. tehr says:

      saya tak pernah2 ada pengalaman toreh getah :D

      1. Cik Siti says:

        tengok nenek menoreh macam best je… pastu nak angkat getah tu makkkk aiiiii baunya mahu sebatu dah berbau
        Cik Siti baru je tulis kisah Belajau bahasa MelakaMy Profile

  3. toyol says:

    sekerap getah wangi ke??
    hehe..

    kecik2 dulu, TK slalu juga masuk kebun, cari bijik getah wat main..
    menoreh tu tak reti la..
    toyol baru je tulis kisah JOM SAUNA!My Profile

    1. tehr says:

      biji getah ni biasa la saya cari
      kumpul banyak2 dalam tin

  4. padin says:

    hahaha xpernah rasa pengalaman nih ekekee
    kalau yg dok beringat tu takpe, yg dok berjoli je
    bahaya tu ekekee

    1. tehr says:

      ya la, bro
      risau gak kan
      jangan la pekebun2 kecil jatuh terduduk sama dengan jatuh harga getah
      minta2 dijauhkan oleh allah

  5. Princess says:

    alamak..ternyanyi plaks…..hehehe :))))))
    Princess baru je tulis kisah REUNION Part 1My Profile

    1. tehr says:

      jom nyanyi :D

      1. suri says:

        suka nanayi masa bos tak der.. hee…jangan hujan harini sy balik naik bas huuuu :(

  6. ghost writer says:

    motong getah 3 hari pun dah lumayan tuh…sib baik lar tak reti motong.
    ghost writer baru je tulis kisah femmesMy Profile

    1. tehr says:

      belajar la, bro
      sempat lagi ni :D

  7. Nasib baik saya takde ladang getah.
    kalau tak cuti CNY ni boleh memotong getah…. ;)
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Why no picture in my blog commentMy Profile

    1. tehr says:

      ambil upah pun boleh, sis
      lumayan tu

      1. suri says:

        ha… mau traning dulu klu salah noreh getah habislah pokok geth di kerjakan nnti

  8. akubiomed says:

    Semasa kecil dahulu emak saya tidak benarkan sama menoreh kerana menjahanam pokok. Jadi kerja saya kutip getap skrap dan getah lantun sahaja
    akubiomed baru je tulis kisah Katil bergegar akibat main kuat sangatMy Profile

    1. tehr says:

      bro nak noreh ke nak tebang pokok :D

  9. sud@is says:

    pagi hari motong gotah……
    skerap naik harga kaya makcik ku
    sud@is baru je tulis kisah Berhenti MengeluhMy Profile

    1. tehr says:

      makcik kaya!
      cuti tahun baru tak tumpang menoreh ke, sud@is?

  10. mijie says:

    orang yang ada kebun getah skrg ni memang mewah betul
    mijie baru je tulis kisah Teknik gambar gunakan kamera filemMy Profile

    1. tehr says:

      perlu berjimat dan buat simpanan juga tu
      harga akan turun juga nanti

      1. padin says:

        memang kena beringat, pasal sekali dia boleh naik mendadak,
        boleh juga turun mendadak..

  11. MDHAFiZ.NET says:

    gaji x up up lagi ke MrTeh??
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah FrenbookNetAnother Facebook From INDONESIAMy Profile

  12. zulkbo says:

    salam..
    adat manusia
    mencari peluang
    bila yang lain alpa
    apakan daya tak
    temampu semuanya
    nak di jaga..jadi mangsa
    si tangan panjang..
    memang patut hukum
    hudud tangan di kerat
    sebagai hukuman.
    zulkbo baru je tulis kisah Gambar Unik Serata Dunia Koleksi MenarikMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      kat mana2 pun ada yang ambil kesempatan

  13. zik says:

    getah ada naik turun harga dia… wah sekarang nie dah naik ya..
    zik baru je tulis kisah Zik the magician code- angkat tin minuman mengunakan straw yang tegakMy Profile

    1. tehr says:

      saya pun tak ada kebun, zik
      memangnya dengar khabar macam tu la

  14. Norgadis says:

    Masa sekolah rendah dulu selalu nyanyi lagu ni.
    Masa join pengakap pun nyanyi lagu ni juga hehehe….
    Norgadis baru je tulis kisah Cara Membuat Menu LinkMy Profile

  15. suri says:

    lagu masa zaman keanak2 kan suri ..lagu ni sering mainkan di tepi pantai… heee

  16. suri says:

    mak mertua ada ladang getah..habis semua di curi di curah dgn air ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun