Ranking Harimau Malaya Terkini

Ranking Harimau Malaya TerkiniRanking Harimau Malaya Terkini sangat-sangat mendukacitakan. Terduduk, tersembam dan terus jatuh bergolek ke bawah. Kalau bergolek ke atas, tak siapa pun nak rasa gusar dan susah hati.

Nak kata pasukan negara lain main bomoh, macam tak logik je.

Apa tabib apa jembalang,
Air limau diperah sebaldi;
Apa nasib apalah malang,
Ranking Harimau jatuh lagi.

Ranking Harimau Malaya Terkini

DUNIA ASIA ASEAN
171 32 6

Antara 10 negara ASEAN, hanya Laos, Kemboja dan Brunei sahaja di belakang Malaysia dan Indonesia.

Mujur juga Timor Timur dan Papua New Guinea belum menjadi anggota ASEAN.

Ranking FIFA di kalangan negara ASEAN

1. Filipina
2. Thailand
3. Vietnam
4. Singapura
5. Myanmar
6. Malaysia
6. Indonesia
7. Laos
8. Kemboja
9. Brunei

Malaysia dan Indonesia berada pada kedudukan yang sama.

171 / 32 / 6

Ranking Harimau Malaya Terkini terserah di tangan Datuk Ong Kim Swee dan para pemain. Peminat dan penyokong bergantung harap pada mereka.

Mahu naik ke atas atau terus turun ke bawah.

Urat dawai tulangnya besi,
Bertabur doa jampi serapah;
Kini diharap pada Kim Swee,
Moga Harimau beroleh tuah.

Untuk pengetahuan bersama, sebanyak 209 negara menjadi anggota FIFA sekarang ini.

Dan…

Ranking Harimau Malaya di tangga ke 171 bulan Oktober 2015. Paling teruk sejak tahun 1993.

Tahun 1993 dulu kita pada kedudukan ke-79. Sekarang tahun 2015 pada kedudukan ke-171. Dalam masa 23 tahun ranking kita turun sebanyak 92 anak tangga.

Adakah ranking Harimau Malaya terus jatuh kerana para pemain kita tak cukup gaji atau terlebih gaji?

Atau…

Kerana ada penyokong baling suar ke dalam padang?

Kembung tidak seorang kembung,
Kembung termakan ubi mentah;
Sokong jangan sebarang sokong,
Jangan sokong membawa rebah.

TehrDemikian kisah 'Ranking Harimau Malaya Terkini' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


16 Comments

  1. mrhanafi says:

    bola itu bulat dan disebabkab bulat la rangking harimau malaya turun dan naik..jarang naik pada tempat yang menarik
    mrhanafi baru je tulis kisah Cara Kempiskan Perut Dengan CepatMy Profile

  2. Mr Sync says:

    sekurang kurangnya bukan senarai terendah :)
    Mr Sync baru je tulis kisah 3 Tips Mulakan Bisnes PrintingMy Profile

  3. ohsempapa says:

    Ambe pun tak nak komen banyak-banyak pasal ni.
    Harapnya mereka-mereka yang terlibat termasuklah yang bermain itu kuatkan semula semangat dan berusaha kembalikan maruah bola sepak kita.

    Tu saja doa dan harapan ambe.
    ohsempapa baru je tulis kisah Ustaz Tu Allah Ker Papa?My Profile

  4. rase2nya dah boleh tukar dari harimau malaya kepada hello kitty malaya
    Belang tarung baru je tulis kisah Siapakah Abang JKK Kikiki Dalam Ceramah Ustaz Azhar Idrus ?My Profile

    1. bukharimalek says:

      nampak kuit skit ye x? hahahahahahahah
      bukharimalek baru je tulis kisah Jenama Untuk Traveler MalaysiaMy Profile

  5. suri says:

    rasa saat ini tetap sokong pemain bola negara tak kira dema main kalah ke menang yeah!!
    suri baru je tulis kisah Doa Merawat Buasir Pengalaman MengalaminyaMy Profile

  6. suri says:

    saya sayang malaysia kalau boleh tak suka pemain luar negara masuk dalam game bola huhu…

    eh..eh..eh hiii
    suri baru je tulis kisah Siap! 5 Helai Cara Pantas Jahit Jubah Moden Muslimah Terdesak Dan On TimeMy Profile

  7. akubiomed says:

    Kedudukan kita jauh terbawah berbanding pasukan dari negara Asia Barat yang sedang bergolak lebih baik rankingnya.
    akubiomed baru je tulis kisah Karipap pusing segera untuk minum petangMy Profile

  8. hafiz says:

    Tengok vietnam, guna khidmat jurulatih luar terus mendadak naik rankingnya.. fikir2kankah wahai famb..
    hafiz baru je tulis kisah Perak vs JDT Piala Malaysia 2015My Profile

  9. Teruk juga ranking dikalangan negara asean pun…
    Noriza Rahman baru je tulis kisah Manfaat Lutein Untuk Penglihatan Mata yang SihatMy Profile

  10. ringantangan says:

    Tinggal berapa anak tangga jer lagi nak sampai tempat paling last yer?
    ringantangan baru je tulis kisah Sang kancil dan buayaMy Profile

  11. Hero Borneo says:

    Mata mengantuk badan pun penat,
    Bawa berehat terlunjur kakinya;
    Sokong bola kerana minat,
    Minat bersukan banyak faedahnya
    Hero Borneo baru je tulis kisah Menyesal Sehari VS Menyesal SelamanyaMy Profile

  12. dja says:

    Tak berapa pandai bab bola-bola ni tapi yang pasti post mortem kena buat lagi untuk lihat apa jenis dan punca penyakitnya
    dja baru je tulis kisah Bersua Muka Dengan Aja FazlaMy Profile

  13. titan says:

    tapi aku still rasa dalam asean malaysia tetap terbaik banding pasukan lain.
    titan baru je tulis kisah Korang langgar, korang kena GEGAR.My Profile

  14. omydroid says:

    Banyak yang perlu diubah ?untuk kita bersaing di peringkat international kan..
    omydroid baru je tulis kisah Cara Memanjangkan Jangka Hayat Bateri (Android)My Profile

  15. Idea Berita says:

    Huhu makin jatuh merudum, Semoga dapat bangun kembali
    Idea Berita baru je tulis kisah Semakan Keputusan BR1M 2016 Status PermohonanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun