Ramai Yang Kecewa Pasal Trafik

blogger tipu bloggerJalan-jalan sekitar dunia blog dengan celcom broadband yang sedikit laju hari ini dan semalam memberi suatu kefahaman baru. Rupanya ramai kawan-kawan bloger yang kecewa dan geram dengan trafik blog kebelakangan ini.

Malah ramai pula yang sudah mula meluahkannya. Ada yang lepaskan kemarahan dalam entri, lepaskan kekecewaan dalam kotak komen dan ada yang lepaskan perasaan dalam shoutbox. Harap-harap tak akan ada tunjuk perasaan seperti yang berlaku di Mesir.

kalau dulu auto blogwalkingtrafik percuma
tidak singgah tetapi parking
ketika midnight atau morning
semuanya buat kepala pening

cerita iframe heboh sekarang
usahanya kita hasilnya orang
siapa pungut siapa membuang
mereka membeli kita berhutang

apa diharap blogger menjejak
entah datang entahkan tidak
apa diharap trafik ternampak
entah terlanjur entah terlajak

Harapan saya janganlah ada yang terus-terusan kecewa dengan perkara ini. Hidup perlu sentiasa belajar. Tersalah langkah bukan suatu perkara yang memalukan. Apa yang penting adalah kita berani untuk berhijrah ke arah kebenaran dan tidak terburu-buru untuk mendapat kejayaan.

Membaca pengalaman orang lain juga boleh membantu membina keyakinan diri sendiri. Nanti saya ceritakan bagaimana cara saya mempastikan trafik asli dan balas kunjungan. Dah panjang sangat ni. :)

TehrDemikian kisah 'Ramai Yang Kecewa Pasal Trafik' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


56 Comments

  1. akubiomed says:

    Trafik akan hadir sendirinya apabila blog kita sudah mempunyai pembaca setia kerana ke unikkan blog itu sendiri.

    Contoh terbaik blog Tehr memang sangat unik
    akubiomed baru je tulis kisah Cerita Selebriti patung lilin Salman KhanMy Profile

    1. tehr says:

      memang payah nak dapatkan pembaca setia yang ramai
      kalau ada beberapa orang pun dah syukur sangat2 :)

    2. padin says:

      setuju benar pernyataan biomed nih
      blog tehr ni macam dadah, tiap2 hari mesti kunjung…

    3. dnoBiz says:

      betul tu bro..
      Pembaca akan datang tampa dipaksa dan pergi tampa diminta
      Yang pasti pambaca datang dengan tujuan…
      dnoBiz baru je tulis kisah Bukit Kepong – Wira wira yang dilupakanMy Profile

      1. tehr says:

        lebih bagus kalau blog kita dapat memenuhi tujuan mereka yang berbagai tu :D

  2. ghost writer says:

    betul tuh.aku pun sokong ‘akubiomed’…

    dapatkan yang original
    supaya tidak ada yang kesal.
    ghost writer baru je tulis kisah defamationMy Profile

    1. tehr says:

      sedaya upaya saya buat yang asli
      w/pun memang ada ambil maklumat dari tempat lain
      pengetahuan kita pun bukan banyak sangat, kan?

  3. Yang tak dapat traffic dan cuma mengharap dari blogwalking tu, saya syorkan belajar apa itu SEO. Kebanyakan blog saya tak perlu blog walking. Traffic tetap maintain sampai sekarang dan hasil adsense meningkat mengikut umur blog tersebut.

    Traffic segera akan basi bila tamat tempohnya…. :D :D :D
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Understand SEO easily with this videoMy Profile

    1. tehr says:

      sedang belajar seo ni dengan tekun
      banyak juga dapat dari sbc :D
      thanks

  4. belalang says:

    belalang juga salah sorang yg kecewa tu kot? hee…
    tp belalang anggap ini proses pembelajaran dalam dunia blog.

    sebelum ni tak tahu hal itu, tp bila dah tahu jgn la di ikut lagi…
    belalang baru je tulis kisah Hosni Mubarak Letak Jawatan- Perjuangan Rakyat Yang Tak Sia-siaMy Profile

    1. tehr says:

      selamanya kita belajar, belalang
      tiada siapa yang dah pandai dan tak perlu lagi belajar

      aku pun tak pandai apa2, main hentam jugak
      haha

  5. kaizen says:

    tak pernah kecewa dengan traffic…

    aku menulis bukan untuk traffic, tapi untuk sharing kepada readers…
    kaizen baru je tulis kisah BeZa LeLaKi DaN PeReMPuaN DaLaM HuBuNGaNMy Profile

    1. tehr says:

      itulah yang sebaiknya
      trafik sebagai bonus yang menggembirakan
      dapat banyak kita bersyukur
      dapat sedikit kita usaha lagi menulis yang lebih baik
      kalau tulisan kita orang tak baca, tak guna juga

      aku rasa sukar nak menarik minat pembaca

    2. dnoBiz says:

      Betul tu Kai..
      Tapi kalau trafik kurang maka tak ramailah yang baca apa yang nak kita kongsikan…
      dnoBiz baru je tulis kisah Ajaran Sesat – Serah Tubuh Pada Tok GuruMy Profile

  6. Seri Bahasa says:

    kalau blog dah stabil mungkin masalah seperti ini tak membawa kesan. belajar seo tu penting agar setiap posting mengandungi beberapa katakunci yang boleh membantu kedudukan artikel kita di SERP.
    Seri Bahasa baru je tulis kisah Koleksi Pantun Empat Kerat ‘L’My Profile

    1. tehr says:

      belajar… belajar…
      memang tak boleh jemu

      nak mengajar pun kena belajar
      hehe

  7. DaHLia says:

    gerek seyyy pantun :D :D

    p/s: duk kat PG now, dekat2 Singapore, tu yg jadi bahasa gitu..hehe
    DaHLia baru je tulis kisah Blogger Kita Memang Cerdik Pandai KanMy Profile

    1. tehr says:

      wah, makan angin benar nampaknya, cikgu
      tak langkah selat tengok singa ke?

  8. huhu.. xsbar nak tunggu traffic asli dri tehr.. :)
    Johari Hamzah baru je tulis kisah Johari Hamzah dot Com ImprovementMy Profile

    1. tehr says:

      hahaha
      trafik aku ciput je
      nak bayar teh 0 pun tak lepas :D

  9. Ismail N says:

    Trafik penting sbb ye lah kita tulis di internet, maknanya kita mahu org lain baca. :D Cuma janganlah frust kalau tak de traffik pun. Usha lagi sampai berjaya.. :D

    1. tehr says:

      orang baca tu memang penting w/pun tak ramai
      kalau tak siapa baca, baik buat kerja lain je
      membazir dok ngadap lappy tiap hari

  10. mie says:

    menunggu blog stabil dan mempunyai pembaca tersendiri..
    memang best
    mie baru je tulis kisah Resepi Spagetti Sosej Bolognese MAGGIMy Profile

    1. tehr says:

      aku pun masih menunggu dengan sabar
      blog aku ni tak tahu bila nak stabil
      kadang ke laut, kadang ke darat :D

  11. yas says:

    Kebetulan baru keluarkan entri pasal server yg slow…hmmm…rasa tension gak nih tehr…
    yas baru je tulis kisah Plug in responsiveMy Profile

    1. tehr says:

      kalau pasal server kena banyak sabar, bro
      kerana hanya itu je yang termampu
      di luar kawalan tu

  12. Hadi Rofiee says:

    Itulah asam garam di dalam berblogging. :-)

    Kadang2 kita perlu banyak bersabar & tidak mudah putus asa. Seperti kata Bro Rohaizad: perlahan2 kayuh. :D
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Syariah dan Perniagaan InternetMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      pelan2 kayu, kalau laju sangat nanti perahu terbalik
      lagi la susah :D

  13. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_—\_l__l—[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)–o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    yup aku setuju traffic akan hadir dengan sendiri…yup bergantung pada kita sendiri… jangan putus asa dan sabar…. unik dan kreatif…
    yang penting kita sampaikan dengan iklas…
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip-tip Tukar Aksesori kereta basicMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      yang penting ikhlas pada diri sendiri

  14. shameel says:

    bagi saya menulis untuk berkongsi pandangan dan merakyatkan pemikiran. Jadi, terserahlah jika ada org nak berkunjung atau tidak, yg pasti niat yg baik akan diredhai Tuhan.
    shameel baru je tulis kisah SESEKALI PULANG KE KAMPUNGMy Profile

    1. tehr says:

      apa yang baik akan timbul juga nanti
      kita pakat2 cuba

  15. padin says:

    hehee makin lama berblogging makin best plak jadinya,
    best sebab macam2 isu timbul ekekee.. pasni apa plak ea?

    1. tehr says:

      betul la, bro
      aku pun rasa makin meriah
      [buat modal entri] :D

  16. toyol says:

    orang kata nk trafik kena teror SEO..
    artikel mesti bagus..
    tp semua tu TK xde..
    hehe..
    bab2 mnulis mmg TK x pndai..
    jd xde la TK nk mngharap..
    TK lbh suka jln2 blog orang, baca2..
    toyol baru je tulis kisah MOTIVASI DIRI EDISI 2My Profile

    1. tehr says:

      jalan2 sambil baca2 dan komen
      tapi kat sini hanya ada teh 0 je, TK
      hehe

  17. ade 2-3 org yg setia pon dah bersyukur sgt2 kan..kalau nk org dtg kenala rajin bertandang juga kan cikgu:D
    alexa yussida baru je tulis kisah some TAK dalam hidup so farMy Profile

    1. tehr says:

      biasa macam tu la, sis
      tapi kalau blog tu dah diminati sangat2, orang datang juga nak baca celoteh kita
      yang ni la sebenarnya yang payahnya

  18. sham says:

    biar trafik tak mencanak asal buat kerja jujur…huhu…

    1. tehr says:

      jujur untuk kepuasan diri sendiri, sham
      …dan tidak menyakitkan hati orang

  19. zulkbo says:

    salam..
    saya salah satu yang menjadi
    mangsa..pada mulanya trafik memang
    masuk beribu..yang heran datang dari
    satu blog sahaja sampai ratusan..
    saya mula perasan apabila kredit
    BB (BYTE) saya cepat habis..rupanya
    bila kita loading blog kita di masa yang
    sama kita loading blog orang lain..
    tak mengapalah..pengalaman..
    mendewasakan..
    zulkbo baru je tulis kisah Tekanan Tayar Juga Penting Tips KeselamatanMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali, zul
      maksudnya, pengunjung blok kita juga sedang loading blog yang tidak mereka dikenali

      pengalaman adalah guru kita dan selamanya kita MESTI belajar

  20. penhitam says:

    sekarang, semua dok sibuk dengan trafik itu la inilah..ntahla..semuanya sandarkan pada trafik..
    penhitam baru je tulis kisah Semakan Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih GSSTMy Profile

    1. tehr says:

      jangan suka letak trafik kat depan
      payah kalau dah jem :D

  21. dnoBiz says:

    pada aku kepentingan trafik bergantung pada niat kita,
    kalau blog adalah sekar tempat kita curahkan perasaan trafik bukan sesuatu yang penting,
    tapi kalau blog tu kita nak jadikan tempat perkongsian dan menyebarkan sesuatu maklumat atau ingin berdakwah, trafik memang penting
    dan untuk yang nak dapatkan keuntungan semata mata tarafik mampu mematahkan semagat anda
    dnoBiz baru je tulis kisah Bahaya Judi – Bapa gadai Anak GadisMy Profile

    1. tehr says:

      tu yang tak best tu, dB
      kalau dah patah semangat, payah la

  22. kakyong says:

    lebih suka trafik yg real.. & kwn2 dtg komen, baru la terasa meriah… ;)

    ping blog tu ade juga buat, tp selalunya lupa nak ping.. ;)
    kakyong baru je tulis kisah Update Qistina Balqis Maisarah – 11-12 Februari 2011My Profile

    1. tehr says:

      sama la ngan saya, kakyong
      tapi ada orang rasa meriah bila trafik banyak

      rasanya mereka juga tak salah
      masing2 ada cara sendiri untuk cari keseronokan

  23. Norasikin says:

    Betul tu. Saya pun letak syarat sendiri untuk pengguna shoutbox mcm Cik Teh. Mesej yang tak cukup syarat, saya tak balas kunjungan la. Mudah je. Apa syarat yang saya letak tu ye? Pegi la tengok sendiri. macam anti spammer manual. hehehehe
    Norasikin baru je tulis kisah Resepi Aiskrim Mangga Mango SherbertMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu
      ramai yang ambil peluang sekarang

  24. zik says:

    jangan mudah putus asa… pastinya traffic akan datang… memerlukan masa…
    zik baru je tulis kisah Pencipta televisyen pertama- siapa orangnyaMy Profile

  25. decrewz says:

    Moral of the story, kita kena mula dari bawah la kan..he3.
    decrewz baru je tulis kisah Buffered Earning Yang ke-4My Profile

  26. mekar says:

    Perjalanan hidup sya dlm berblog tak sampai sebulan. Jika di perhatikan, blog yg rajin update artikel mudah mdapat sambutan kan? Masalah sya pula : setakat ni sya boleh bahagi masa dgn blog cuma idea nak menulis artikel tu selalu buntu. mcmana nk dpt idea
    mekar baru je tulis kisah Cendawan Shiitake kebanggaan Gunung Jerai part 2My Profile

    1. tehr says:

      bagaimana ya?
      baca dan tuliskan pandangan kita
      cuma jangan copy paste [membuta tuli] dah la
      orang tak suka dan cara yang tak beretika

      1. mekar says:

        iya lah, tak baguskan asyik copy paste artikel dr sumber lain. kalu ada olahan sendiri tak mengapa juga !
        mekar baru je tulis kisah Cendawan Shiitake kebanggaan Gunung Jerai part 2My Profile

  27. ohcikgu says:

    betul, baca mana-mana blog, mesti cerita pasal trafik..semua trafik ajer..
    ohcikgu baru je tulis kisah Mengapa cikgu lelaki yang baru posting disukai ramaiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun