Ramadhan Dibahagikan Kepada Tiga Bahagian

Berlalu sudah bahagian pertama bulan Ramadhan yang dipenuhi dengan rahmat Allah. Umat Islam memasuki fasa kedua Ramadhan yang dipenuhi dengan keampunan dari Allah. Sepuluh hari kemudian kita akan memasuki pula bahagian yang ketiga iaitu pembebasan dari siksa api neraka.

Juadah berbuka sungguh lazat,
Air tebu penghilang dahaga;
Bahagian pertama penuh rahmat,
Menahan nafsu lapar dan dahaga.

Buat berbuka kurma Mekkah,
Sebiji sahaja sudah sempurna;
Bahagian kedua keampunan Allah,
Kesalahan kita yang tidak terkira.

Hidangan lazat buat undangan,
Keluarga sendiri turut berbuka;
Seikhlas ibadat penuh harapan;
Pembebasan dari siksa neraka.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan.” Dalam hadis yang lain baginda bersabda, “Jika umat manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadhan.”

TehrDemikian kisah 'Ramadhan Dibahagikan Kepada Tiga Bahagian' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


13 Comments

  1. Cik Siti says:

    semoga bulan ramadhan ini kita membuka jalan untuk kita lebih mendekatkan diri kepada Allah…
    Cik Siti baru je tulis kisah Cerita Baju Raye…My Profile

    1. Mus says:

      insyaallah..
      Mus baru je tulis kisah Ayam Golek Yang KeduaMy Profile

  2. bluedianthus says:

    Lama saya tak singgah kat blog ni tehr.
    Terima kasih kerana selalu berkunjung ke blog saya.
    Jarang nak kemaskini blog dan baca komen sekarang ni..hehe..
    Selamat berpuasa tehr..:)
    bluedianthus baru je tulis kisah Pembayaran ke-6 dari Microworkers!My Profile

  3. Mr Rileks says:

    subhanallah… semoga puasa ramadhan kita diberkatiNya…
    Mr Rileks baru je tulis kisah Video Anonymous Lancarkan Operasi Memusnahkan Laman Sosial FacebookMy Profile

  4. Jai says:

    Moga2 ramadhan kali ini kita dapat amalkan dengan sempurna..amin…

  5. Sibuk dan sakit kawe sepanjang bulan nie, so tak sedar pon berapa hari dah puasa… kejap jer dah lebih 10 hari.
    Sekarang dah masuk fasa pengampunan nie, kena berbanyaklah mintak ampun sama tuhan. Al-maklumlah kawe ni banyak gak dosa masa lampau yg perlu di clearkan. Kalau blacklist dgn CTOS ok lagi. Kalau blacklist dgn Allah.. alahai…..
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Seni Cinemagraphs Yang UnikMy Profile

  6. akubiomed says:

    Selepas demam saraf berkurangan baru dapat pergi solat Terawih disuruh kembali
    akubiomed baru je tulis kisah Presiden dan Perdana Menteri WanitaMy Profile

  7. hafizmd says:

    bulan Ramadhan pahalanya berganda
    diperintah berpuasa sebulan lamanya
    ayuh berusaha rebut fadhilatnya
    tahun depan belum tentu kita ada
    hafizmd baru je tulis kisah 5 cara untuk belai komputer…My Profile

  8. puteri says:

    Tehr, ada sorang ustaz tu cakap hadis yang mengatakan 3 bahagian Ramadhan ini adalah hadis maudu’ AKA tertolak.

    Penghujahannya saya tak ingat. tapi berkaitan dengan perawi (periwayat hadis) itu sendiri.

    Namun bagi saya (tanpa mewakili mana2 pihak, individu, institusi atau agensi), tak salah beringat dengan hadis 3 bahagian Ramadhan ni sebab ia boleh dijadikan sebagai motivasi untuk meraikan/mengimarahkan malam2 bulan Ramadhan.
    puteri baru je tulis kisah Contest Aku Berpuisi – SendiriMy Profile

  9. maza says:

    ..ini bermakna raya semakin hampir, dan meninggalkan ramadan..

    malang kalau ramadan tak raikan dgn sepatutnya.. huhuhu

    maza rasa, ramadan maza tahun ini kurang bermutu.. aduhaiii..
    tarawikh pun escape selalu.. aderkkkk..

    sesal, sebal, huhuhhu
    maza baru je tulis kisah Pokok pun jadi mangsaMy Profile

    1. Mus says:

      memang rugi jika tak dimanfaatkan..
      Mus baru je tulis kisah Gambar Kemalangan Jalan Raya Di Kota MaruduMy Profile

  10. Mus says:

    3 bahagian yang penuh makna..
    Mus baru je tulis kisah Ayam Golek Yang KeduaMy Profile

  11. dnoBiz says:

    Yang tertinggal adalah manusia bertopengkan syaitan….
    dnoBiz baru je tulis kisah Pure Creamery Butter – Golden CHURN tidak halalMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun