Rahsia Yang Bukan Lagi Menjadi Rahsia

Rahsia Yang Bukan Lagi Menjadi Rahsia. Dah pecah terbongkar dan diketahui umum. Memang kacau bila situasi macam ni terjadi pada kita.

Pernah terlibat dalam kes macam ni?

Kacau.

Memang kacau!

Rahsia biar tetap menjadi rahsia,
Hanya dengan Allah kita berbicara.

Jangan sesekali ceritakan pada orang,
Jangan seronok nak pecah tembelang.

Semua orang pastinya ada rahsia yang tidak diketahui oleh orang lain. Rahsia yang hanya diri sendiri sahaja yang tahu.

Pasti ada.

Tak banyak, sikit.

Tak sikit, banyak.

Suami ada rahsia yang isteri tak tahu. Isteri pula ada rahsia yang suami belum tahu.

Pemimpin juga ada rahsia yang mana rakyat tidak tahu.

“Ni aku cakap kamu sorang je ni. Hal rahsia ni. Jangan pulak kamu bagitau orang lain.”

Ha ha ha…

Kalau dah rahsia, jangan la mahu buka mulut lagi.

Dah tak jadi rahsia dah macam tu…

Rahsia Yang Bukan Lagi Menjadi Rahsia

Rahsia Yang Bukan Lagi Menjadi Rahsia

Banyak Rahsia Yang Bukan Lagi Menjadi Rahsia. Dah ramai orang tahu kerana dah ramai yang berjaya korek keluar. Dah terbongkar dan tak jadi rahsia lagi.

Bukan rahsia artis drama.
Bukan rahsia hal keburukan peribadi orang.

Rahsia yang berjaya dibongkar dan yang kita mahu korek ialah :

Rahsia kejayaan, rahsia murah rezeki, rahsia badan sihat, rahsia hati tenang, rahsia khusyuk solat dan bermacam rahsia lagi.

Siapa yang mahukan kejayaan, mesti rajin untuk mencari ilmu pengetahuan. Rajin belajar.

Siapa yang mahu badan sihat, cergas dan menarik, mesti sentiasa jaga perut. Bukan jaga mulut.

Kunci rahsia paling utama ialah mesti sabar. Mesti sanggup dan tekun berusaha. Tak putus berdoa. Tak pula kedekut untuk keluarkan duit modal mencari ilmu.

Seronok bicara panjang berjela,
Sorok rahsia di sebalik dinding,
Mencari cara bagaimana berjaya,
Apa nak tahu Rahsia Kambing?

TehrDemikian kisah 'Rahsia Yang Bukan Lagi Menjadi Rahsia' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


16 Comments

  1. dja says:

    Ehhh, cakap hari tu tak ada akaun whatsapp …. haaa kan dah pecah rahsia :-D
    dja baru je tulis kisah Makan Ikan Bakar di Restoran Api-ApiMy Profile

    1. TehR says:

      yang ini dari telegram [komputer] ni, cikgu
      bukan whatsapp

  2. ahmadyani says:

    Rahsia yang membangunkan kehidupan tidak boleh ditutup. Rahsia yang menghancurkan kehidupan wajiblah ditutup.
    ahmadyani baru je tulis kisah Kata Syeikh… Kamu Sedang Bantu Syaitan.My Profile

    1. TehR says:

      ya
      bercerita hal kebaikan dan kejayaan orang lain juga bagus
      bukan hal / cerita keburukan

  3. Rahsia kejayaan seseorang yang berjaya dalam bidang mereka tu memang patut dikongsikan..yang itu rahsia kena dibongkar..
    Noriza Rahman baru je tulis kisah Anda Mencari Pengedar SHAKLEE Bandar Baru Bangi?My Profile

    1. TehR says:

      boleh jadikan tips untuk kita ikut jejak mereka
      untuk sama2 berjaya
      asal jangan dengan niat mahu jatuhkan mereka yang berjaya

  4. amirulfaiz says:

    Kambing juga ada simpan rahsia? Hehe.. :)
    amirulfaiz baru je tulis kisah Mari MengajiMy Profile

    1. TehR says:

      rahsia bagaimana kambing tak pernah mandi
      haha

  5. akubiomed says:

    Biasa dengar. Akhirnya tidak menjadi rahsia lagi.
    akubiomed baru je tulis kisah Karipap pusing segera untuk minum petangMy Profile

    1. TehR says:

      … dan akhirnya aib juga yang timbul

  6. hafiz says:

    Kena simpan rahsia pasword tu hihihi
    hafiz baru je tulis kisah Buat duit dengan AdsenseMy Profile

  7. Padin says:

    Ada tak rahsia untuk jadi penyimpan rahsia yang berjaya? hahaa

  8. Hero Borneo says:

    Kalau dah rahsia tutup terus
    ..kadang kadang rahsia sebagai gimik untuk tarik perhatian orang

  9. Cikgu Bella says:

    rahasia bukan lagi menjadi rahasia…….
    Cikgu Bella baru je tulis kisah 6 Cara Meningkatkan tekstur Rambut agar Berkilau dan SehatMy Profile

  10. Hafizul says:

    Jadi, adakah namanya perlu ditukar agar tidak dipanggil RAHSIA lagi??hehe…
    Hafizul baru je tulis kisah Your Payment Is Being ProcessMy Profile

  11. Ikhwan says:

    simpan semua rahsia menjadi rahsia :)
    Ikhwan baru je tulis kisah Kerjaya Pegawai Perubatan Gred UD41My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun