cahayacinta akubiomed pondokkecil
tak kenal maka tak cinta
bayuk3nangan apacerita onlajer
tehramuan

Rahsia Tarikh Lahir

Anda ingin tahu rahsia tarikh lahir atau hari lahir anda? Walau pun saya bukan seorang pakar dalam bidang ramalan ini, tetapi selepas membuat beberapa renungan dapat saya tuliskan sedikit mengenai rahsianya berdasarkan hari lahir. Anda boleh sahaja menyokong atau menyanggah pendapat saya dalam ruangan komen di bawah :D

kalau dilahirkan hari sabturahsia tarikh lahir
pasti yang bersalin ialah ibu

kalaulah di hari ahad pula
pasti si anak punyai bapa

kalau hari isnin pula terjadi
mungkin putera atau puteri

kalau dilahirkan hari selasa
si anak akan diberikan nama

kalau dilahirkan hari rabu
anaknya diberi pakai baju

kalau dilahirkan hari khamis
dimandian supaya tak hamis

kalau dilahirkan hari jumaat
harapan agar anaknya taat

Hehehe. Begitulah biasanya yang berlaku. Rahsia yang bukan lagi rahsia sebenarnya. Semua sudah mengetahuinya kecuali anak-anak derhaka yang berpura-pura untuk berlagak tidak mengenal ibu dan bapa sendiri.

Terserah kepada anda untuk percaya atau tidak kepada segala ramalan rahsia tarikh lahir yang selalu diperkatakan. Bagi diri saya, ramalan bintang ini adalah suatu yang amat tidak patut dibincangkan apa lagi mempercayainya. Bolehkah kita manusia biasa selain dari junjungan besar Nabi Muhammad saw mengetahuinya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

TehrDemikian kisah 'Rahsia Tarikh Lahir' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



42 Comments

  1. sud@is says:

    masa sekolah dulu memang suka baca ramalan bintang
    kalau ada yg kebetulan ..tu yg teruja..
    sud@is baru je tulis kisah Apabila Di Atas- Bagaimana Yang Di BawahMy Profile

    1. tehr says:

      pernah juga baca masa sekolah dulu
      tapi banyak yang tak kebetulan
      hehe

  2. Cik Siti says:

    Tidak kira hari apa si ibu yang lahirkan
    Tidak kira hari apa berbinkan ayahnya
    Tidak kira hari apa tidak pula pilih jantinanya
    Tidak kira hari ada sudah pasti ada namanya
    Tidak kira hari apa kita diberikan pakaian
    Tidak kira hari apa ibu pasti mandikan
    Tidak kira hari ada doa itu pasti melihat anaknya taat
    Taat pada Allah, ibu bapa dan masyarakat….
    Cik Siti baru je tulis kisah Senyum Meleret Hari NiMy Profile

    1. Norgadis says:

      Zaman skrg ada juga ibu yg tak mau mandikan anaknya sendiri huhuhu…
      Norgadis baru je tulis kisah Hadiah Birthday Norgadis Dari Bekas TunangMy Profile

      1. akubiomed says:

        Bukan macam itu. Semasa anak saya dilahirkan saya mandikan kerana isteri tidak yakin kerana bagi dia bayi tersebut terlalu lembut tapi selepas beberapa minggu baru mandian diambil alih oleh isteri

        1. tehr says:

          contoh seorang bapa mithali ni :D

          aku juga kekok, bro
          kepala dan tengkuk baby mesti nak dijaga tu

        2. Norgadis says:

          Itu masih lagi mau mandikan anak sendiri… yg tak mau mandikan anak sendiri… ibu yg buang anaknya dlm tong sampah. Siankan baby tu…

          *Suami yg baik pasti sentiasa mau membantu isterinya, hebat!
          Norgadis baru je tulis kisah Benih-Benih KelahiranMy Profile

          1. Cik Siti says:

            yang itu tak layak di panggil ibu…. yang pasti si ibu akan menyesal dikemudian hari….dan kesalahannya akan pasti menghantui
            Cik Siti baru je tulis kisah Pengalaman yang mendebarkanMy Profile

  3. kalau lahir di pagi raya, mestilah meriah majlis harijadinya..
    insan marhaen baru je tulis kisah Mana MinumanMy Profile

    1. Norgadis says:

      kalau lahir di pagi raya, kita namakan dia si Fitri atau si Syawal…
      Norgadis baru je tulis kisah Hadiah Birthday Norgadis Dari Bekas TunangMy Profile

    2. akubiomed says:

      Kalau lahir dalam tahun lompat maknanya 4 tahun sekali baru sambut tarikh lahir 29hb

      1. tehr says:

        jimat belanja untuk sambutan majlis hari lahir
        hehe

  4. zulkbo says:

    salam..
    ermmm..menyanggah Cik Siti kita jap
    anak yang di lahirkan di luar nikah, dahulu
    ber bin kan Abdulllah..apa yang tak kena
    sekarang tidak berhak mendapat nama
    ayah..hanya membawa nama sendiri..

    1. tehr says:

      kesian pula bila ada pelajar punya sijil lahir tanpa nama bapa
      harap2 mereka tak rasa rendah diri

    2. Cik Siti says:

      betul tu…. yang pasti siibu tahu siapa ayahnya… kalau seorang tak menjadi…. he…he…he….
      Cik Siti baru je tulis kisah Pengalaman yang mendebarkanMy Profile

  5. zulkbo says:

    ermmm..apa pun nice entri bro..
    sebagai renungan kita agar sentiasa
    menyayangi ibu dan ayah..siapalah
    kita tanpa mereka di dunia ini..

    1. tehr says:

      syurga di bawah tapak kaki ibu

  6. benjy says:

    Ada juga orang dilahirkan menjadi ‘ANAK BULOH BETONG’, ni kira kategori apa ? … mungkin kategori MITOS kekekeke … selepas lahir ke dunia best je kan … dah sehingga kini saya tetap merasa best … best ini berlarutan sehinggalah anak aku pula dilahirkan … alangkah bestnya jadi ayah … dan alangkah bestnya anak ku itu … semoga menjadi manusia yang berguna kepada semua tidak kira siapa … (apa yang berlaku jika manusia lahir di bulan ?… )
    benjy baru je tulis kisah SPEED LIMIT 60My Profile

    1. Norgadis says:

      Itu anak Buloh Bin Bentong hehehe…
      Bagaimana pula anak yg dilahirkan dari kinzir spt yg pernah belaku dulu? Siankan…
      Norgadis baru je tulis kisah Hadiah Birthday Norgadis Dari Bekas TunangMy Profile

      1. Cik Siti says:

        itu dalam cerita je….
        Cik Siti baru je tulis kisah Pengalaman yang mendebarkanMy Profile

  7. ghost writer says:

    kalau seseorang itu dilahirkan pada hari lain selain selasa sudah tentu dia tidak akan diberi nama…huh.

    satu apa pun saya tak percaya..he3
    ghost writer baru je tulis kisah realistisMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      harap jangan percaya :D

  8. Ladfe Amir says:

    alangkah baiknya hubungan anak dengan si ayah dan ibu berterusan sampai akhir hayat. saling mendoakan kebahagiaan bersama=sama.

    tapi di akhir zaman ini..semakin hilang akan nilai hubungan tersebut
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Sudah Setahun UsianyaMy Profile

  9. kaizen says:

    setuju! ramalan2 nih semua karut marut jeh… hehe
    kaizen baru je tulis kisah MuRiD MeNiNGGaL MeDia BaGi KeKeLiRuaNMy Profile

  10. Norgadis says:

    kalau dilahirkan hari sabtu
    pasti yang bersalin ialah ibu
    walau merantau berbatu-batu
    tetap taat pada yang SATU.
    Norgadis baru je tulis kisah Hadiah Birthday Norgadis Dari Bekas TunangMy Profile

  11. padin says:

    wah dah boleh jadi nujum, macam pak belalang ni keh3
    nak request rahsia tulisan tangan plak, boleh miaahahaa

  12. Ismail N says:

    Rasa mcam kawe ni lahir hari isnin laaa… tu yg rasa diri mcm putera kadang2.. he he :D
    Ismail N baru je tulis kisah Wajarkah Kanak-Kanak Di Pukul Di SekolahMy Profile

  13. dyea says:

    ye betul…ada apa dgn ramalan…yg memberikan makna kepada kehidupan kanak2 ini adalah ibu bapa..bimbingan kita …jd kita kn la jd ibu bapa yg menjadi contoh unt anak2 ikutkan
    dyea baru je tulis kisah papa tak sekolah ek!!!My Profile

  14. yas says:

    tersenyum gua bila membacanya…

    Ikutlah mende ape pun nak diramal, yg pasti semua tu dah dirancang olehNYA.

    Dan utk anak2 derhaka….atau si tanggang, kebelakangan ni mmg ramai dah…kita boleh melihatnya di pusat jagaan org tua2..
    yas baru je tulis kisah We Are The Champion!!!My Profile

  15. Wah,memang tepatlah ramalan bro.Rahsia yang bukan rahsia.
    PakarBuahPinggang baru je tulis kisah Awas serangan Kanser ProstatMy Profile

  16. dnoBiz says:

    hehe semuanya tepat sekali..
    sejak bila belajar ilmu nujum ni Tehr….????
    dnoBiz baru je tulis kisah Terma Berkaitan Sex – Terma yang selalu digunakan dalam artikel berkaitan sex siri 2My Profile

  17. Mus says:

    rahsia ni aku baca sahaja.. percaya tak lah..
    Mus baru je tulis kisah Gambar Akar Pokok Yang Unik Di DalatMy Profile

    1. Ismail N says:

      terpengaruh tetap ada punya.. he he..
      Ismail N baru je tulis kisah Wajarkah Kanak-Kanak Di Pukul Di SekolahMy Profile

  18. zik says:

    tak ingat hari apa lahir…. erm.. surat beranak pun sudah hilang.. alamak kena buat baru nih…
    zik baru je tulis kisah Hala tuju yang sesuai selepas SPM dizaman millenium!My Profile

    1. Norgadis says:

      surat pun pandai beranak, hebatkan kita di Malaysia ni hehehe…

      1. suri says:

        zik pendatang asing nih!

  19. toyol says:

    ramalan cikgu tu TK percaya 100 persen!
    hehe..

    tp ramaln2 bkaitn zodiak yg gemar dpkatakn orang, boleh d baca tp usah d jadikn pgangn..
    karut je tu..
    toyol baru je tulis kisah CEMBURUMy Profile

  20. mie says:

    kalo x silap gue lahir hari jumaat..
    eheheee
    mie baru je tulis kisah Air Terjun Kampung Perigi Dalam Filem CUNMy Profile

  21. suri says:

    hamil wow satu anugerah yang aku ku nantikan heeee

  22. suri says:

    sy lhir bulan 9 tahun 83..lain zodiak sy tak ambil port hee…lgi baik kita ambil tahu nama2 bulan dlm islam yer tak..

  23. MDHAFiZ.NET says:

    pernah baca dr blog lain tentang benda nih..memang seronok untuk berkongsi…harap2 anak saya nanti lahir hari jumaat..hahahaha…
    ada hati nak punya anak..kawin pun belum..ceh…

  24. Rahsia ni dari Kitab lama Tajul Muluk rasanya…. ;)
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah We are backMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar