Rahsia Kita Berdua

pembekal
hamba kisahkan satu cerita
perempuan itu berbadan dua
tiada saudara rumah disewa
tanpa teman sebatang kara

pemborong
hamba mendengar kisah ini
wanita pendatang tanpa suami
menyewa rumah membawa hati
agaknya mahu sembunyikan diri

peraih
apakah tuan sudah tahu
kisah sejarah wanita itu
tiada suami menjadi ibu
membuat onar ikut nafsu

peruncit
buat malu kampung kita
tok penghulu tak berjaga
orang luar berbuat dosa
perlu kita bertindak segera

Ramadhan yang kian dekat dan musim raya yang akan menjelang memberi peluang yang luas kepada sesiapa yang mahu berusaha atau berniaga mencari rezeki yang halal. Bermula dari pembekal, pemborong, peraih malah peruncit dapat mencari duit raya dan menambah keuntungan dengan mudah.

Bercerita mengenai sesuatu [mengumpat] yang tidak diketahui kebenarannya sangatlah merbahaya. Sedikit yang didengar, bertambah-tambah pula bila diperdengarkan. Akhirnya segala kebenaran sesat dan hilang begitu sahaja diselaputi oleh perasaan was-was, hasad dengki dan cemburu. Moga-moga kita sentiasa berhati-hati bila bercerita mengenai sesuatu, seseorang atau mengenai diri sendiri.

TehrDemikian kisah 'Rahsia Kita Berdua' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun