Pure Creamery Butter-Golden Churn Adalah Haram

Lepas berbuka tadi Mr Tehr sempat juga mendengar berita tv. Dah sah sekarang apa yang telah digege-gegakkan oleh ramai bahawa Pure Creamery Butter-Golden Churn yang banyak di gunakan di Sarawak, terutamanya dalam industri kek lapis adalah bahan yang tidak halal. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengesahkannya.

kek lapis oh kek lapis
sekali makan berketul habis

kek lapis dari sarawak
aneka warna sangatlah enak

kek lapis ditelan sudah
apa mungkin mahu dimuntah

Patutlah kecoh di seantero dunia kita bulan lepas bila Jabatan Agama Islam Sarawak memaklumkan produk ini mengandungi DNA babi. Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha meminta pemegang sijil halal yang pernah menggunakan bahan ini melakukan samak terhadap peralatan yang pernah digunakan.

Yang pasti, bahan haram ini bukan hanya digunakan dalam membuat kek lapis sahaja. Dan yang pasti juga bukan semua pengusaha kek lapis menggunakan mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn ini. Waktu melawat Sarawak hujung tahun lepas, Mr Tehr ada juga membeli kek lapis. Tak tahu le yang haram atau yang halal.

TehrDemikian kisah 'Pure Creamery Butter-Golden Churn Adalah Haram' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


26 Comments

  1. akubiomed says:

    Ada baiknya juga logo halal Jakim kalau dulu kita selalu prasangka tanda halal sudah mengcukupi sebenarnya ia boleh dikaburi oleh pihak yang berniat jahat
    akubiomed baru je tulis kisah Cabaran Blogger | Satu Hari Di Hari RayaMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, bro
      kita memang tak upaya nak tentukan halal haram
      berperangsaka baik je yang termampu

      1. Kdg2 ada gak yg kureng asam letak logo halal sendiri. Nyusahkan kita betul. Better beli dari company terkenal dengan logo JAKIM terserlah… Bayar lebih sikit tak per dari makan DNA Babe.. :D
        Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Banyakkah Traffik Dari Laman Web Sosial?My Profile

        1. tehr says:

          betul tu, bro
          islam itu mahal dan bermutu

  2. ghost writer says:

    orang kata tak aper kalau masa tuh kita sememangnya tidak tahu.tapi bila dah tau,maka elakkan lah untuk membelinya semula.pembuat kek lapis tuh pun masa tuh tak tau,kena tipu dengan pengusaha produk tersebut.
    ghost writer baru je tulis kisah masih lagiMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      harap2 mereka dapat mencari ganti yang sesuai lagi halal

  3. suri says:

    salam..

    dah haram jgn makan dha terbeli buag jer sb tak tahu isi dlm tu alahai..

    sabar bro skrg mmy bayk makan pelik2 org campur..di awal sangka bhan yg diadun baik tapi bila di semak sebaliknya plk..

    p/s:bro tehr jom teka lagi ;)
    suri baru je tulis kisah Hai Kawan..My Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, suri
      kita sentiasa mengharapkan yang terbaik, bersih dan suci dari pengusaha
      pengusaha perlu utamakan kepercayaan pengguna

  4. bEe says:

    bEe haritu ada beli kek batik. Makan sikit secuit aje pastu terus terlupa nak mkn (selalunya kalau bab kek coklat bEe akan ingat)

    Bila teringat balik ingatkan nak makan. Sekali tgk dah berlapuk so buang aje. Tp mcm pelik sbb bEe boleh terlupa pasal kek batik tu. Hikmah agaknya ;)

    1. Mus says:

      pasti ada hikmahnya tu..
      Mus baru je tulis kisah Tambang Murah – Whale Of A Sale AirAsiaMy Profile

      1. tehr says:

        aku setuju
        tiap yang berlaku pasti ada hikmahnya
        kadang2 kita nampak
        kadang2 pula tanpa kita sedari

  5. Mus says:

    kerana butter ni aku tak jadi jual kek lapis.. nasib baik member belum bayar lagi..
    Mus baru je tulis kisah Baju Muslimah Untuk Yang TersayangMy Profile

    1. order dari kampung ker bro? Balik Srwk, jgn makank kek lapis.. he he..
      Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Banyakkah Traffik Dari Laman Web Sosial?My Profile

      1. tehr says:

        aku percaya pasti ada pengusaha yang tak menggunakan bahan haram ini
        masih boleh dicari tu

  6. Jangan ckp di Sarawak bro, di Sabah nie pon ramai yg pakainya! Nasib baik kawe dan wife bukan yg selalu buat kuih muih nih. Kalu tak haru gak kepala. Ramai yg geram.. Tokey kek lapis lagi lah rugi… kena samak kilang tu.. Kesian kesian….
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Banyakkah Traffik Dari Laman Web Sosial?My Profile

    1. tehr says:

      rasanya seluruh negara ada gunakannya, bro
      sekali terus samak seluruh peralatan bagus juga tu, bro
      ambil berkat

  7. yas says:

    Haiyooo,,,kaco betul laaa…depa ni tak perihatin betoi ngan ngan perasaan org2 islam…klau depa nak eksport butter tu x pe laa…ni jual kt market dom….sah2 ramai org islam yg beli.
    yas baru je tulis kisah Lemahnya bila server selalu sangat terganggu….P1 Wimax.My Profile

    1. tehr says:

      tu la yang aku selalu fikir
      kenapa jakim tak uji semua barang yang masuk pasaran kita
      tak kan dah berkurun guna baru nak sedar halal haram

  8. shameel says:

    Sy difahamkan kt ipoh pun brlambak mentega ni dan ia diletak brsama dlm satu rak dgn produk halal
    shameel baru je tulis kisah #8 Wordless Wednesday: PERKAMPUNGAN NELAYAN.My Profile

    1. tehr says:

      saya sendiri belum melihatnya secara dekat
      memang tak ada tanda halal jakim ke?

  9. Wan Perlis says:

    macam2 isu halal haram skrg ni
    cam kat perlis gak, chicken cake

    1. tehr says:

      chicken cake ni apa hal pulak, wan
      haram juga ke?

  10. Khidhir says:

    yeke? baru ingat nak order kek lapis sarawak raya ni.. hmm.. seram lak..
    Khidhir baru je tulis kisah Daftar Email 1 Malaysia Myemail.myMy Profile

  11. Hadi Rofiee says:

    Sekali lagi institusi fatwa diuji dan penerimaan masyarakat dinilai.

    Semoga keputusan yang dikeluarkan ini dihormati. Saya pasti, penelitian yang mendalam telah dilakukan oleh pihak yang berwajib. ;-)
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah #2 Wordless WednesdayMy Profile

  12. titan says:

    tak pernah beli mentega jenis nih..sedap sangat kerr???

  13. maza says:

    maza pernah makan kek lapis itew..

    aduh aduh aduhh…

    harap2 cacing pita tak beranak pinak di dlm perut ini.. uhuk!
    tapi kalau perut jadi buncit, tontulah salah kek lapis ..
    maza baru je tulis kisah Satu Hari Di Hari RayaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun