Punca-Punca Sakit Kepala

Aduh… aduh sakit! Sebenarnya aku tengah sakit kepala ni. Selalunya bila sakit kepala, aku urut ibu kaki [refleksi] dan Insya-Allah sakit akan reda. Kalau aku malas, aku minta isteri urutkan. :D Tapi malam ni tak mahu pula ia reda biar pun dah pedih kedua-dua ibu kaki aku. Muka aku pun dah tak nampak macam lelaki kacak dah. Hu hu hu. Bila tanya Pakcik Google, ada beberapa sebab punca sakit kepala ni.

bila fikiran sangat bercelaru
semua hal jadi tak menentu

bila banyak duduk bertentang
dengan cahaya yang terang

bila memakai cermin mata
tidak sesuai dengan “power”

bila merenung melihat sesuatu
dengan mata kabur atau kelabu

bila penyakit banyak dihidapi
migrain, diabetes, barah, denggi

bila pakaiannya tidak sesuai
terlebih ketat di bahagian boroi

bila memakai wangi-wangian
baunya pula berlebih-lebihan

Aku nak tambah lagi satu. Kepala juga akan sakit kalau terhantuk atau diketuk dengan objek yang keras. :D Aku nak tidur. Harap-harap bangun nanti sakit kepala aku akan hilang. Insya-Allah.

TehrDemikian kisah 'Punca-Punca Sakit Kepala' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


40 Comments

  1. puteri says:

    tengok / ngadap komputer lama sangat sakit kepala jugakkk hehehe
    puteri baru je tulis kisah TNB: cukai tak ada, tapi….My Profile

    1. b3njy says:

      yer betul tu setuju juga
      b3njy baru je tulis kisah GOOGLE PR VS ALEXA RANKINGMy Profile

    2. tehr says:

      betul3x
      baru je nak ngadap ni :D

  2. dari pagi hingga petang
    tunggu bas sudah lepas
    Sakit kepala mula datang
    bila terkena hujan panas

    Dari pagi hingga petang
    tunggu bas naik lepak
    Sakit Kepala mula datang
    Bila tengok hutang berlambak

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    air balang kenduri kahwin
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

    1. tehr says:

      dari pagi hingga petang
      bas pula tak kunjung tiba
      jalan kaki untuk pulang
      kena hujan sakit kepala

  3. titan says:

    biasanya aku paksa diri tidur. esok pagi biasanya ok dahh.. hehe..

    biasa kalau aku pening ni..taman-taman dalam hati aku tengah bergelora. haha..
    titan baru je tulis kisah Trafik itu kacak.My Profile

    1. tehr says:

      aku juga selalu ambil langkah untuk tidur
      dapat sejam dua pun dah ok :D

  4. padin says:

    hahah, memang betul tu tehr, kalau kena ketuk mmg boleh jadi sakit kepala jugak keh3..

    tu belum kira telepon, kenderaan, laptop rosak.. boleh jadi sakit kepala juga, hee moga bro cepat sembuh macam biasa..
    padin baru je tulis kisah Penilaian KerjaMy Profile

    1. b3njy says:

      benjy sakit kepala bila terasa kepala benjy sakit .. :D
      b3njy baru je tulis kisah GOOGLE PR VS ALEXA RANKINGMy Profile

    2. chii says:

      salah tdo pun….pastu kena kaco pun..leh sakit kepala gak dibuatnya :p
      chii baru je tulis kisah Sekilas Mutiara IIMy Profile

      1. padin says:

        aik tido pon kena kacau ke heheee

    3. tehr says:

      haha
      aku sebenarnya kena main hujan sebelah petang sebelumnya

  5. tips-kurus says:

    hhhmmmm… biasanya lepas bangun tidur, dah ok. :-)
    tips-kurus baru je tulis kisah Illegal Baby NamesMy Profile

    1. tehr says:

      selalunya ok
      alhamdulillah

  6. bro, kalu ibu jari kaki utk sakit kepala,
    kalu ibu jari tangan.. cam ne pulak?
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Pemain Gitar Terbaik Di MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      aku tak tahu, bro
      sama kot
      tapi yang biasa aku buat picit/urut ibu kaki je :D

  7. b3njy says:

    Rasanya bukan sakit sebab apa tu cikgu, tetapi cikgu kat tahan kena buli pelajar … yer tak ? … biasalah sekarang ni pelajar semua bijak2 … :D
    b3njy baru je tulis kisah GOOGLE PR VS ALEXA RANKINGMy Profile

    1. tehr says:

      tak ada kaitan dengan pelajar ni, bro
      sekolah dah cuti
      aku main hujan sebelah petang

  8. chii says:

    chii pun sakit kepala gak dr semlm ni..rasa terhuyung hayang da dibuatnya..ingtkan bangun pagi tadi da ok..tp sakit lain pula yg mendatang :)

    1. tehr says:

      sakit lain pulak?
      macam ni memang payah la, chii
      kena la ke klinik tu

  9. floyd says:

    bro b3njy dah bangun dari tidur, sakit kepala tadi malam dah hilang tak? hehe
    floyd baru je tulis kisah Fast ForwardMy Profile

    1. tehr says:

      insya-allah hilang sakit tu

  10. shameel says:

    salam tehr.

    yg ptg jgn terus ambil panadol. elakkan selagi termampu sbb ia tidak elok utk kesihatan dlm tempoh jangka masa yg panjang.
    shameel baru je tulis kisah Sang Pencerah: Filem Yang Harus Ditonton Oleh Pencinta AgamaMy Profile

    1. tehr says:

      aku memang mengelak dengan sebarang pil
      anak aku kata, aku ni takut makan ubat
      haha

  11. Norizwan says:

    kalau sakit kepala…aku tak nak berharap pada panadol…dah seminggu sakit kepala kjap ok kjap tak ok sbb lptop rosak huhu…semoga bro sembuh….
    Norizwan baru je tulis kisah Wanita ketagih suntikan bibir tebalMy Profile

    1. tehr says:

      panadol memang tak bagus
      hanya menahan sakit je

  12. akubiomed says:

    Sakit kepala melanda kalau tidak cukup tidur. :-)

    1. tehr says:

      betul sangat tu
      bawa2lah tidur awal :D

  13. zulkbo says:

    salam Bro..
    kalau yang berterusan tu
    risau darah tinggi pulak..
    cuba ke klinik ambil tekanan
    darah..kalau dah naik terpaksalah
    buat apa yang patut..
    zulkbo baru je tulis kisah Comment Moderation : Saya Suka Kalau Komen Saya Terus Saya Boleh Baca BalikMy Profile

    1. tehr says:

      salam
      biasa je, bro
      kes main hujan ni :D

  14. zulkbo says:

    harapan bukanlah..
    cuma sakit kepala biasa
    sahaja..dan moga cepat
    sembuh hendaknya
    zulkbo baru je tulis kisah Tengkorak Ini Dikatakan Kepunyaan AlienMy Profile

    1. tehr says:

      alhamdulillah, hari ni semua ok

  15. hebat tehr ni.. dalam sakit kepala idea menulis dan berpantun macam air mengalir..

    banyak berfikir??

    harap cepat lega… :D doakan

    1. tehr says:

      idea ni kadang2 payah nak urus
      datang suka hati dia je, rain :D

  16. ciksembang says:

    sakit kepala bila jawab call banyak sangat..
    ciksembang baru je tulis kisah Wordless Wednesday #9 Camwow di Iphone4My Profile

    1. tehr says:

      betul3x
      setiap call ada pula bawa tiga empat masalah
      huhu

  17. RachelAng34 says:

    hehe that is one cute post. hope the headaches gone. ^^
    RachelAng34 baru je tulis kisah ChinaillonMy Profile

    1. tehr says:

      it’s ok now :D

  18. yas says:

    Hehehe…bro jumpe doktor google ke…amacam skg??
    Suda ok kaaa?
    yas baru je tulis kisah Banjir di UiTM Shah AlamMy Profile

  19. rahman says:

    dulu dulu kalau makan dusil mesti setel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun