Proton Inspira Ganti Proton Waja

Kelahiran Proton Inspira dikatakan untuk mengisi kekosongan model Waja yang akan dihentikan pengeluaran nanti. Sejarah Proton Waja yang bermula pada Ogos 2000 dengan menggunakan enjin Mitsubishi 4G18 1.6L sebelum beralih menggunakan enjin Campro pada tahun 2006 nampaknya akan berkhir pada hujung tahun 2010 ini.

gambar dari pakcik google

model baru proton inspira
cantik molek amat bergaya
bukan kepada golongan kaya
boleh dibeli sesiapa sahaja

putih hitam perak dan merah
menjalar di jalan nampak gagah
mulai sekarang boleh ditempah
yuran rm1000 memang murah

dipasang di malaysia semuanya
kilang yang sama dengan exora
10 november nanti diterima
pembeli memandu di jalan raya

nampak sama mitsubishi lancer
memandu nanti amatlah selesa
boleh ditukarkan dengan waja
sambung bayaran kalau upaya

Nama Proton Inspira yang diilhamkan oleh kakitangan bahagian kejuruteraan elektrik PROTON, Saiful Yazan Nasir membawa maksud inspirasi PROTON dalam usaha meningkatkan keupayaan untuk menjadi pengeluar kereta yang berjaya di peringkal global.

TehrDemikian kisah 'Proton Inspira Ganti Proton Waja' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


46 Comments

  1. zulkbo says:

    salam..
    proton iswara saya masih
    di gunakan beli 1998..
    walaupun byk masaalah
    tapi dah mesra pengguna..
    dah sejiwa kiranya..
    proton sekarang makin hari
    makin mahal..kualiti??
    tapi saya prefer beli honda civic
    dengan harga sebegitu
    zulkbo baru je tulis kisah Dia Tetap Datang Paper LessMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      bila dah mesra dan tahu perangai, memang rasa sayang – biar pun dia buat hal
      hehehe

  2. etomyam says:

    tak sabar nak tengok inspira di atas jalanraya nanti :D
    etomyam baru je tulis kisah eTomyam As EzineArticlescom Expert AuthorMy Profile

    1. tehr says:

      dapat tengok pun dah bersyukur
      nak beli… kena tunggu lagi la nampaknya

  3. Amir Izzat says:

    hurm…amir belum tengok lagi ropenyer..dengar citer best..entah..murah ke?

    body mcm lancer..enjin? takut tak power.kih3
    Amir Izzat baru je tulis kisah Aku Kemalangan Kaki Tak PatahTangan Tak CederaTapi Motorsikal Ku Parah!My Profile

    1. tehr says:

      masih cerita dalam cerita je
      belum ada yang dapat beli
      kena tunggu nov nanti, baru dapat citer sebenar

  4. sud@is says:

    Ya yang baru semuanya indah..jangan nnt x seindah rupa …….apa pun tahniah proton..
    sud@is baru je tulis kisah PTK berubah lagiiiMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu
      masih cerita dalam cerita je
      kita pakat2 tunggu, apa kisahnya nanti

  5. touya says:

    tak sabar nak tunggu feedback dari pengguna

    1. tehr says:

      sabar…
      sebulan lagi dapat le kita tahu cerita sebenar
      kisah lucu atau kisah seram

  6. ni macam ciri idaman kereta idaman padin je ni
    jeman beragas baru je tulis kisah manisMy Profile

    1. tehr says:

      biar betul bro
      …idaman ramai ni

  7. wadud@duad says:

    bro.. kasi la tunjuk body kereta tersebut??
    hehehe.. bunyik macam ‘ gah ”
    ekekeke
    wadud@duad baru je tulis kisah Kami pindah rumah My Profile

    1. tehr says:

      hehehe – dah banyak gambar kat internet, aku saja je…

  8. wadud@duad says:

    uik… asal x timbul komen wadud.. :-(
    wadud@duad baru je tulis kisah Kami pindah rumah My Profile

    1. tehr says:

      kadang2 lambat sikit
      aku pun tak tau sbb apa

  9. cantik la kereta ni.. boleh dibawa untuk kerja…
    lowongan pekerjaan baru je tulis kisah PT Schwalbe Asia Jobs Lippo Cikarang 2010My Profile

    1. tehr says:

      boleh je
      tempah le satu

  10. madlut says:

    sokong barang buatan malaysia..rasanya kualitinya masih boleh diterima, alternatif pada sapa yang minat lancer tapi tak mampu, pakai je inspira..hehe

    1. tehr says:

      btul bro, kualiti tak le teruk sangat
      ikut kemampuan la, kan?

  11. YOUsoF says:

    Betul lah. Bagi aku kalau mampu dapat gune INSPIRA ni pon dah bangge kot..

    *pantun 4 kerat yang sempoi! ;D
    YOUsoF baru je tulis kisah Manusia Dari MarikhMy Profile

    1. tehr says:

      insyaallah
      ada rezeki Allah nanti

  12. ayie says:

    tak sabar nak tunggu proton ni keluar atas jalan..harap2 hebat macam diceritakan… :)
    ayie baru je tulis kisah Trick Sony EricssonMy Profile

    1. tehr says:

      tu la
      jangan nanti lebih cerita dongeng je

  13. bidadari says:

    tak sabar nak tengok real2 ni…warna putih mcm cantik je,,,hehe
    bidadari baru je tulis kisah Bertemu Dalam Ketaatan Bersatu Dalam PerjuanganMy Profile

    1. tehr says:

      sabar2
      nanti tengok real dulu baru tempah
      harap dengar cerita je sekarang ni

  14. catzer says:

    hehehehe..takperlah..aku bab kete2 ni kureng skit sbb liabiliti kan tak mampu aku nak tanggung liabiliti tinggi2 ni..bile nak beli kete perkara utama kena fikirkan ialah kos minyak, servis dan keselamatan..kalau nak bergaya dan ada duit angkat jerklah satu :)
    catzer baru je tulis kisah Oh Hujung TahunMy Profile

    1. tehr says:

      ya. setuju. kena fikir banyak perkara
      saya sendiri, membeli kereta setelah bekerja hampir 10 tahun
      …lagi pun masa bujang lebih suka naik motor

  15. akubiomed says:

    Saya berpendapat Proton telah banyak berubah setelah membeli entiti Lotus. Banyak nama besar yang ada sekarang mengambil bertahun-tahun untuk berjaya kiranya Proton dah short cut dengan bantuan Mitsubishi dan Lotus melahirkan kereta dengan sentuhan kejuruteraan Asia dan Barat
    akubiomed baru je tulis kisah Windows Phone 7 kembali sebagai pesaing kepada Google Androids dan AppleMy Profile

    1. tehr says:

      kerjasama memang bagus untuk meningkatkan kemahiran
      harapannya agar pekerja tempatan selalu ingin belajar, bukan sentiasa jadi pengikut sahaja

  16. Sir Marcello says:

    dan pemenang memberi nama Inspira ini mendapat RM10k sebagai hadiah..weee~

    p/s: baru perasan tehramuan dah berpindah platform…nice!!
    Sir Marcello baru je tulis kisah Cerita Sana SiniMy Profile

    1. tehr says:

      rezeki tu
      tiada siapa dapat sangka rezeki akan datang dari penjuru mana

  17. sarahnajwan says:

    salam..

    duduk memilih si anak siti
    antara tiga dipilih satu
    datang dan pergi silih berganti
    totap kusayang MYVIku itu

    …tahniah utk m’sia kerana kelahiran kereta baru ini..

    1. tehr says:

      salam kembali

      antara tiga dipilih satu
      antara empat dipilih dua
      sama juga dengan diriku
      kancil kurus masih selesa

  18. bluedianthus says:

    Inspira..memang suka dengar dengan nama yang memberikan inspirasi dan motivasi..:)
    bluedianthus baru je tulis kisah Hujung minggu Bluedianthus dan nombor PIN Google AdsenseMy Profile

    1. tehr says:

      namanya memang cantik
      harap2 pemilik dan pemandunya nanti juga mempunyai inspirasi dan motivasi untuk sentiasa mematuhi undang2 jalan raya
      …untuk mengelakkan kemalangan – kereta cantik tu pun tak rosak

  19. suri says:

    sahabat tetap suka pada myvi hee… ada rzki insyallah pasti dapat dimiliki :)

    1. tehr says:

      insyaallah
      kalau ada rezeki lebih, dapat le beli yang lebih selesa

  20. sangilapi says:

    mungkin di perkarangan – perkarangan sekolah akan banyak diparking inspira ni kot :)

    mungkinkah inspira menjadi idaman cikgu-cikgu muda ?
    sangilapi baru je tulis kisah entah kenapaMy Profile

    1. tehr says:

      tak juga bro
      kalau tengok kepada model waja pun tak begitu banyak di sekolah
      kebelakangan ni, ramai pula yang minat jenis mpv

  21. mijie says:

    aku rasa nak beli rumah dulu la dari beli keter lain, lagipun myvi aku tu masih lagi ok..
    mijie baru je tulis kisah Cara nak betulkan commentluv errorMy Profile

    1. sangilapi says:

      suatu langkah yang bijak,hartanah secara logik sentiasa meningkat harganya berbanding kereta yang dah tentu susut nilai :)

      *banyak rumah tak pe,jangan banyak orang rumah :)*
      sangilapi baru je tulis kisah entah kenapaMy Profile

      1. tehr says:

        banyak orang rumah?
        kalau telinga tak tebal, baik tak payah pasang angan2
        hahaha

    2. tehr says:

      tepat sekali tu
      rumah ni makin lama makin naik harga
      kereta pula makin lama makin buruk, susut nilai

  22. rashid says:

    Cantik pantun di atas…hhe..proton inspira ni memang jadi inspirasi semua orang, cantik pun cantik…nice!!!
    rashid baru je tulis kisah Saya nak DETOX FOOT PAD dari HAZMANFADZILCOMMy Profile

    1. tehr says:

      bro rashid ambil la satu
      memang sesuai untuk orang muda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun