Promosi Blog 1

Bercerita mengenai promosi memang tak akan habis sampai bila-bila. Semakin hari semakin canggih dan bergaya pula cara yang dihidangkan kepada kita. Kadang-kadang perlu pula menyimpan pertanyaan beberapa hari sebelum mendapat kepastian apakah barangan atau perkhidmatan yang mahu ditawarkan, seperti yang dilakukan oleh Celcom dengan simbol misteri Kolony.

Tetapi promosi tehramuan hari ini hanyalah mengenai blog dan sahabat blogger yang biasa berkunjung dan meninggalkan komen. Tiada apa yang istemewa. :D

akubiomed penuh infomasi
kusinggah baca setiap hari
ada terlepas beberapa entri
tetapi masih boleh dijejaki

kadang berlari kadang berjalan
menjenguk cik siti bayu kenangan
singgah baca beri pandangan
kadang leka dalam senyuman

norgadis labuan jauh di sana
menulis cerpen penyair juga
suri rumah setiausaha perwila
aktif persatuan dengan sukarela

zikrihusaini jejaka dari selatan
belum berpunya atau berteman
berbagai kisah beliau catatkan
paling teruja ketikanya laporan

sering tertanya di dalam diri
di mana gerangan blogger ini
rezeki murah ke mana pergi
sudah lama tak update entri

p/s Draf entri ini ditulis sebelum saya bertemu rakan blogger bro Joe Sangilapi, dnoBiz dan AktechPage di Kota Bharu beberapa hari lalu. :D

TehrDemikian kisah 'Promosi Blog 1' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


57 Comments

  1. wah bestnya..pandai tehr buat ye..:)
    Fantastic Ajane baru je tulis kisah Pelajar Lelaki Mencabul Tidak Hirau Rakan SekelasMy Profile

    1. tehr says:

      main2 je, FA
      sambil tenangkan otak :D

  2. toyol says:

    ada 1 kt situ yg TK x pnh lawat blog ia..
    jap lagi terjah..
    toyol baru je tulis kisah MABUKMy Profile

    1. tehr says:

      sila terjah sekarang juga, tk
      kasi meriah :D

  3. ghost writer says:

    cara tehr pon hebat aper..yang pertamax.
    ghost writer baru je tulis kisah peralihan kuasaMy Profile

    1. tehr says:

      hebat dalam kampung sendiri je, ghost
      hahaha

  4. adah says:

    lama pulak rse xberpantun kat sini…hehehe…

    dua tiga kucing berlari…
    promosi blog adah bila lagi…

    hehehehe
    adah baru je tulis kisah Ipanelonline- Patut larMy Profile

    1. tehr says:

      dua tiga burung terbang
      untuk adah nanti akan datang :D

      1. suri says:

        bli pengasah harap dapat tajamkan heee

  5. akubiomed says:

    Terima kasih bro, siap kena tag lagi. Ambil masa hendak memikir pantun maklumlah otak sudah berkarat asyik bergelumang dengan pemutar skru sahaja :-)

    1. tehr says:

      tak berpantun pun ok je, bro
      hehe

    2. Mus says:

      wah.. untung abang akubiomed kita.. siap kena promote lagi..
      Mus baru je tulis kisah Gambar Makan Sedap – Nasi Goreng UdangMy Profile

  6. mie says:

    semua gue penah lawat kecuali satu..
    kena terjah ni..
    eehehehee
    mie baru je tulis kisah Penginapan Percuma Di Hotel De ARTMy Profile

    1. tehr says:

      terjah jangan tak terjah
      haha
      biar nanti tuan rumahnya terkejut sakan
      haha

      1. mie says:

        jom ramai2 serbu..
        eheheheee
        mie baru je tulis kisah Hadiah Dari Air Asia Twitter ContestMy Profile

        1. suri says:

          jgn sebarang serbu bg ar salm dulu heee

  7. istimewa la tuh siap masuk dalam pantun:)

    >,< komen psl pantai tuh saja je kan nk menjeleskan hati beta..uihhh murka sudaa ni..hehe:) sonokla die..leh dgr ombak slalu..huhu

    1. tehr says:

      bukan ombak je, sis
      semuanya best
      hehe

  8. Norgadis says:

    Senyum riang gembira ketawa
    melihat kancil membawa kereta
    tehramuan blog yang istemewa
    pantun dihidang penyeri cerita

    1. tehr says:

      pantun dihidang penyeri cerita
      sambil berpantun minum teh
      semua sekadar bersuka-suka
      buat penawar badan yang letih

  9. decrewz says:

    Ada yang belum pernah jenguk lagi nih.. Nak usha jap.. :)
    decrewz baru je tulis kisah Shortcut Rahsia Pada Mozila Firefox Yang Perlu Anda TahuMy Profile

    1. tehr says:

      cepat2 usha, jai
      hehe

      1. mie says:

        gue pun join skali..
        usha mengusha…
        hhehehehee
        mie baru je tulis kisah Penginapan Percuma Di Hotel De ARTMy Profile

  10. benjy says:

    Betul tehr,… promosi celcom tu suspen betu … b3njy ingatkan apa benda simbol tu … ancaman kebocoran neuklear di Jepun … ehellahhh !… rupanya promosi celcom pula …. bila sebut pasal koloni teringat pula macam koloni semut atau pun anai2 yang sungguh banyak ….

    salahke kalau b3njy menyatakan pengguna celcom adalah sang semut atau anai2 ? ….
    benjy baru je tulis kisah MY CLICK-CLICK CONTEST – Syarat &amp PendaftaranMy Profile

    1. tehr says:

      cuma aku harap line kat kawasan aku ni akan lebih baik je
      hehe

    2. Mus says:

      pandai benar celcom tu ambik kesempatan masa isu nuklear ni tengah hot
      Mus baru je tulis kisah Industri Membuat Sesar Unjur Di Pulau Bruit- DaroMy Profile

  11. Huh.. ganah pantun tu..
    Aiseh men.. gantikan Akmal dgn AktechPage.Com plisss… :)
    aktechpage.com baru je tulis kisah Apa itu Android OS My Profile

    1. tehr says:

      sori bro
      akibat dari dah simpan nama dalam kotak fikiran lebih dulu :D

  12. padin says:

    selalu juga singgah ke blog yang di sebutkan tu
    masing2 ada keunikan tersendiri

    1. tehr says:

      betul tu, padin
      memang mereka ada cara tersendiri

  13. zulkbo says:

    SALAM..
    ermm..Zikr tu masih bujang
    calon jejaka Malaya sepanjang
    tahun nih..he he

    ***jangan maree Zikr
    zulkbo baru je tulis kisah Sila Sahin – Bila Berbogel Di Anggap Satu Seni GambarMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      jom undi ramai2 :D

  14. Mus says:

    bestnya dapat berkawan dengan rakan blogger di bumi nyata
    Mus baru je tulis kisah Stesen Kuasa Arang Batu Di MukahMy Profile

    1. tehr says:

      sesekalai kalau dapat jumpa memang best, mus

  15. Ismail N says:

    uiks.. nampak benor lah kawe belum kuat penjelajahan dimuka bumi blog ni.. he he.. Cuma tahu 2 aje yg disebut di atas. 3 lagi belum pernah terjah lagi… Fuhhh… banyak blogger zaman nie.. :D
    Ismail N baru je tulis kisah Kalau Anda Jadi KayaMy Profile

    1. tehr says:

      dunia blogger yang semakin meriah :D

  16. LadyBird says:

    wa.. best jugak kan kalau buat entry bentuk pantun :D..
    simple tp padat :D..
    lehla triru lepas ni yo.. ;)
    LadyBird baru je tulis kisah Jom Kita Pakat Jaga Kecantikan -DMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      jom sama2 meriahkan dunia dengan pantun :D

  17. Aidanatasya says:

    Salam cikgu…

    wahhh pandai cikgu berpantun erk…
    hehehe.. x tau la sy sebelum..

    senyum sokmo :)
    Aidanatasya baru je tulis kisah Senara terkini Blogger Jejak dan WanitaMy Profile

    1. tehr says:

      ketawa ceria nampak gigi
      wajah gembira awet muda
      senyum sokmo berseri-seri
      biar berada jauh di mata

      hehe

  18. yas says:

    Memang stylo la bro….Tahniah dengan idea yg menarik nih…
    yas baru je tulis kisah Nasib Komando MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      kadar main2 je, yas
      harap2 kawan2 blogger tak marah / kecil hati :D

  19. Cik Siti says:

    senyum meleret terlihat entri
    entri penuh makna buat Cik Siti
    terima kasih daun keladi
    Buat En Tehr yang sudi berkongsi

    1. tehr says:

      terima kasih daun keladi
      sama kasih daun kasturi
      tq kerana cik siti kemari
      buat meriah majlis di sini

  20. bEe says:

    hehehe, pandai teh promosi blog garap dgn pantun….. hehehe idea yg bijak :-)

    Masa kecik2 minum susu apa ni ek??? :-P

    1. tehr says:

      susu?
      tak tau la, bEe :D
      susu cap junjung agaknya

  21. kakyon says:

    ziarah tehr..baca pantun dengan santun..: )
    kakyon baru je tulis kisah selamat mengundiMy Profile

    1. tehr says:

      jemput minum teh, kakyon :D

  22. Hadi Rofiee says:

    Kreatif. Berpantun sambil melakukan promosi. Hubungan rakan blogger terus erat. ;-)
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011My Profile

    1. tehr says:

      nak belanja minum, jauh pulak
      sekadar beri link je, bro
      hehe

  23. puteri says:

    teringat masa kolony tu belum dikenal pasti simbol apa..
    hissh.. ntah apa2 lah.
    bila dh kuar iklan lagi entah apa2 iklannya…

    tehr,
    hari tu berpantung dgn lirik
    kali ni dgn blogger
    huuii mantop..

    he

    1. tehr says:

      tu la pasal, puteri
      idea promosi mereka sungguh mantap
      dapat menarik perhatian umum

  24. esempoi says:

    wah, gravatar kita sama la
    teh o panas.. hehe
    promote la plak esempoi.com
    esempoi baru je tulis kisah Menarik Sangat- Kena Baca…My Profile

    1. tehr says:

      ya la, sama
      memang ada rancangan untuk sediakan 1 rangkap seorang tu, esempoi
      harap2 dapat disempurnakan :)

  25. hafizmd says:

    pokok pandan wangi baunya
    daun serai tajam sisinya
    blog tehr apa kurangnya
    berseri indah dengan pantunnya

    :D

  26. Ladfe Amir says:

    kekurangan masa untuk singgah menjenguk tapi tetap dilakukan bila berkesempatan. insyaAllah
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Sesuai Tak Malaysia Join Olimpik Musim SejukMy Profile

  27. mms says:

    Idea ade datang mendadak
    Macam melukis pada arca
    Tulis tu tulis jugak
    tapi tak de pelawat n baca . . he he

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun