Pilihan Yang Ada

langkahDalam menjalani hidup seharian kita sentiasa diberi pilihan. Kadang-kadang hanya perlu membuat pilihan yang senang dan ada kalanya pula dimestikan membuat pilihan yang amat sukar.

Antara beberapa pilihan yang diberikan, apa tindakan kita untuk memilih sesuatu yang terbaik untuk diri kita sendiri dan orang-orang di sekeliling. Agar tindakan kita nanti tidak merugikan sesiapa dan diri kita juga. Orang sekarang kata ‘win-win situation’. :D

memang perlu

tinggalkan kaki kiri

di belakang

untuk langkah kaki kanan

ke depan

kalau tidak, kita akan terlompat-lompat

…penat tu

Mungkinkah kita perlu memilih untuk melangkah kedua-dua kaki serentak [melompat] walau pun kita nanti akan tersangat penat. Atau kita akan memilih untuk tidak melangkah, hanya berdiam diri.

TehrDemikian kisah 'Pilihan Yang Ada' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


46 Comments

  1. mie says:

    yang pasti berfikir sebelum memilih..
    dan pastikan rasionalnya pemilihan itu..
    hehehee
    mie baru je tulis kisah Warna Warni Pengunjung BlogMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu
      fikir adalah pelita hati

    2. mie says:

      pelita hati…
      heheee
      mie baru je tulis kisah Alamak!! Page Rank Dah 3My Profile

  2. zulkbo says:

    salam..
    jangan lah berjalan
    melompat..dah nak raya cina ni
    teringat cerita “hantu lompat cina”
    he he…
    zulkbo baru je tulis kisah Iklan Nuffnang Keluar Di Shout BoxMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      hehe
      hantu paling popular dalam filem

  3. Cik Siti says:

    berfikir dulu sebelum melangkah… adakah langkah kita benar-benar memberikan pilihan yang tepat… berpaling kiri dan kanan jika ada halangan pandang ke hadapan jika ada cabaran setiap kali melangkah payah untuk berpaling. kekalkan keyakinan insyaallah segalanya akan berjaya
    Cik Siti baru je tulis kisah Gegar Blog- Dari Ben AshaariMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, cik siti
      ramai yang malas nak fikir panjang2 sekarang ni
      bila dah terlanjur, otak jadi makin sempit

  4. padin says:

    memang susah nak pastikan apa yang kita pilih tu merupakan yang terbaik.. itu pentingnya pengalaman, pengetahuan.. supaya memang tak salah langkah dari awal lagi, ehhee
    padin baru je tulis kisah Di Hari PerkahwinanmuMy Profile

    1. tehr says:

      bila dah terlanjur salah langkah
      payah nak betulkan
      selagi tak balik ke pangkal jalan :D

  5. tips-kurus says:

    think wisely-mind your steps;)
    tips-kurus baru je tulis kisah Cara Mudah Tentukan KegemukanMy Profile

    1. tehr says:

      itulah yang sebaiknya
      banyak lopak di jalan, kan?
      hehe

  6. Abgreds says:

    Salam Tehr..
    Pilihlah untuk melangkah panjang dalam akal fikiran, agar selamat di hari kemudian… :)
    Abgreds baru je tulis kisah Rahsia kahwin Kahwin rahsiaMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      yups, usah terburu-buru

  7. RedBoys says:

    harus fikir2 dahulu sebelum memilih plilihan yang ada agar tidak rugi dikemudian hari.
    RedBoys baru je tulis kisah Sinopsis Filem HaqMy Profile

    1. tehr says:

      sesal dahulu pendapatan
      sesal kemudian tidak berguna
      macam tu kan, RB?

  8. eyriqazz says:

    buatlah pilihan yang tepat..i always believe in my sixth sense sebelum membuat keputusan..
    eyriqazz baru je tulis kisah Kisah Siti Nurhaliza dan IsteriMy Profile

    1. suri says:

      harap dah buat pilihan pasni kenalah yakin dg pilihan tersebut..

    2. tehr says:

      betul la, bro
      kadang2 memang perlu guna sixth sense ni

  9. suri says:

    salam..
    fikir utk masa skrg dan hadapan..

    kelak tidak akan menyusahkan org lain huuu

    1. tehr says:

      anak isteri dan keluarga nak kena pikir juga kan, suri
      jangan asyik nak syok sendiri je :D

  10. bisk says:

    harus bertindak lebih bijak…
    biar tak serentak kaki dihayun ke depan tapi lebih kemas melangkah mengikut keutamaan.Hayun kedua-dua kaki boleh tersungkur bro.
    bisk baru je tulis kisah hilang akal sebentarMy Profile

    1. tehr says:

      yang pasti nampak sangat janggal
      langkah ikut keutamaan tu yang bagusnya

  11. belalang says:

    tersalah langkah dalam kehidupan adalah perkara biasa dalam proses pembelajaran dan kematangan…
    terpulang pada kita utk menjadikan ia tauladan atau masih alpa dengan kesilapan kita…

    (perh…ayat sastera) hahaha
    belalang baru je tulis kisah Review Blog- Zack Entry Follower Ke-1000My Profile

    1. tehr says:

      kata peribahasa kita
      jangan pisang berbuah dua kali
      hehe

  12. gayahspears says:

    salam…
    maaf bro tehr sbb Gayah lambat terjah.. kat cni xde line tenet :( huhu
    kadang2 kita kena berkorban utk kepentingan keluarga… walaupon kadang2 itu bukan kehendak diri kita… hurm..

    1. tehr says:

      kita hanya merancang, gayah
      tapi tuhan yang tentukan

  13. kakyon says:

    hati-hati bila melangkah..
    kakyon baru je tulis kisah jalan jalansaja nak makanMy Profile

    1. tehr says:

      sama2 la kita :D

  14. Ismail N says:

    Bagus kalau masih ada pilihan cikgu..
    Kalu dah tersepit dan tiada pilihan lagi payah. :D
    Cuma bila ada pilihan tu, kena lah buat pilihan yg terbaik mungkin.

    1. tehr says:

      betul tu, bro
      doa dan sabar mesti ada

  15. sangilapi says:

    setelah dipertimbangkan sebaik mungkin,mulakan langkah pertama.
    apa jua yang terjadi selepas itu,hadapi dengan tabah :)
    sangilapi baru je tulis kisah PR 2011 dah updateMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      membujur lalu melintang patah

  16. toyol says:

    emm..
    kdang2 tersilap jg..
    dah hati2 pun tersadung langkah..
    toyol baru je tulis kisah KAHWIN LAGIMy Profile

    1. tehr says:

      kadang2 memang itu hak kita
      allah dah tentukan
      semuanya untuk kita berfikir

  17. akubiomed says:

    Seperti anak kecil baru belajar pertama langkah pertama amat kritikal untuk bermula bertatih. Kita akan belajar berjalan selangkah demi selangkah.

    Begitu juga didalam kehidupan perlu berani membuat perubahan dan prosesnya adalah secara konsisten
    akubiomed baru je tulis kisah Ops Ulat buku di RawangMy Profile

    1. tehr says:

      orang kata berani buat berani tanggung
      tapi, buat yang baik2 je la
      yang tak baik tu tolak tepi

  18. sud@is says:

    betul kita ada pilihan tapi bukan senang untuk memilih yang terbaik untuk menepati cita rasa semua pihak

    kalau nak senang jgn fikir terlampau byk pihak..betul?
    sud@is baru je tulis kisah Ada Jem Tiada RotiMy Profile

    1. tehr says:

      sangat setuju
      lagi banyak pihak terlibat, lagi kacau
      kalau pilihan hanya kerana allah, yang lain2 tolak tepi
      hati akan tenteram

  19. Fitrihadi says:

    buat pilihan yang terbaik..laksanakan dan jangan fikir pilihan yang lagi satu kalau dah laksanakan.. so that idup akan lebih ceria..umpama memilih rumput yang paling cantik di padang..kan?
    Fitrihadi baru je tulis kisah Alamak! Takde Idea Nak Blogging Ar Abis Nak Buat Entri ApaMy Profile

  20. dnoBiz says:

    Melompat, melangkah, berlari semua ada tujuan dan kepentingan…
    yang psti bila dan dimana kesemua itu hendak digunakan,
    melompat tempat berjal… kita akan kepenatan
    melangkah ditempat melompat…. kita akan tersungkur
    berjalan di tempat berlari…. kita akan ketinggalan

    Ps : sekadar pandangan
    dnoBiz baru je tulis kisah Sampah – Masaalah pembuangan SampahMy Profile

    1. tehr says:

      aku selalu nasihatkan budak2 dalam kelas
      berbuat apa pun mesti sesuai dengan masa dan tempat :)

  21. kakyong says:

    ada masa perlu melompat.. ada masa kena berdiam.. ada masa harus juga melompat.. semua pun ikut keadaan…
    kakyong baru je tulis kisah Segmen review bersama kakyongdotcom©My Profile

    1. tehr says:

      yups, semua perlu sesuai dengan masa dan keadaan
      asalkan tak salah di sisi agama

  22. zik says:

    pilihan yang ada harus ada titik noktah.. jangan dibiarkan ia lama2..
    zik baru je tulis kisah Australia tempah tiket ke final menentang Jepun piala Asia 2011!My Profile

    1. tehr says:

      betul tu, bro
      ambil kesempatan selagi ada peluang

  23. Norgadis says:

    kena fikir dulu sebelum memilih, kalau dah salah pilih kira nasiblah tu… sabar je lah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun