Piala Liga Super Ke Seberang Tambak

Hampir pasti Lions XII muncul Juara Liga Super 2013. Peluang Johor Darul Takzim, ATM atau Selangor untuk menyekat Piala Liga Super daripada menyeberang Tambak Johor sudah tiada. Ketiga-tiga pasukan ini sekarang sedang berebut untuk menduduki kedudukan kedua carta liga super musim ini.

lions xii vs johor dtJohor DT sekarang ini mempunyai 35 mata. Tiga kemenangan terakhir masih tidak mampu menyekat Lions XII untuk muncul juara. Lions XII sedang mendahului dengan 39 mata dan hanya memerlukan 6 mata daripada 3 perlawanan.

Siapa yang boleh menyekat Lions XII sebagai juara?

1. Perak

[Selasa 25/06/13] Perak vs LIONS XII. Peluang pertama untuk menyekat piala ke seberang tambak terletak di kaki pemain Perak. Selepas berjaya mengalahkan Pahang 2-1 hari Sabtu lepas, semangat Perak pastinya semakin tinggi. Paling kurang Perak perlu seri dalam perlawanan ini.

2. Felda United

[Selasa 02/07/13] LIONS XII vs Felda United. Harapan Felda United untuk menyekat Lions XII agak tipis. Mereka sendiri sedang bergelut untuk keluar dari kedudukan tercorot liga. Lions XII boleh mendapat 3 mata dari perlawanan di padang rumput tiruan ini.

3. Kelantan

[Sabtu 06/07/13] Kelantan vs LIONS XII. Peluang terakhir untuk menyekat Lions XII muncul Juara Liga Super 2013 terserah kepada Kelantan. Rasanya The Red Warriors lebih rela menyerahkan Piala Liga kepada musuh mereka Johor DT berbanding membenarkan piala dibawa ke seberang Tambak Johor.

johor dt vs selangorSelangor? Gergasi merah kuning ini akan membantu Lions XII membawa piala ke seberang tambak. Selangor akan bertandang ke Johor Bharu pada 06/07/13, Sabtu dengan misi untuk menduduki tempat kedua atau ketiga liga.

TehrDemikian kisah 'Piala Liga Super Ke Seberang Tambak' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


17 Comments

  1. akubiomed says:

    Harap Piala tidak menyeberangi seberang tambak.
    akubiomed baru je tulis kisah Fenomena Supermoon di sebalik jerubu.My Profile

    1. suri says:

      milik siapakah itu?
      suri baru je tulis kisah Pusaran Bunga CintaMy Profile

  2. maza says:

    Dalam keadaan situasi berjerebu ini, segala2nya mungkin berlaku.. huhuhu
    maza baru je tulis kisah Kita adalah MusafirMy Profile

  3. papa mifz says:

    oh sedih lah jika betul piala akan ke seberang…huhu
    papa mifz baru je tulis kisah Doa Mengharapkan Turunnya HujanMy Profile

    1. hafizmd says:

      mmg cukup2 kecewa dan sedih tahun ni jika camtu…

      padang tiruan oh padang tiruan!!!
      hafizmd baru je tulis kisah Oh! Jerebu. Jom Ngaji Tentang JerebuMy Profile

  4. hafiz says:

    harap dapat kerjasama team lain mempertahankan piala malaysia dari ke seberang tambak…
    hafiz baru je tulis kisah Tapau Kacang Pool Larkin BombaMy Profile

  5. hafizmd says:

    Perak wajib menang selasa ni. 2 perlawanan terakhir juga begitu, tapi rekod pasukan Malaysia bermain di atas rumput tiruan cukup2 tak bagus…

    jadi, Perak kena menang selasa ni…utk beri tekanan kepada lions
    hafizmd baru je tulis kisah Oh! Jerebu. Jom Ngaji Tentang JerebuMy Profile

  6. Padin says:

    hehee harap2 selangor menang 3 game terakhir, aku tunggu perlawanan di Larkin nih, :D

  7. lepas ni lions kalah semua 3 games tu..hehe
    the malay male baru je tulis kisah darurat jerebuMy Profile

  8. Wan Fauzi™ says:

    peluang yang amat tipis bagi semua pasukan malaysia utk merangkul kejuaraan liga super..
    Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Himpunan “Tidak kepada Keganasan”My Profile

  9. auc says:

    tak tau lah AUC cukup frust ni… tapi mampukah mereka menyekat tetamu x diundang mencuri harta kita di depan mata..

    apakah benar seperti kata pengulas ASTRO “Rumah Kita Piala Orang” cukup memalukan kalau itu yg terjadi…
    auc baru je tulis kisah Kelantan vs Pahang Liga Super 2013My Profile

  10. titan says:

    perak dengan kelantan kena menang ke atas singapore. Felda united..gua harapkan keajaiban…

    dan selangor menang semua baki perlawanan. hoho..
    titan baru je tulis kisah Belikan Kek Moist Coklat untuk bakal isteri anda.My Profile

  11. onlajer says:

    harap dapat sekat la tu hari boleh seri jdt hampeh btoi
    onlajer baru je tulis kisah Kempen Boikot Kurma Iran Diangap BerjayaMy Profile

  12. Hafizul says:

    Emm jerebu pun masih bermain bola yer..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #57 – Perfume Cahaya CintaMy Profile

  13. Ismail N says:

    Harapan JDT terletak di tangan Perak dan Kelantan sahaja. Itu pun bukan senang nak menang semua game yg tinggal kerana JDT ada extra game (Piala FA) yg buat pemain2 penat, digantung game dan cedera. Very unlikely utk JDT sekat Lion jadi juara. Tapi dalam bolasepak, semuanya boleh berlaku kan?
    Ismail N baru je tulis kisah Mango Garden Restaurant of Rumah Terbalik BorneoMy Profile

  14. Mohd Helmi says:

    Benda yang kita tak suka ni, kadang-kadang bagus untuk diri kita. Macam tu juga kalau Piala Liga Super ke Singapura. Musim depan liga pasti lebih sengit dengan permainan yang lebih berkualiti. :)
    Mohd Helmi baru je tulis kisah Niat Puasa Bulan RamadhanMy Profile

  15. sensasi2020 says:

    Semoga menang lagi di KB pada Junaat ini.
    sensasi2020 baru je tulis kisah Keputusan ATM vs Kelantan Separuh Akhir Pertama Piala MalaysiaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun