Piala FA 2013 | Kelantan Vs PKNS

badhri radziKelantan vs PKNS - Saingan Piala FA 2013 Pusingan Kedua antara PKNS FC dan Kelantan akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV pada 26.02.2013 [Selasa]. Kelantan yang masih bergelut untuk mencari rentak kemenangan perlu buat sesuatu yang menggembirakan penyokong. Piya perlu buktikan bahawa beliau adalah pemain tengah terbaik dan sememangnya layak untuk mewakili negara. Keita Mandjou juga aku harap dapat memadamkan ingatan penyokong Kelantan terhadap Mat Yo dan Ghaddar.

harap penonton jagalah diri
tak kan mahu kena denda lagi
mana boleh tahan macam ni
habis la duit dalam peti besi

Ramai yang tidak berpuas hati dengan pengadil sekarang, orang yang paling penting di tengah padang. Pengadil yang bagus akan menjadikan perlawanan bertambah bagus. Harap-harap pengadil tak buat kesilapan ketara yang boleh mempengaruhi tingkah laku pemain, pegawai dan penonton. Pemain dan pegawai aku tak kisah sangat kerana pengadil dapat berikan kad kuning atau kad merah. Tapi penonton yang tidak berpuas hati, bukan dalam kawalan pengadil. Ini yang aku risaukan sangat.

harap pengadil bijak sekali
elakkan keputusan silap lagi
jangan penonton terlupa diri
kacau bilau di stadium nanti

apekPKNS vs Kelantan - Permulaan Kelantan tahun ini agak kurang baik. Setakat ini hanya berjaya menjaringkan tujuh gol dan bolos juga tujuh jaringan dalam saingan Liga Super 2013. Mahu tak mahu Apek dan barisan pertahanan Kelantan mesti lebih fokus lagi untuk menang dalam pertemuan Piala FA 2013 menentang PKNS FC malam ini seterusnya mengulangi pencapaian The Red Warriors musim lalu.

sungai kelantan lembah sireh,
hanya sekian terima kasih.

TehrDemikian kisah 'Piala FA 2013 | Kelantan Vs PKNS' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


21 Comments

  1. suri says:

    apek mesti blh buat yang terbaik! saya yakin tu

  2. cikgu naman says:

    harap² TRW bangkit terus…kito bulih!!
    cikgu naman baru je tulis kisah Karnival Wow 2013 PutrajayaMy Profile

  3. Petua Puteri says:

    Pengadil juga manusia biasa.. tak lari dari kesilapan…

    kalau ada 2 -3 pengadil kat padang, boleh juga bawak berbincang sebelum buat keputusan..
    Petua Puteri baru je tulis kisah Resepi Asam Pedas Ikan Pari Daun KesumMy Profile

  4. papa mifz says:

    kita tgk siapa yang kena…
    papa mifz baru je tulis kisah Contest Kaca Mata PapaMifz.comMy Profile

  5. papa mifz says:

    cikgu menang FM dari den yo…jangan lupa emailkan alamat untuk proses penghantaran FM tuh…:)

    http://www.papamifz.com/2013/02/pemenang-fm-pulau-langkawi.html
    papa mifz baru je tulis kisah Contest Kaca Mata PapaMifz.comMy Profile

  6. azura says:

    menang kalah tetap dua2 saya sokong
    azura baru je tulis kisah Family FirstMy Profile

  7. ehh johor come back! cikgu tengok tak? hehe
    khairul asrol baru je tulis kisah Surat Cinta Dari Nuffnang 6th Birthday BashMy Profile

  8. sensasi2020 says:

    Hujan di Kelantan sedang melanda,
    Air meningkat naik ke paras amaran,
    TRW lawan PKNS telah ditunda,
    Ke satu tarikh yang belum ditetapkan.
    sensasi2020 baru je tulis kisah Bagaimana Menjana Pendapatan Dari RumahMy Profile

  9. All the best 2 Red Warriors.. Err mana result nya?
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Gangster Celop: Hanis Zalikha On The Big ScreenMy Profile

    1. hafizmd says:

      Tunda pulak dah…bila nak lwn balik ek?
      hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #31 Meniti HariMy Profile

  10. auc says:

    bila perlawanan semula tu yek
    x sesabor nak tau keputusannya ni :)
    auc baru je tulis kisah WordLess Wednesday 46 (Kerana Sesuap Nasi)My Profile

    1. hafizmd says:

      itulah…ambe tumpang suspen pulok..hee
      hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #31 Meniti HariMy Profile

  11. maza says:

    mutu permainan baru aje nak elok, dah pengadil pula buat hal.. kan kan kan..

    nak kena sula ni.. nak kena sula.. huhuhu
    maza baru je tulis kisah Gangster Celop: Hanis Zalikha ke Layar PerakMy Profile

  12. wanaz says:

    harap malam nie selangor juga turut menang …
    wanaz baru je tulis kisah Khasiat Daun Ketapang untuk Ikan Laga (Indian Almond Leaves)My Profile

    1. hafizmd says:

      selangor pasukan pertama layak…dah main minggu2 lepas….tahniah selangor!
      hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #31 Meniti HariMy Profile

  13. Wan Fauzi™ says:

    nampaknya kelantan perlu menang dlm saingan ini utk mempertahankan kejuaraan tahun lepas…
    Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Sejarah Hidup Nabi Muhammad S.A.WMy Profile

    1. Wan Fauzi™ says:

      kedah dan johor menunjukkan perlawanan yg paling menarik dan dramatik… antara perlawanan yg menhiburkan para penyokong masing2.. walaupun ditentukan dgn penalti..
      Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Satu Pengharapan Yang DiNantikanMy Profile

  14. titan says:

    hoho..sape menang ni?
    titan baru je tulis kisah Komisen kedua dari Bakar Lemak PantasMy Profile

  15. Bro Zulkbo says:

    salam..
    terlepas pandang pula saya saya
    yang menang..seingat saya Pahang
    berjaya menjinakkan ATM 7-1
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Terkini Keputusan Pilihan Raya PRU-13My Profile

  16. suri says:

    bila buat pic cam tu nampak cam kacak ar pula heeee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun