Piala FA 2013 | Kelantan Atau PKNS

badhri radziPerlawanan penentuan kalah mati Piala FA 2013 Kelantan Vs PKNS malam ini adalah perlawanan yang dijadualkan pada 26.02.2013 yang lepas tetapi ditangguhkan kerana hujan lebat dan padang tidak selamat untuk digunakan. Perlawanan pusingan kedua Piala FA 2013 ini akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

ketua pasukan badhri radzi
penjaga gawang khairul fahmi
pemain harapan shakir shaari
siapakah akan menyerlah nanti

bojan hodakKata ketua jurulatih Bojan Hodak, Kelantan mesti menang dalam 90 minit. Elakkan masa tambahan dan tendangan penalti. Keriasauan Hodak ada asasnya kerana rekod Kelantan tidak begitu baik dalam penentuan tendangan penalti. Kelantan gagal merebut Piala Sumbangsih awal musim ini bila tewas kepada Tentera dalam penentuan tendangan penalti.

keita mandjo jadi harapan
semoga dapat buat jaringan
perestai kini jadi perhatian
disingkirkah atau dikekalkan

pkns bukan pasukan biasa
liga super di tempat kelima
kalau kelantan bermain alpa
pastinya nanti berputih mata

Kata aku, Kelantan The Red Warriors perlu menang biar pun dengan penentuan lambungan duit syiling. Ha ha ha…

TehrDemikian kisah 'Piala FA 2013 | Kelantan Atau PKNS' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


6 Comments

  1. ghost writer says:

    match ni berat kat kelantan untuk memenanginya. PKNS hanya nampak tough di laman sendiri, itupun dengan rekod yang kureng.
    ghost writer baru je tulis kisah kota yang mulai mendinginMy Profile

    1. TehR says:

      harap2 kelantan dapat menang perlawanan ni

  2. dengar kata perlawanan ini akan ditangguhkan. betul ka?
    khairul asrol baru je tulis kisah Cara Buat Duit Dengan Says dan Cash Out Kedua dari SaysMy Profile

    1. TehR says:

      tak ada la, bro
      perlawanan sedang berlangsung sekarang

      kelantan sedang mendahului 1-0 jaringan faiz subri minit ke 4

  3. hafizmd says:

    Tahniah kelantan dah menang..ada hikmahnya tunda game hari tu..terbaik!
    hafizmd baru je tulis kisah Dilema Menantu Belum Mengandung…My Profile

  4. Wan Fauzi™ says:

    ingatkan ada live kat tv.. nasib baik livestreaming ada.. setiap kali perlawana je mesti penyokong kelantan penuh.. cuma perlawanan afc je tak penuh…
    Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Pemandu 4WDMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun