Piala AFF Suzuki 2012 | Malaysia Ke Separuh Akhir

Malaysia perlu menang untuk mara ke Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2012. Kesudahannya Harimau Malaya menepati ramalan untuk layak setelah berjaya menewaskan Indonesia 2-0 dalam perlawanan malam tadi. Tahniah.

Harimau belang harimau kumbang,
Sungguh tangkas Harimau Malaya;
Di tengah padang terus berjuang,
Penyokong puas bersorak gembira.

Orang dewasa menulis pantun tentang harimau memang begitulah biasanya. Kalau pantun budak-budak pula…

Harimau Malaya menang lagi,
Pulanglah Indonesia jalan kaki.

Harimau berdiri senyum terukir,
Thailand menanti di separuh akhir.

malaysia vs thailand

Malaysia akan menentang Thailand di separuh akhir nanti selepas hanya menduduki tempat kedua Kumpulan B di belakang Singapura. Thailand adalah pasukan pilihan untuk muncul Juara Piala AFF Suzuki kali ini tetapi sebagai juara bertahan, kita juga mempunyai peluang.

Tak gitu ke?

TehrDemikian kisah 'Piala AFF Suzuki 2012 | Malaysia Ke Separuh Akhir' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


19 Comments

  1. dah lepas mulut naga..berdepan dgn mulut buaya pula.. :)

    kene main lebih baik dari hari ni..
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Komentator Tegar November 2012My Profile

    1. tehramuan says:

      betul tu
      kalau dapat lepas dengan thailand ni, mungkin akan jumpa singapura sekali lagi

  2. akubiomed says:

    Thailand bernafsu untuk menjadi juara piala AFF Suzuki ini. Mampukah Harimau Malaya menyekat hajat mereka.
    akubiomed baru je tulis kisah The Grand Finale Samsung AppStar 2012My Profile

    1. tehramuan says:

      kalau kena gaya, kita boleh menang, bro

  3. donnyien says:

    Hello sahabat selamat pagi,

    Tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia kerana berjaya melangkah ke separuh akhir piala AFF Suzuki 2012.
    donnyien baru je tulis kisah Cinta akan wang akar segala kejahatanMy Profile

  4. tehramuan says:

    tahniah
    nampaknya taring harimau semakin panjang ni, bro :D

    1. donnyien says:

      harimau malaya berjaya baham sang garuda :)
      donnyien baru je tulis kisah Cinta akan wang akar segala kejahatanMy Profile

  5. padin says:

    berjuang hingga wisel penamat, ekekee
    padin baru je tulis kisah Futsal : FinalMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups, tahniah kepada semua yang bertahan dengan kukuh

  6. hatiputera says:

    Pertemuan dengan thailand adalah perlawanan yang akan lebih mematangkan skuad harimau malaya.
    hatiputera baru je tulis kisah Semak Status Halal PortalMy Profile

    1. tehramuan says:

      aku harap mereka lebih matang dan makin berjaya

  7. UmmiKami says:

    Pulau Pinang imbauan mega..
    Kini menanti tamu bergaya..
    Harimau menang lawan naga..
    Berani mati bertemu buaya…:D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Warga Emas Berlian Dikarang..My Profile

    1. tehramuan says:

      Pohon pisang berbuah tiada,
      Pohon durian berdiri megah;
      Harimau menang lawan garuda,
      Minggu depan jumpa si gajah.

  8. UmmiKami says:

    Mangga tiada timun diterjah..
    Berat limau terlepas Pak Tua..
    Naga garuda ataupun gajah..
    Semangat harimau menumpas semua…..:)

  9. Norizwan says:

    memang terbaik perlawanan malam tadi…terutama sekali mahali, tahniah harimau malaya….harap perlawanan seterusnya lebih hebat dari sebelum ini….
    Norizwan baru je tulis kisah Pertama kali terjah I-City Shah AlamMy Profile

  10. yas says:

    Tersentuh dgn semangat perjuangan mereka semalam….sumer dh buat yg terbaik….hrp2 pas ni lawan siam dpt bg lagi yg terbaik….insyaallah boleh menang punya
    yas baru je tulis kisah Keputusan MALAYSIA VS INDONESIA AFF Suzuki 2012My Profile

  11. titan says:

    ada peluang nak balas dendam balik dengan singapura nih..

  12. Bro Zulkbo says:

    salam..
    kalau maintain cara permainan
    sejak lawan Laos dan Indonesia
    saya pasti kita akan ke final
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Singapore VS Malaysia AFF Suzuki Cup 2012My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun