Pesan Pakcik Blogger

[Aku Masih Ingat]

buat blog atau buat apa saja
semuanya perlu banyak usaha

tak kira kamu perempuan atau lelaki
dah kerja atau masih belajar lagi

kalau blog kamu nak berjaya
update selalu blogwalking juga

bila pilih layout perlu cermat
biar sejuk mata orang lihat

tulis mesej / komen biar cerdik
orang akan susur blog kita balik

blog kamu nanti jangan pasang lagu
lambat loading orang malas tunggu

element bergerak kurangkan sikit
mata orang melihat pun tak sakit

untuk kamu dapat traffic tinggi
SEO pula kamu kena pelajari

page rank tinggi tu elok sangat
keyword orang cari mudah dapat

alexa rank pun perlu perhati juga
tambahkan orang keluar masuk blog kita

tulis entry / posting jangan melulu
tentu ramai orang tak setuju

cuba fikir dulu apa yang orang cari
barulah kamu mula menulis entry

jangan banyak tulisan berbagai warna
orang mata kelabu payah nak baca

tulislah cerita yang berfaedah
nanti ramai orang suka terjah

kalau kamu tulis suka hati kamu
orang yang berkunjung mudah jemu

kalau kutuk pun biarlah cekap
tak pasal-pasal nanti masuk lokap

cerita palsu jangan kamu amalkan
nanti ada pula orang nak saman

entry copy paste kalau kamu buat
tak usahlah diamalkan sangat

lebih bagus idea kamu sendiri
itu yang lebih orang hormati

blog bukan untuk seronok dan duit saja
kerja, study, solat jangan kamu lupa

ucapkan terima kasih buat blogger
yang mana ilmu mereka kamu terima

“aku terima ilmunya dengan bayarannya sebanyak sekali klik”

TehrDemikian kisah 'Pesan Pakcik Blogger' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun