Pesan Abang

Antara abang atau kakak dan adik pasti sekali segala kelebihan terarah kepada abang atau kakak. Maklum sahaja abang atau kakak adalah yang terlebih dahulu dilahirkan. Mereka lebih awal ke sekolah untuk menimba ilmu dan pasti sekali mereka juga lebih berpengalaman daripada adik-adik. Begitulah secara umumnya pada pandangan ramai.

Kalau pula ibu bapa meninggal dunia, maka tanggung jawab abang atau kakak menjadi lebih berat sebagai pengganti ketua keluarga. Abang atau kakaklah yang biasanya akan bekerja mencari rezeki bagi menampung hidup serta belanja persekolahan adik-adik yang lebih kecil. Abang atau kakaklah yang mengasuh, mendidik dan menitipkan segala pesanan agar adik-adik berjaya. Demikianlah juga kebiasaannya.

Pesan Abang

adikku muda remaja
awasi bila melangkah
wajahmu manis bak gula
pasti ramai kan tergoda

tidak dilarang kau bersuka
asal tahu kan batasnya
jangan sampai adik terlupa
harapan dan cita-cita

( korus )
sambung belajaribu dan ayah
menaruh harapan
agar kau berjaya
di hari kemudian

bila tiba waktu petang
dari sekolah kau pulang
bergalas buku di pinggang
siapa lihat tertawan

adik masih bersekolah
awas segala dugaan
adik kan ambil periksa
agar senang masa depan

( korus )
tumpukan perhatian
dengan sepenuhnya
serahkan selainnya
kepada Yang Esa

bila adik telah berjaya
abang kan turut gembira
tapi andai sebaliknya
jangan kau rasa kecewa

sekali adik terkandas
bukan untuk selamanya
di hati sematkan pesanan
ingat abang tetap sayang

Sudirman Haji Arshad

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia [SPM] 2010 akan diumumkan pada 23 Mac 2011 nanti. Adik-adik yang menduduki SPM pada tahun lepas pastinya sedang berdebar-debar menanti ketibaan tarikh berkenaan. Pasti juga ada yang sedang berkira-kira arah dan tempat untuk melanjutkan pelajaran nanti. Abang atau kakak juga tumpang berdebar menanti keputusan SPM adik-adik. Sebenarnya abang atau kakak inginkan adik-adik lebih berjaya berbanding mereka. Percayalah.

Moga-moga adik-adik yang telah berjaya tidak melupakan abang dan kakak. Kalau ada selisih faham, salah silap, bergaduh, bertengkar, lupakan sahaja. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Kejayaan akan lebih bermakna apabila hadir bersama hati ikhlas yang penuh dengan kasih sayang.

TehrDemikian kisah 'Pesan Abang' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


50 Comments

  1. toyol says:

    adik2 ni tak tau.. apa yg kita buat ni semua utk dia jg..
    toyol baru je tulis kisah TITANIC- TENGGELAM DALAM KEANGKUHANMy Profile

    1. tehr says:

      ramai yang tahu memberontak je, tk
      dan aku memang tabik kepada yang sedar

  2. toyol says:

    wah..
    hr ni cikgu menyanyi pulak ye..
    best lagu sudir tu..
    toyol baru je tulis kisah TITANIC- TENGGELAM DALAM KEANGKUHANMy Profile

    1. tehr says:

      nyanyi riang, tu
      kita memang dah lepas
      harap2 yang belum lepas ni tak lalai dan asyik dengan kawan je

  3. mie says:

    dah lupa lagu ni..
    tengah cari muziknya..
    eheheee
    mie baru je tulis kisah Char Koey Teow Sungai Dua Sedap TapiMy Profile

    1. tehr says:

      lagu ni moodnya memang ceria
      memang best

      1. suri says:

        tak kisah melodia apa suri layan jer..lagu2 lama mmg sedp d dengar :)

        1. tehr says:

          lagu ahmad jais pun best layan sesekali

          1. suri says:

            haa.. md daud kilau mak suri minat gak ngheeee…

            1. tehr says:

              ramai yang suka lagu ‘cek mek molek’ tu
              hehe

      2. mie says:

        aaah, memang sedap..
        tiba2 rasa nak ulang mendengarnya..
        eheheee
        mie baru je tulis kisah Bunga Telur VS Bunga Ferero RocherMy Profile

        1. tehr says:

          hehe
          dah jumpa? :D

  4. belalang says:

    dulu2 ada iklan yang tunjuk student tengah amik keputusan spm…
    ada yang ketawa dan ada juga yang menangis…
    dan latar bagi iklan itu adalah lagu sudirman di atas…

    hee
    belalang baru je tulis kisah Gambar Belalang Hijau Perisik DicuriMy Profile

    1. tehr says:

      saban tahun ada yang nangis
      harap2 bukan setiap tahun orang yang sama je
      kan?

  5. padin says:

    hahaa aku berdebar jugak dulu,
    bukan berdebar berapa jumlah A yang dapat,
    berdebar tunggu result BI, masa sekolah memang gerun sangat
    dengan BI, huu

    1. tehr says:

      aku kalau BI tak kisah sangat
      tak berdebar apa pun
      sebab aku sentiasa tadah 9 je
      kalau dapat 8 tu memang bonus
      haha

  6. padin says:

    haha aku berdebar samada lulus atau gagal,
    lulus tu syarat kemasukan matrik hehehe

    kawan aku 8A, tapi BI D,
    tak lepas masuk matrik,

    1. tehr says:

      wah, kesian kawan bro tu
      harap2 dia masih juga berjaya sekarang
      biar pun ikut jalan lain

  7. zulkbo says:

    Salam..
    lagu Arwah Datuk Sudirman tu
    memang peransang buat ank-anak muda
    saya pun suka layan juga tu..ermmm..
    result SPM dah nak keluar ye..?
    zulkbo baru je tulis kisah Menakutkan Dan Sedih Rumah Hanyut Hingga Ke Lautan Pasifik Akibat Tsunami Jepun 11-Mac-2011My Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      berbagai peransang ada kat sekeliling
      harap adik2 ambil la yang mana sesuai buat bekalan

  8. anak-anak IM semua dah lepas. cuma anak-anak sedara IM jer…
    insan marhaen baru je tulis kisah Tazkirah Untuk Aku- SebenarnyaMy Profile

    1. tehr says:

      anak saya ada yang belum lepas lagi, bro :D

  9. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_—\_l__l—[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)–o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ” Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    aku abang sulung mmg selaLU GADUH NGASN ADIK2 …ketahuilah adik2 ku aku menyayangi kamu setulus hati… tak terdetik aku jelous kalau adik2 berjaya… kerana itu harapan aku jua…..kerana aku tak mau adik2 mengulangi kesilapan aku…
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauhMy Profile

    1. tehr says:

      yups, benar
      seronok tengok adik2 lebih berjaya dari kita

    1. tehr says:

      aku abang dan juga adik
      tapi bukan sekali2 kakak :D

  10. Kak Imun says:

    Salam, encik tehr. Dulu, kak suka mandikan adik2 yg masih kecil ketika itu. Sekarang, diorang lebih besar dari kak, hehe……..
    Kak Imun baru je tulis kisah Cucu Nekad Selamatkan NenekMy Profile

    1. tehr says:

      macam tak percaya je kan?
      adik2 yang pernah kita dukung dulu dah pun besar dan berkeluarga
      macam kejap je masa berlalu

  11. suri says:

    saya mula merindu abag dan akak saya huu..gurawan mereja sering bermain dalam ingatan :)

    1. tehr says:

      kenangan keluarga bahagia
      sejunyum je bila teringat

  12. ghost writer says:

    biasanya bila seorang lelaki sebagai anak sulung segala beban dan tanggungjawab terpikul di bahunya…dia berbagi rasa kepada semua adik-adiknya..
    ghost writer baru je tulis kisah jangan salahkan 3 stoogesMy Profile

    1. tehr says:

      ada yang sanggup tangguh kahwin kerana adik2
      memang besar pengorbanan mereka

  13. zik says:

    spm sudah dekat… agak2 ada yang pecah rekod tak nie?? huhu
    zik baru je tulis kisah Perniagaan yang mengalami inovasi- bagaimanaMy Profile

    1. tehr says:

      kerajaan dah sekat, zik
      takkan ada rekod baru lagi

  14. kaizen says:

    air dicincang takkan leh putus punya… hehe
    kaizen baru je tulis kisah aDaKaH aKu BeRTuaH CoNTeST LaGiMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      selamanya kekal sebagai adik beradik
      hehe

    2. dnoBiz says:

      tapi sekarang ni dia blok dengan empangan…
      selagi pintu empangan tidak dibuka selagi tu putus segala hubungan
      dnoBiz baru je tulis kisah Bila Alam bersuara – Gempa Bumi di Jepun videoMy Profile

      1. tehr says:

        thailand selalu buka empangan bila musim tengkujuh
        habis banjir rantau panjang dan pengkalan kubur
        macam2

  15. dnoBiz says:

    Banyak sangat masalah remaja sekarang ni..
    yang derhaka, yang tak boleh beza mana abang mana adik..
    dnoBiz baru je tulis kisah Radiasi – Dari Bencana alam bertukar Krisis NuklearMy Profile

    1. tehr says:

      semua kerana nafsu, aku percaya
      tapi jauh di sudut hati, mereka masih mengaku saudara

      1. mie says:

        betul tu…
        mesti ada sebab tertentu ..
        heheee
        mie baru je tulis kisah Bunga Telur VS Bunga Ferero RocherMy Profile

  16. decrewz says:

    Jai sokong, org lain terutamanya darah daging lagi xcited tunggu keputusan org tersayang.. Tapi jai dulu amek keputusan senya2 je, sebab takut lingkup…hu3. Tapi alhamdulillah, boleh la tahan…he3
    decrewz baru je tulis kisah Kesan Gempa Bumi Di JepunMy Profile

    1. tehr says:

      itulah, jai
      selain ibu bapa, kakak dan abang yang lebih teruja dengan keputusan peperiksaan adik2 :D

  17. akubiomed says:

    Remaja zaman sekarang beruntung berbanding zaman saya ketika mendapat keputusan SPM sebab pusat pengajian terhad sekarang banyak pilihan.

    Kalau tidak cemerlang didalam keputusan masih lagi boleh menyambung pengajian kemahiran dan masih boleh mencapai tahap diploma, ijazah dan Phd walaupun pada asal tidak cemerlang ketika SPM. Yang penting jangan putus ada walaupun mengambil jalan jauh.
    akubiomed baru je tulis kisah Mari bermain Light Painting @ Light GraffitiMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, bro
      banyak cara untuk berjaya dan mencapai cita2 sekarang ni
      kalau ikut jalan jauh juga suatu yang hebat, banyak pengalaman tu

  18. Cik Siti says:

    lagu ni memang best…. liriknya juga penuh dengan pengajaran
    Cik Siti baru je tulis kisah Malunya Cik SitiMy Profile

    1. tehr says:

      aku suka dengan mood cerianya :D

  19. Lagu Sudirman, memang jadi kegemaran. Adik.., jangan lupa pesan abang tehr….
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah New Blogspot DashboardMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      pesan siapa2 je kena ambil perhatian, kan?
      semuanya untuk kebaikan

  20. Norgadis says:

    Saya ada seorang abang je, umur pun beza setahun, zaman remaja dulu kalau nak jalan2 memang bersama abang, sampai ada orang fikir abang adalah boy friend saya, lucu kalau diingat masa muda2 dulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun