Perwira Dan Satria

Salam merdeka sahabat blogger semua. Apa pun khabar atau cerita mengenai merdeka, sama ada kita pernah dijajah atau kita hanya dinaungi, Mr Tehr nak juga tulis sebuah sajak untuk pejuang lelaki mahu pun wanita. Jom kita bersajak. Sebelum tu minum teh 0 dulu… :D

bertaut gagah semangat satria
mengalir merah darah perwira

jiwa merdeka rela rebah bertabur
hati membara paksa penjarah lebur
panji dijulang bukan sekadar berhibur
gagah perkasa tiada mengangkat takbur

marak api hanya membakar dusta
tegak berdiri hanya menjunjung setia
menempa tragedi kerana mahu merdeka
menabur bakti membebas tanah persada

kini
pergimu tak kembali
bersama doa ibu pertiwi

Kehidupan yang kita kecapi sekarang adalah hasil dan kesan dari tindakan orang-orang yang terdahulu. Kebaikan yang mereka lakukan, kesenangan yang kita terima sebaliknya keburukan yang telah mereka perbuat maka kesukaran pula yang kita hadapi.

Apa pula yang sedang kita lakukan sekarang?

TehrDemikian kisah 'Perwira Dan Satria' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


27 Comments

  1. Nuar Haruha says:

    Bersama doa ibu pertiwi,
    Bangsamu kini megah berdiri,
    Tidak kami memungkiri janji,
    Menjaga kedaulatan negara pertiwi.
    Nuar Haruha baru je tulis kisah Setaman Pantun Kenangan Majlis Pertunangan & PerkahwinanMy Profile

    1. tehr says:

      tanahku ini tanah pusaka
      akan kubelai akan kujaga
      tegak berdiri warga perkasa
      menjulang tinggi nama negara

  2. yas says:

    “Kehidupan yang kita kecapi sekarang adalah hasil dan kesan dari tindakan orang-orang yang terdahulu. Kebaikan yang mereka lakukan, kesenangan yang kita terima sebaliknya keburukan yang telah mereka perbuat maka kesukaran pula yang kita hadapi.”

    suka dgn ayat ko ni bro tehr…setuju sangat2…
    yas baru je tulis kisah Wordless Wednesday ~ Pokok BerhantuMy Profile

    1. tehr says:

      kita juga sebenarnya sedang berbuat seperti mereka
      baik atau buruk
      kita sedang melakukannya

      1. dnoBiz says:

        betul tu Tehr..
        apakah hasil tangan yang akan kita wariskan pada keturunan kita nanti…
        Adakah kubur kita nanti akan dihujanni dengan doa dan kesukuran dari mereka atau nisan kita bakal dikencing dan nama kita di seranah mereka…
        dnoBiz baru je tulis kisah Nasik Lemak 2.0 – Aku bukan Rasis Tapi….. (18 SG)My Profile

  3. Norgadis says:

    Hari merdeka bersuka ria
    kita juga turut merasa
    bertaut gagah semangat satria
    Jasa dikenang sepanjang masa

    1. tehr says:

      sabah negeri di bawah bayu
      tinggi pula gunung kinabalu
      hari malaysia sama bersatu
      bersama kita bergerak maju

  4. Ladfe Amir says:

    samaada perwira dahulu berjuang secara berperang ataupun bertolenlasi..mereka telah berjaya dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.
    kita patut salute kpd mereka semua.
    setiap org ada rekod yg baik n buruk.. kenang yang baik dan moga Allah mengampunkan setiap keburukan n kesalahan pejuang2 negara dulu

    1. tehr says:

      yang baik kita jadikan teladan
      yang buruk kita jadikan sempadan

      sejarah memang mengajar kita segala-galanya, bro

  5. iwan delaroc says:

    pandai berpantun… cikgu sastera ke ni
    iwan delaroc baru je tulis kisah game overMy Profile

    1. tehr says:

      tak ada la, iwan
      hanya minat

      saya ajar math darjah 3 je :D

  6. Cik Siti says:

    segala cabaran, rintangan dan pengorbanan mesti kita kenangkan… dan seandainya tiada mereka tiadanya tanah merdeka ini… sebagai selingan:

    Andai tanah ini tidak merdeka
    Ke mana harus ku bawa anakku yang berjasa
    Ke mana harus ku bawa cucuku yang berjaya
    Andai tanah ini tidak merdeka
    Kejayaan tiada tumbuh tunasnya
    Kegembiraan tiada pancar sinarnya
    Andai tanah ini tidak merdeka
    Bagaimana dengan noda maruah bangsaku
    Bagaimana dengan nasib rumpun saudaraku….

    petikan dari sajak ‘Andai Tanah Ini Tidak Merdeka’ dari Tinta Pena: http://teratakp3na.blogspot.com/2010/12/sajak-andai-tanah-ini-tidak-merdeka.html
    Cik Siti baru je tulis kisah Terima Kasih…My Profile

    1. tehr says:

      kalaulah tanah ini belum merdeka
      pasti menjadi tanggung jawab kita
      berjuang dengan darah dan air mata

  7. akubiomed says:

    Saya dilahirkan sebagai generasi selepas erdeka sudah tentulah segla perit dan jerih pejuang Kemerdekaan saya tidak dapat selami. Apa yang pelur buat generari

    1. akubiomed says:

      samb…apa yang perlu buat generasi pacs kemerdekaan yang pertahankan kemerdekaan. Jangan sesekali meragtunya dengan isu perpaduan yang menjadi asas kesatuan menentang Union Jack.
      akubiomed baru je tulis kisah Amitabh Bachchan tidak mahu terima bayaranMy Profile

      1. tehr says:

        mereka berjuang untuk mencapai kemerdekaan
        meninggalkan tanggungjawab kepada kita untuk mengisi dan mengekalkan kemerdekaan

        jangan nanti kita dikutuk generasi akan datang kerana mengabaikan tanggung jawab

        semangat pulak aku malam ni :D

      2. dnoBiz says:

        dari apa yang aku nampak sekarang ni..
        Generasi yang kononya dikatakan telah merdeka sebenarnya hanya pada jasad tapi tidak pada fikiran…
        dnoBiz baru je tulis kisah Penipuan Online – Sindiket penipuan wang melalui Internet tumpasMy Profile

  8. juanita says:

    stp kali merdeka terkenangkan arwah abah yang sangat2 patriotik.
    Al-fatihah
    juanita baru je tulis kisah Kisah Orang perempuan #1 : Mary Kay CompactMy Profile

    1. tehr says:

      al-fatihah untuk arwah abah juanita
      semangat patriotik orang lama memang melebihi kita

  9. dnoBiz says:

    aku suka dengan persoalan terakhir tu…
    kita selalu mengeluh, menyalahkan, mengutuk, komplain..
    tapi apa sumbangan kita yang sebenarnya…
    atau kita hanya ,akluk kurang upaya yang hanya tunggu disuap…
    dnoBiz baru je tulis kisah Backham Malaysia – Safee Sali mula tunjuk belang di Cardiff CityMy Profile

    1. surihatiku says:

      betul gak tu bro..asyik tunding jari tapi bukan nak majukan ngra sndri huu
      surihatiku baru je tulis kisah Muka Ketat Atau Muka JambuMy Profile

  10. Buat teringat filem Aman Shah Darah Satria jer ni.. ahak ahak :D

    1. bEe says:

      hehehe
      Amana Shah yg masa tu muda & ensem lagi
      Skang dah buncit :oops:

  11. surihatiku says:

    anak2 skrg ramai tak tahu..suri siap dlm kete ada bendera lagi hee..ada skli sbuk anak ckp mesyah..mesyah..mujur batang bendera tu tak kena kami adeh….
    surihatiku baru je tulis kisah Sendawa Berlebihan Membawa Petanda Part IIMy Profile

  12. bEe says:

    Duhai ibu pertiwi…
    Putra Putri datang sujud bakti

    Putra putri sayang2x

    hehehe~~~ teringat lagu aisyah!

    1. suri says:

      eh rasa nak menari pulak heeee
      suri baru je tulis kisah Muka Ketat Atau Muka JambuMy Profile

  13. zulkbo says:

    salam..
    perjuangan kemerdekaan khabarnya
    tanpa setitik darah mengalir..tapi itu
    perkhabaran satu pihak..realiti, titisan
    air mata mengiringi perjuangan pahlawan
    yang gugur di medan perjuangan mendapatkan
    kemerdekaan.
    zulkbo baru je tulis kisah Gambar New Myvi SE 1.5 Dan New Myvi Extreme 1.5My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun