tehr

cahayacinta ummikami hafizmd

hairulafiz apacerita azura

Perutusan Raja Sehari

Musim kenduri kahwin datang lagi bersama musim cuti sekolah yang bermula pada 09.03.12 hingga 17.03.12 ini. Pasti ramai yang menerima kad jemputan kenduri kan? Mr Tehr juga ada menerima sekeping kad jemputan yang cantik berwarna hitam dengan tulisan perak. Menerimanya sahaja telah membuatkan hati berbunga-bunga, apa lagi bila membacanya.

kad-jemputan

“Ya Allah. Sesungguhnya kami ini bersatu kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan terhadapMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan agamaMu. Engkau perteguhkanlah tali ikatan di antara hati kami. Limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayatMu. Sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan… Amin.”

Sirih junjung di atas puan
Kacip pinang dalam cerana
Satu kampung sama doakan
Kasih sayang selama-lamanya

Berbagai juadah juga hidangan
Untuk tetamu menjamu selera
Berakhir sudah zaman bujangan
Bermula hidup berumah tangga

Selamat berbahagia kepada semua raja sehari semoga terus bahagia selamanya. Ingatlah, kita bukan sahaja berkahwin dengan orang tersayang tetapi juga dengan segala baik buruk perangai pasangan kita. Sabar adalah sebaik-baik cara untuk menyelesaikan masalah dalam hidup berumah tangga.

Bakal raja sehari yang tinggal sekitar Kulai, Pontian, Gelang Patah, Rengit dan Johor Bharu bolehlah cuba Air Balang yang diuruskan oleh sahabat blogger kita ini. Macam-macam resepi ada disediakan.

TehrDemikian kisah 'Perutusan Raja Sehari' yang sempat Mr TehR tulis untuk kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan untuk Mr TehR boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.





Ada kisah baru nanti




Sila buat pengesahan anda melalui email yang dihantar.

16 Comments

  1. Melatiqistyna says:

    Cantiknya kad tu, siap Ada kunci skali ke?

    X dpt blk kg cuti skolah ni, hb kena p o.station…hukhuk
    Melatiqistyna recently posted..Kuah Rojak Mak Bee + Nasi Grg Black Pepper + PHDMy Profile

  2. amirulfaiz says:

    Bila baca tajuk, ingatkan Mr. Teh yang raja seharinya. Hehe. :D
    amirulfaiz recently posted..Kalau mahu cari remis, duduklah tepi pantai.My Profile

    1. chii says:

      chii plak..ingtkan anak cikgu yg nak berkahwin :)
      chii recently posted..Selamat Pengantin Baru Iqwan & SyazzanaMy Profile

  3. zulkbo says:

    salam..
    tahniah buat bakal raja sehari..
    empunya blog selamat bercuti :)
    zulkbo recently posted..Final Raja Lawak 6 : Empat Peserta LayakMy Profile

  4. akubiomed says:

    Setakat ini saya belum menerima apa-apa jemputan lagi kecuali sepucuk surat urusan Sri Paduka Baginda. :-)
    akubiomed recently posted..Projek 100 Bloggers oleh BroframestoneMy Profile

  5. yas says:

    Hari ni pun ada jemputan kawen gak bro….seb bek kt area sunway piramid jerrr….tak le jauh sangat…hehehe

    # Blogger yg buat air balang tu mcm den konai jerr…hehehe, mesti dia tgh sibuk skg nih:)
    yas recently posted..PROTON – POWER OF 1 [MODEL BARU PROTON]My Profile

  6. Amirez says:

    berderet2 jemputan kali ni. petang nanti ada satu jemputan kawen orang kampung
    Amirez recently posted..Nuget Dijual Dengan Harga RM24,300My Profile

  7. padin says:

    hehee, anak bujang bro bila plak tu? hehee

  8. Jamal Ali says:

    Selamat berumah tangga!

    Buat raja sehari, jangan jadi raja itu hanya sehari. Dan bukan selamat hingga ke anak cucu, tapi selamat hingga bila-bila – infinitum!
    Jamal Ali recently posted..ANTOLOGI UNTUK HATI – Seekor Biawak, Angin dan Saya.My Profile

  9. azura says:

    untung meraikan pahala pun dapat
    azura recently posted..Lembah Klang tiada air 14 Mac 2012My Profile

  10. eiela says:

    a’a, musim kawin dah mula balik. banyak jugak dpt jemputan nih.
    eiela recently posted..Buat Cupcake Memang BestMy Profile

  11. Khidhir says:

    cantik kadnya
    Khidhir recently posted..Cara Sembunyikan File dan FolderMy Profile

  12. Ad-Dien says:

    selamat pengantin baru…ingatkan cikgu tehr yang kawin..hehe
    Ad-Dien recently posted..Penjelasan Status Zikir Taubat الهي لست للفردوس أهلاMy Profile

  13. chii says:

    skrg ni..mcam2 design kad yg cantik2 dan kreatif..
    chii recently posted..Selamat Pengantin Baru Iqwan & SyazzanaMy Profile

  14. rahman says:

    jenuh makan nasi minyak minggu ni

  15. If you would like to get a great deal from this piece
    of writing then you have to apply these methods to your won weblog.
    idea grafik kad kahwin recently posted..idea grafik kad kahwinMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge