Pertukaran Biasa Seorang Guru

Hari ini bersama dengan seorang rakan, saya membuat perjalanan yang agak jauh iaitu dari Tumpat ke Panggong Lalat, kawasan FELCRA di Gua Musang yang berdekatan dengan Kampung Kuala Betis.

Tujuan kami ke sana ialah untuk mengambil sebuah motosikal kawan bersama beberapa barangan lain. Dua tahun lepas, kami berdua juga yang menghantar motosikal berkenaan ke sana apabila beliau diarahkan bertukar ke SK Tohoi, satu kawasan penempatan orang asli di daerah Gua Musang, Kelantan.

dari tumpat ke kuala betis
dari pagi sampai ke petang
tiada sempat ke kuala gris
hanya singgah di gua musang

waktu pergi panasnya terik
waktu pulang turunlah hujan
malang van kerosakan brek
syukur juga tiada kemalangan

tujuan ke sana memunggah barang
termasuk juga motorsikal sekali
seronoknya kawan bertukar pulang
dua tahun di perkampungan asli

otak letih badan pun penat
namun hati sangat ceria
biar habis wang dan kudrat
asal sahaja kawan gembira

“Memandu kereta dari Tumpat seawal jam 4.00 pagi dan tiba di Panggong Lalat, tempat persinggahan mereka sekitar jam 7.00 pagi. Kemudian dengan menunggang motosikal, beberapa orang guru meredah jalan lori balak yang becak dan berlumpur, melalui liku-liku lereng bukit yang curam untuk ke sekolah. Kuala Betis merupakan penamat jalan raya bertar bagi mereka.”

“Beginilah rutin setiap minggu, meredah hutan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru. Motosikal memang tak nampak seperti sebuah motosikal lagi. Plat nombor pun dah hilang entah ke mana.” :D

Kawan karib saya ini telah dapat bertukar keluar dari perkampungan orang asli di SK Tohoi. Beliau telah berkhidmat di sana selama dua tahun dan berulang alik seminggu sekali. Tahniah kepada beliau kerana dapat bertukar semula ke hilir. Pun begitu, masih terdapat guru-guru yang telah berkhidmat selama lima tahun di sana.

TehrDemikian kisah 'Pertukaran Biasa Seorang Guru' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


49 Comments

  1. Ismail N says:

    Kerja guru sebenarnya menarik dan murni sebab dapat membimbing anak-anak. Cuma bab ni lah yg buat saya tak sanggup apply – transfer!
    Ismail N baru je tulis kisah Hoki Sukan Asia 2010 – Malaysia Tewaskan India 4 – 3My Profile

    1. tehr says:

      kalau ditempatkan di pedalaman, memang perlukan ketabahan yang tinggi
      saya pernah 6 tahun di pedalaman sarawak
      seronok kerana waktu itu masih bujang

  2. sangilapi says:

    di kawasan pedalaman macam tu ada kemudahan internet tak ?

    tapi aku memang jenis suka duduk di kawasan pedalaman :)…..kalau tak de orang lain lagi bagus !
    sangilapi baru je tulis kisah rezeki satu perkenalanMy Profile

    1. tehr says:

      sekolah kawan saya ni hanya dapat online dengan komputer di makmal
      hanya 1 komputer je yang masih elok
      mereka guna tenaga solar [hanya untuk sekolah sahaja]
      rumah / kuaters guru, tiada elektrik
      line talipon memang tak ada, seminggu putus hubungan dengan keluarga :(
      kalau mahu buat call juga, terpaksa meredah hutan keluar dari perkampungan asli tu
      jaraknya hanya +- 20 km tapi jalan balak tu yang teruk

      1. sangilapi says:

        tu lah aku pernah dengar pasal internet di kawasan pedalaman untuk sekolah-sekolah.

        macam mana ya,internet tu berfungsi ?….laju ke ? :)
        sangilapi baru je tulis kisah perkembangan semasaMy Profile

        1. tehr says:

          kat pedalaman mereka dapat internet dengan VSAT (Very Small Aperture Terminal)
          pihak schoolnet sediakan
          tapi bila komputer rosak atau ada masalah, tak ada siapa yang masuk baiki
          sekarang memang banyak yang dah rosak

  3. bisk says:

    itupun masih ada yang mempertikaikan keikhlasan seorang guru…
    Selamat menjalankan tugas Tehr.
    bisk baru je tulis kisah usai sudah dunia nyataMy Profile

    1. tehr says:

      baru je balik dari sekolah
      biar pun musim cuti, sebahagian guru masih perlu ke sekolah
      masih juga ada kerja nak dibuat
      tahniah untuk semua guru

  4. Mohd Hafiz says:

    itulah penorbanan seorang guru.. :-)
    belumlg kalau dio pedalaman swak.. dulu kmi pernah tinggal di pedalaman sbb bapa aku pun guru… naik bot …
    Mohd Hafiz baru je tulis kisah Make Money Online – Advertlets Give Me RM 20 for FreeMy Profile

    1. tehr says:

      ooo kat kawasan mana tu, hafiz?

  5. Norgadis says:

    Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
    Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
    Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
    Jika hari ini seorang ulama yang mulia
    Jika hari ini seorang peguam menang bicara
    Jika hari ini seorang penulis terkemuka
    Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
    Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
    Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

    Sedikit puisi dari Usman Awang, terlalu banyak pengorbanan seorang guru, moga jasanya akan diingat sentiasa.
    Norgadis baru je tulis kisah Norgadis Contest 2- Sempena Ulang Tahun Perkahwinan ke 19 tahunMy Profile

    1. tehr says:

      tahniah untuk semua guru yang rajin dan tekun

    2. dnoBiz says:

      kau memang best aku suka… :D
      dnoBiz baru je tulis kisah Harta- Wang- Kaya- Mewah dan MatiMy Profile

    3. wah, bagus sekali puisinya. saya juga seorang guru di pedalaman indonesia, jauh dari listrik (electric) ataupun internet. Semoga saya dapat tabah dan iklas menjadi guru…
      resep masakan baru je tulis kisah Resep kue donat bikin nut nutMy Profile

      1. tehr says:

        puisi usman awang memang bagus, diana
        beliau ialah sasterawan negara malaysia

  6. NEON says:

    KDG2 AKU PK AKU NAK GAK MENGAJAR KAT PEDALAMAN..HIHI MENCABAR KOT..ELAUN PEDALAMAN KAN ADE ;)
    NEON baru je tulis kisah Harga Sebuah Pokok BonzaiMy Profile

    1. tehr says:

      masa bujang/muda sangat elok ke pedalaman
      bila dah bekeluarga, ada isteri dan anak yg masih kecil, agak sukar
      banyak pengorbanan perlu dilakukan

  7. padin says:

    masa melaluinya memang kita rasa macam2
    tapi bila mengenangkan kenangan dan pengalaman tu,
    menjadi seronok plak, hee
    padin baru je tulis kisah Peperiksaan Akhir Semester Jul – Dec 2010My Profile

    1. tehr says:

      aku dulu 6 tahun di pedalaman sarawak
      tahun pertama memang seksa
      lepas tu, ok je… berkawan dengan iban
      dan aku memang suka cakap bahasa iban :)

      1. padin says:

        nama brita nuan saritu?
        ekekee
        padin baru je tulis kisah Peperiksaan Akhir Semester Jul – Dec 2010My Profile

        1. tehr says:

          sari tuk, beritai nyamai amat
          hahaha

  8. gayahspears says:

    memang tu la yg kena hadapi utk jd seorng guru bukan mudah utk didik anak bangsa..
    tambah2 yg dapat menagjar d kawasan pendalaman macam akak sepupu gayah…
    perghh.. kena naik bot lagi..
    tanah pon merah..huhu.
    tapi berbaloi kan jika ilmu seorang guru itu kpd anak muridnya…
    guru tersenyum ja kalo melihat anak2 muridnya menjadi pelajar yg barjaya…

    1. tehr says:

      senyum puas biar pun tiada ucapan terima kasih dari pelajar dan ibu bapa :)

  9. etomyam says:

    tak pernah dengar nama SK Tohoi, biasa tahu SK lebir aje, dulu abang ku 1st posting di sana hehe
    etomyam baru je tulis kisah Right Choice To Buy Gold Coins And Gold Bullion CoinsMy Profile

    1. tehr says:

      kalau dari kota bharu, sk lebir ni belum sampai gua musang
      pekan terdekatnya ialah chiku
      http://www.ppdguamusang.edu.my/images/plansekolahgm2010.jpg

      1. dnoBiz says:

        kalau chiku masih lagi dalam kawasan kuala krai… kalau tak silap aku lah
        dnoBiz baru je tulis kisah Harta- Wang- Kaya- Mewah dan MatiMy Profile

        1. tehr says:

          chiku masih dalam kawasan gua musang, bro

    2. dnoBiz says:

      sama la aku pun tak pernah denga nama sekolah tu…
      dnoBiz baru je tulis kisah Harta- Wang- Kaya- Mewah dan MatiMy Profile

  10. Seri Bahasa says:

    sedih sungguh kalau kena tempat2 begitu. tapi elok juga suasana aman damai tak macam suasana bandar. tapi bagi yang baru terpaksa juga ambil masa nak sesuaikan diri dengan keadaan setempat.

    1. tehr says:

      untung dapat ke pedalaman, seri
      merantau dan merasai kehidupan di sana

  11. suzierahman says:

    wah cm xcaya lk guru kna lalui pengalaman mcm tu kn.klu lh suzie pndai.leh jd pndidik bngsa n lalui pngalaman2 cm tu.huuuu
    suzierahman baru je tulis kisah Special 4 Nuffnang &amp NuffnanggersMy Profile

    1. tehr says:

      kalau pandai menyesuaikan diri di pedalaman, memang sangat seronok
      kalau asyik berfikir ‘mengapa mereka hantar aku ke sini? apa salah aku?’, merana le jawabnya

  12. belalang says:

    pengorbanan seorang guru dalam melahirkan generasi pelapis negara yang berjaya
    belalang baru je tulis kisah First Contest Dari SBTMy Profile

    1. tehr says:

      bukan semua yang sanggup berkorban, belalang
      ada juga guru yang tidak mahu ke pedalaman
      ada yang tidak pernah bertugas di pedalaman sepanjang menjadi seorang guru

  13. Cha'on says:

    kesian cikgu2.. tapi dah tanggungjawab kan kene keje kat kawasan2 hulu macam tue.. semoga mereka2 tetap cekap.. :)
    Cha’on baru je tulis kisah Keputusan Shout! Award 2010 Mengikut KategoriMy Profile

    1. tehr says:

      siapa2 yang bernasib baik ke pedalaman nanti, bertugaslah dengan jujur dan tabah

  14. sud@is says:

    terimakasih cikgu
    susah payah cikgu
    pengorbanan cikgu
    sentisa dihatiku

    mak pesan sayangilah guru
    tanpa guru
    siapalah kamu
    sud@is baru je tulis kisah Satu KesilapanMy Profile

    1. tehr says:

      tiada pelajar maka tiadalah guru :)

  15. zik says:

    untuk yang bujang2 okla… tapi yang dah berkeluarga mungkin banyak benda kena uruskan…. anak2 lagi.. itu dan ini.. tapi kalau jadi guru nih biasalah kan….
    zik baru je tulis kisah Tiga tetamu misteri part 1My Profile

    1. tehr says:

      terpaksa ketepikan keluarga kerana tugas
      aku memang kagum dengan mereka ini

  16. kulanz says:

    Syukur juga kawan tu dapat berpindah semula ke hilir..
    kesian dengan guru-guru lain yg tak dapat balik negeri asal terutamanya..
    macam ada seorang guru duduk menyewa dekat rumah aku.. dah lebih 10 tahun duduk sini.. dah banyak kali mohon pindah tapi tak dapat.. konon xda tempat kosong..
    kulanz baru je tulis kisah Selamat Jalan AkismetMy Profile

    1. tehr says:

      kawan saya ke pedalaman 2 tahun lepas…
      selepas setahun rumahnya siap
      2 minggu lepas bertukar, isterinya bersalin
      memang berat dugaan

      …kalau nak pindah ke kelantan memang sukar sekali – penuh

      1. kulanz says:

        tu lah.. terpaksalah bersabar..
        kulanz baru je tulis kisah DSLR- Canon vs NikonMy Profile

  17. dnoBiz says:

    Pengalama yang takan dapat dilupakan tu,

    Ps : nanti bila dah lama tersenyum sorang sorang bila teringat kembali kenangan kat situ… termasuk lah kenagan ngejas anak tok batin :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Harta- Wang- Kaya- Mewah dan MatiMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      anak tok batin tu…

  18. cikmin says:

    anak saudara hubby ada yang dapat ke sekolah pendalaman ni..fenin jugak dia..garang2 pun murid2 tu senyum je.. :P
    cikmin baru je tulis kisah Resepi Nasi Ayam PontianakMy Profile

    1. tehr says:

      cabaran…
      kalau garang sangat pun tak berkesan juga

  19. hehehe jadi guru memang pekerjaan yang begitu berat tanggung jawabnya. Mestilah jadi panutan murid2x kelak.

  20. Saifullah says:

    Saya baru saja pulang dari Tohoi untuk satu program…tapi saya terlupa nak ambil no tel cikgu Arif, guu besar SK Tohoi…kalau tahu, email saya ya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun