Pertembungan

Antara rakan sekerja di pejabat, rakan sekolah, jiran tetangga, suami isteri malah antara anak-anak juga selalu ada pertembungan. Walau pun payah, adalah sangat bagus sekiranya ada pihak yang mahu mengaku kesilapan atau menghormati pendapat orang lain.

Pernah bertembung pendapat dengan ayah? Agak-agak pendapat atau keputusan siapa yang lebih benar? Beberapa hari lepas, Mr Teh ada membuat sedikit tulisan mengenai Ucapan Hari Bapa dari sudut pandangan seorang anak. Kali ini Mr Tehr tulis pula dari sudut pandangan sebagai seorang bapa.

sudah sememang ‘anak bapak’pertembungan
apa kau kata ayahmu nampak
hanya dilarang langkah terlajak
hatinya berbunga jika kau bijak

usah kau jadi ‘anakku sazali’
apa kemudahan ayahmu beri
musnahlah taman di dalam hati
bila kau terkurung di tirai besi

Setiap pertembungan pasti akan memercikkan api permusuhan apabila kedua-dua pihak tidak mahu mengalah atau bertolak ansur. Akhirnya yang kalah menjadi abu, yang menang menjadi arang. Tiada lagi kedamaian untuk dinikmati dalam kehidupan. Si ayah meneruskan hari-hari terakhir kehidupannya dengan hati luka, sementara si anak pula, hanya mereka sahaja yang tahu…

Satu sahaja yang Mr Tehr mahu ingatkan kepada anak-anak dan remaja. Ayah dan ibu kamu pernah menjadi anak suatu ketika dahulu. Mereka hanya mahu kamu menjadi lebih bahagia daripada mereka.

TehrDemikian kisah 'Pertembungan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


45 Comments

  1. Cik Siti says:

    hidup ini memang tidak lepas dari krisis dan masalah… pokoknya bagaimana kita nak menanganinya. yang penting meminta maaf atas kesilapan adalah ubat dalam meneruskan perhubungan..dan memaafi itu adalah ubat yang terbaik dalam hati
    Cik Siti baru je tulis kisah Cakap Tak Serupa BikinMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, cik siti
      jangan asyik nak menang sendiri je

  2. Salam ther.
    apa-apa hari pun sepatutnya kita sambut hari-hari, bukan sehari jer kan? Untuk anak-anak yang bapa dan ibu mereka ada di sisi tu. Kalau bantu ibubapa buat kerja rumah pun itu dah kira bantuan penuh bermakna buat ibubapa.
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Google pagerank prediction toolMy Profile

    1. tehr says:

      ada yang tolong tengok je, sis :D

  3. Mus says:

    krisis pendapat dalam keluarga jika tidak diatasi dengan betul, boleh menyebabkan pepecahan.
    kena cari jalan untuk berbincang dengan elok supa pertembungan ini dapat diakhirnya dengan baik.
    Mus baru je tulis kisah Majalah Berita Filem Tahun 60-an Penghias DindingMy Profile

    1. Berlakunya perpecahan atau salah faham di dalam rumahtangga lebih susah untuk dipulihkan semula daripada bermusuhan dengan orang luar.

      Jadi sebaiknya kalau yang lebih mudah tu beralah jelah dengan yang lebih tua.

      1. tehr says:

        saya sangat setuju
        memang payah nak dipulihkan

      2. tehr says:

        saya sangat setuju
        memang payah nak dipulihkan

    2. tehr says:

      betul tu, mus
      kedua2 pihak perlu berfikir positif untuk menyelesaikan kekusutan

  4. zulkbo says:

    salam..
    betul tu..
    mak ayah mana yang
    nak kan anak mereka
    merana..semuanya nak
    anak2 mereka berjaya
    :)
    zulkbo baru je tulis kisah Ranking IQ Penduduk Dunia 2011My Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      tiada yang lebih gembira selain dari melihat anak2 gembira dan bahagia

  5. ghost writer says:

    ingatan dari seorang anak yang jugak seorang ayah..takkan jadi seorang ayah tanpa melalui fasa kehidupan sebagai anak.melihat segala pengajaran dari ke dua sudut ini suatu yang perlu kita ketimbangkan…
    ghost writer baru je tulis kisah perantara yang hilang misinyaMy Profile

    1. tehr says:

      cuba membuat keputusan terbaik untuk semua
      tak guna gembira atas kedukaan orang lain, ghost

  6. walaupun kadang berbeza pendapat, siaran bola dan percutian menambahkan kemesraan kami..

    pesanan bro last tu TE akan ingat sentiasa

    1. He he… bab tengok bola tu yg mahal tu..:D
      Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Gempak DLSL 2011 Update 2My Profile

    2. tehr says:

      perbezaan pendapat tak salah, bro
      asal sahaja dapat mencari jalan penyelesaian terbaik untuk kedua pihak

  7. akubiomed says:

    Jangan menjadikan anak Tanggang biarlah krisis itu berakhir dengan cara baik

    1. tehr says:

      mudah2an
      gembirakan semua pihak
      itu yang semoleknya

  8. Dulu-dulu kawe sebenonya tak paham akan pengorbanan seorang ayah. Honestly, selalu kawe salahkan ibu ayah kalau ada yg tak kena. Susah nak nampak sampai kita hadapi sendiri. That’s why pertembungan tak dapat dielakkan. In many ways, saya rasa ayah did the right things. Harapan kawe adalah untuk buat lebih baik lagi.. insya-allah… Selamat Hari Bapa ayah…
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Gempak DLSL 2011 Update 2My Profile

    1. tehr says:

      amin
      sama2 kita berusaha untuk kesejahteraan semua

  9. Hisyam says:

    Ibu bapa sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak2.
    Hisyam baru je tulis kisah 5 Tanda Blog Anda Memberikan TekananMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      anak kena faham
      ibu bapa juga perlu faham
      usah terlampau memberi tekanan kepada anak2

  10. puteri says:

    sekali sekala.. beralah kepada anak..
    sekali sekala.. dengar kata-kata (kehendak) anak
    kalau tidak mahu langsung..
    jangan salahkan anak kalau mereka pun tak mahu beralah/dengar kata ibu bapa
    puteri baru je tulis kisah petisyen untuk PM &amp BERSIH 20My Profile

    1. tehr says:

      benar sekali tu, puteri
      kepimpinan melalui teladan

  11. wadud says:

    yang kalah menjadi abu yang memang menjadi arang..
    setuju nro..
    kalau salah sat tak mengalah macam mane nak dapatkan perdamaian?

    1. tehr says:

      memang tak akan tenang kalau dua2 asyik nak menang
      kalau dua2 keras kepala :D

  12. Ali ridha says:

    bapa borek anak rintik.

    ibu bapa mana tak mahu anak
    jadi lebih baik dari mereka.

    1. tehr says:

      hehe
      kena tunjuk teladan terbaik juga, kan?

  13. yusri says:

    terima kasih tehr dengan ingatan itu…moga kita dapat mendidik anak dengan keredhaannya..
    yusri baru je tulis kisah Hari Bapa Pertama dalam HidupMy Profile

    1. tehr says:

      betul
      apa2 hal pun perlu kembali kepada suruhanNYA
      insya allah, aman dunia akhirat

  14. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_—\_l__l—[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)–o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip beli kereta terpakai

    Isinya lembut sedap dimakan
    Yang tua mengeluarkan santan
    Hari Bapa sedang diraikan
    Jasanya tetap dalam ingatan

    Yang tua mengeluarkan santan
    Boleh masak gulai lemak
    Jasanya tetap dalam ingatan
    Bersama membantu ialah Emak

    Ikan laut atau darat
    Menjadi sumber makanan manusia
    Membesarkan anak penuh kudrat
    Supaya hidup tidak sia-sia

    jadikan anak-anak sebagai kawan teman dan sahabat moga anak juga beranggapan begitu… Insya Allah ayah tetap ayah… dan anak tetap anak
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauhMy Profile

    1. tehr says:

      ikan di laut asam di darat
      dalam periuk sama berpakat
      menjamu selera penuh nikmat
      dunia akhirat mendapat rahmat

  15. adah says:

    ayah dan ibu memang nak anak dia bahagia..mcm2 cara dibuat utk buatkan anak paham…cuma anak kdng2 perasan dan xperasan…
    adah baru je tulis kisah Hidup best dan tak bestTapi yang hakiki dicariMy Profile

    1. tehr says:

      saya tak salahkan anak2 100%, adah
      kadang2 ibu bapa juga tersalah pendekatan dan cara
      maklum saja, zaman canggih ni memang asing bagi mereka

  16. titan says:

    emmm..biasa la tu..biasalah tu..
    titan baru je tulis kisah Edisi Siasat – Buat duit dengan ClicksorMy Profile

    1. tehr says:

      kadang2 ada juga yang luar biasa, titan :D

  17. sud@is says:

    setiap ibu bapa mengharapkan anak menjadi lebih baik
    satu kebanggaan dan kejayaan
    sud@is baru je tulis kisah RenunganMy Profile

    1. tehr says:

      memang satu kebanggaan bagi ibu bapa kalau anak2 berjaya dan bahagia
      mereka memang berhak

  18. maza says:

    Selak dibuka labuhkan pukat
    Tersekat jatuh tertimpa lukah
    Elak selisih pupuk kata sepakat
    Cari muafakat elakkan musibah…
    maza baru je tulis kisah GKKJ kena sepak dengan MALWAREMy Profile

    1. tehr says:

      tersekat jatuh tertimpa lukah
      pukat carik ikan tak dapat
      cari muafakat elakkan musibah
      kedua-dua mendapat rahmat

  19. yas says:

    Tu la bro…
    dulu2 mase jadi anak…semuanya kalau boleh nak membangkang je ape kata orgtua..
    la ni dh jadi makbapak…baru la tau camne susahnya nak mendidik anak2…
    yas baru je tulis kisah Trafik blog naik dengan ApesalcomTak PercayaMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      baru la tahu langit tu tinggi ke randah :D

  20. bEe says:

    Mcm bEe pulak, selepas menjadi ibu ni baru tahu mengapa arwah emak & ayah byk melarang perkara2 tak elok

    Kdg2 mungkin krn darah remaja yg kuat memberontak membuatkan tak betah utk mendengar ckp ibubapa kita…. Faktor kurang kematangan juga menjadi sumber mengapa anak2 mudah mencabar kata2 ibubapa… ;)

  21. Juan says:

    benda benda ni selalu berlaku dlm kehidupan, cuma kita kena pandai kawal emosi
    Juan baru je tulis kisah Contest SEO – Tip Blogging TerbaikMy Profile

    1. tehr says:

      benar sangat2 tu, juan
      mesti pandai kawal diri sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun