tehr

cahayacinta ummikami hafizmd

hairulafiz apacerita azura

Pertandingan Makan Laksa

ladaPeluang baik bagi penggemar laksa. Satu ‘Pertandingan Makan Laksa’ sedang berlangsung sekarang ini di Pulau Lagenda, Langkawi. Pertandingan ini diadakan sempena Karnival Laksa Antarabangsa Langkawi yang pertama (Langkawi International Laksa Carnival – LILAC) yang dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) pada 25 – 27 Mei 2012 di Laman Padi, Langkawi. Chef Wan pula menjadi host LILAC kali ini. Ruginya aku tak ada peluang ke Langkawi.

aku sangat suka laksa kelantan
kuah lemak santan campur ikan
bila dah cedok penuh sepinggan
dua kali tambah janganlah hairan

laksa penang pula aku tak suka
makannya hanya sedikit sahaja
laksa sarawak pernah juga rasa
laksa johor tak tahu bagaimana

Kampung Chabang Empat, Tumpat memang terkenal dengan kilang laksa. Papan tanda ‘Man Laksa’ sering aku nampak bila keluar memandu ke mana-mana. Sering juga ada penduduk sekitar terutama yang kurang berada menyediakan jamuan laksa untuk majlis kenduri. Lebih-lebih lagi kenduri ‘sambut menantu’ di sebelah lelaki. Aku pula memang suka kalau ada kenduri makan laksa. :D

TehrDemikian kisah 'Pertandingan Makan Laksa' yang sempat Mr TehR tulis untuk kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan untuk Mr TehR boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.





Ada kisah baru nanti




Sila buat pengesahan anda melalui email yang dihantar.

32 Comments

  1. titan says:

    ha..bolehlah pergi jadi wakil. hehe..
    titan recently posted..Mencintai Ain Maisarah – Part 1My Profile

    1. tehramuan says:

      kalau kat sekolah, dah pasti aku masuk jadi wakil kelab :D

  2. akubiomed says:

    Menarik ada pertandingan memakan Laksa. Kebetulan baru lepas makan Laksa buyong dari pasar malam.:-)
    akubiomed recently posted..Facebook camera aplikasi baru bukan klon InstagramMy Profile

    1. tehramuan says:

      aku pulak dah lama juga tak makan laksa
      dah lebih sebulan rasanya

  3. Juan says:

    alamak, saya x leh join contest macam ni, antara kategori mee, bihun, kuewteaw dan juga laksa, laksa satu satunya saya x makan langsung, saya x suka, x tau kenapa, hehehehe
    Juan recently posted..Ad Review Center Google AdsenseMy Profile

    1. tehramuan says:

      laaa
      terbalik la pulak, bro
      saya ni laksa la yang paling suka

  4. Affan Ruslan says:

    Owh taktau pulak Langkawi famous dengan Laksa. Menarik jugak tu ye ada pertandingan makan laksa, pertama kali dengar :)
    Affan Ruslan recently posted..Pertunjukan Bunga Api Sempena Victoria DayMy Profile

    1. tehramuan says:

      satu kempen yang bagus juga ni, bro
      macam2 laksa ada kat malaysia ni

  5. laksa kedah masam rasanya,
    laksa kuala perlis guna belut pula,
    laksam pula putih kuahnya,
    laksa johor campur kerisik untuk sedap sentiasa,
    Jebeng Otai™ recently posted..Realisasi Kenderaan ElektrikMy Profile

    1. tehramuan says:

      kuah laksam tu sama je dengan kuah laksa kelantan

  6. yas says:

    Laksa kelantan mmg antara peberet aku gak bro…hehehe
    yas recently posted..GAMBAR LELAKI DIREMPUH KERETA DIHIGHWAYMy Profile

    1. tehramuan says:

      nampaknya sama la kita :D

  7. Cik Siti says:

    laksa johor sedap makan dengan sambal belacan… best!!!
    Cik Siti recently posted..Terima KasihMy Profile

    1. tehramuan says:

      Tak pernah cuba la, cik siti
      Harap2 dapat rasa juga nanti

  8. ProfHariz says:

    Walaupun saya anak jati pulau pinang. Laksa memang saya tak suka
    tak tahu kenapa. Ehehehe
    ProfHariz recently posted..Blog Hariz Berwajah BaruMy Profile

    1. tehramuan says:

      eh, pelik la pulak
      boleh cuba nanti, bro
      mana tahu berkenan dan sesuai dengan selera

    2. hafizmd says:

      Ini mmg pelik. Aku yg kawen ngn org penang pulak yg mandrem ngn laksa neh…hehe
      hafizmd recently posted..Utusan Maharaja RomMy Profile

  9. mai oi ceq mai.. hehe.. singgah umah kami nooo
    rainbowcloudy recently posted..syurga bahagiaMy Profile

    1. tehramuan says:

      ada laksa gak ke, rain? :D

  10. cik tom says:

    cik tom xsuka makan laksa..

    1. tehramuan says:

      pulak
      sedap ni, ciktom

  11. hafizmd says:

    Laksa oh laksa. Lamanya tak makan laksa Trengganu. Rindu!
    hafizmd recently posted..Utusan Maharaja RomMy Profile

    1. tehramuan says:

      laksa terengganu?
      kuah sama dengan laksa kelantan ke, bro?

  12. Norizwan says:

    wah laksa kelantan…walaupun tak pernah rasa…tapi laksam kelantan sedap wooo hehe…:)
    Norizwan recently posted..Lelaki kacak VS Lelaki Tidak KacakMy Profile

    1. tehramuan says:

      resepi laksam dan laksa sama je, bro
      bentuknya saja yang tak sama

  13. vanfery says:

    mak kawan selalu buat laksa,guna kuah ikan kembung rebus dengan santan..mee dia pulak guna mee lidi (petak warana kuning),garam,sambal lada,belacan digaul sendiri ikut cita rasa masing2.
    Ulam macam kacang panjang, timun dihiris atau cincang halus-halus..
    memang sedap sangat…
    pantai timur punya laksa….

    1. tehramuan says:

      laksa mee lidi?
      belum pernah makan lagi macam ni
      kuah dengan ulam semua tu nampak sama je

  14. zulkbo says:

    Salam..
    alahai..sukanya kalau boleh
    “melantak” berbagai jenis laksa..
    sebab apa jadi lantak..jenis
    “pelantak” baru boleh makan semua
    sekali gus..he he
    zulkbo recently posted..Apa Nama Ibu Negara Singapura?My Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali
      boleh terduduk tu bro kalau makan semua jenis laksa
      sekali gus
      haha

  15. kakyon says:

    suka laksa johor..
    kakyon recently posted..kaum hawa kena baca..My Profile

  16. chii says:

    Aisey,lepas da. Hurm.chii pun penggemar laksa gak. Mesti best pertandingan tu kan. Makan laksa smpai lebam
    chii recently posted..Mengenang JasaMy Profile

  17. Ummi Hanie says:

    sy suka laksa… dlm semua jenis laksa, laksa srwk saje belum pernah mkn walaupun dah sampai ke bumi sarawak

    laksa johor pun kuah lemak juga, bezanya dgn laksa klantan, laksa johor ni berempah. sedap sgt ;) mak sy baru je masakkan minggu lepas. nikmat skali ;)
    Ummi Hanie recently posted..15 tips supaya solat jadi khusyukMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge