Persiapan Sebelum Ramadan

Insyaallah seminggu lagi [01.08.2011] kita akan berpuasa. Mr Tehr percaya ramai yang telah membuat persediaan untuk menyambut hari raya. Bagaimana dengan persediaan untuk menyambut puasa? Dah buat persediaan untuk menyambut kedatangan Ramadan?

ayuh sucikan diri sendiripersiapan sebelum ramadan
bersihkan juga seketul hati
buang semua dendam dengki
hindar segala caci dan maki

jaga mata dan jaga telinga
kawal lidah dan kawal suara
bawa diri kepada Yang Esa
halaukan pergi riak dan ria

Ada orang kata, makan minum juga sudah boleh dikurangkan sekarang. Kalau biasa makan nasi 3 kali sehari, sekarang dah boleh mula latihan makan 2 kali sehari. Takut nanti terjadi kejutan di hari pertama puasa. Ini bukan fakta ni, hanya orang kata…

# Tak ramai yang menulis pantun Malaysia vs Singapura dalam entri lepas. Mungkin kerana harimau dibaham dek singa agaknya. :D Walau pun begitu, Mr Tehr telah memilih pantun daripada saudara zulkbo dan komen daripada akubiomed untuk diletakkan di sidebar. TQ.

TehrDemikian kisah 'Persiapan Sebelum Ramadan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


34 Comments

  1. yas says:

    Waaa…kali ni aku first…hehehe
    Aku tak de persiapan ape pun bro…tunggu je la datangnya Ramadhan…tp persiapan tuk raya bini aku dh sound dahh…
    Bila lagi nak gi beli baju anak2…hehehe
    yas baru je tulis kisah Tawau Trip 3#My Profile

    1. tehr says:

      1st, tahniah :D

      sama la dengan aku, yas
      asal saja anak2 dan isteri gembira

      1. Mus says:

        nampaknya sama saja kita ni bro..
        Mus baru je tulis kisah Ajaibnya!! Baju T-Shirt Yang Pandai Berkata-kataMy Profile

  2. Jai says:

    Aku persiapan pun xde, raya pun terpaksa bekerja jugak…hu3

    1. tehr says:

      syabas, jai
      aku memang tabik dengan orang2 yang bekerja di hari raya
      aku pula tak pernah
      sebab bila hari raya je sekolah mesti cuti

      1. Jai says:

        Syabas? Perli ke puji nih…ha3…

        Bro mengajar ke?

        1. tehr says:

          perli?
          tak aih… memang betul gitu

          aku ni cikgu biasa2 je :D

  3. MamaYatie says:

    tak sabor nak pose..
    MamaYatie baru je tulis kisah 7 Cara Rapatkan Hubungan Ibubapa – AnakMy Profile

    1. tak sabo nak abiskan puasa he he..
      Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Bila Kanak-Kanak Memegang KameraMy Profile

      1. tehr says:

        hari pertama pun tak tib lgi, bro
        lambat lagi nak habis :D

    2. tehr says:

      insya allah kita akan dapat bersama ramadan nanti

  4. Chipcoklat says:

    raya2 chip ni sama jek tiap2 kali. tiada yang istimewanya..(ayat sedey) hehehe… persiapan apa pun takda lg.. bju raya pakai la taun lepas nye..hehehe.. kemarau poket..
    Chipcoklat baru je tulis kisah Contest Duit Raya On Puan BeeMy Profile

    1. tehr says:

      saya juga belum beli apa2 lagi
      sekarang ni hanya sempat bersihkan halaman je

      1. Mus says:

        saya beli dah beli buah kurma
        Mus baru je tulis kisah Tiket Balik Raya Dah Settle, Tapi..My Profile

  5. ramai yg kecewa dan tak keruan, lantaran tak mampu tulis pantun bro.. he he.. Don”t worry, second leg nanti, sure menjadik punya.

    Bab puasa… hmmm rasanya ready dah nie utk memasuki bulan mulia.
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Bila Kanak-Kanak Memegang KameraMy Profile

    1. tehr says:

      apa pun yang berlaku nanti kita terima juga
      menang atau kalah, tetap juga sokong team malaysia

  6. ghost writer says:

    kusambut ramadhan dengan penuh persediaan kali ini.harap aku tak menyambutnya di dalam hutan…tak jumpa juga lar aku ngan baazar ramadhan.ouh serawa pisang.
    ghost writer baru je tulis kisah hari minggu untuk mereka yang tidak punya pacarMy Profile

    1. tehr says:

      serawa pisang juga la yang selalu aku beli kat bazar ramadan :D

      1. ghost writer says:

        aku kadang tak perlu minta,aku sampai saja penjual tuh dah kenal sangat apa aku nak.dia dah spare siap-siap utk aku,takut habis dan aku kecewa.haha.
        ghost writer baru je tulis kisah ‘nafas baru’My Profile

  7. zik says:

    tak sabar dah nih…. tapi kena bersiap sedia jugak…
    zik baru je tulis kisah Tip blogging terbaik, fasa pertamaMy Profile

    1. tehr says:

      insyaallah kita akan bersedia sebaiknya

  8. kaizen says:

    Fuh! tak sabo nak menyambut ramadhan nih!
    kaizen baru je tulis kisah Semua Telah BerakhirMy Profile

    1. tehr says:

      ramadan kat sabah ke, bro?

  9. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip nak tinggikan kereta sikit

    Bulan puasa disambut gembira,
    Kerana tuntutan Allah yang esa,
    Semoga kita dapat menunaikannya,
    Dalam keadaan yang paling gembira

    Ramadan bulan penuh barakah…. Insya Allah sama sama menanti kedatangannya
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip nak tinggikan kereta.My Profile

  10. Mus says:

    berharap Ramadhan tahun ini lebih mudah dan mendapat berkatnya..
    Mus baru je tulis kisah Ajaibnya!! Baju T-Shirt Yang Pandai Berkata-kataMy Profile

  11. Semoga puasa tahun ni lebih berkat drpd yg lepas2.. persiapan puasa mgkn dah mula tak makan banyak dah di siang hari…kurangkan makan…sbb org2 tua kata kurang makan, kurang dpt penyakit… makan ala kadar je…

  12. Norgadis says:

    Tak lama lagi nak uasa, moga Allah memberi kesempatan untuk menikmati bulan puasa tahun ini… Amin.

  13. maza says:

    Cindai di ampaian disulam indah
    Songket tenunan paling menyerlah
    Sebulan Syaaban berlalu sudah
    Ramadhan datang mula menjengah!
    maza baru je tulis kisah Izinkan Aku Berzina…My Profile

  14. maza says:

    Parang panjang si batu asah
    Lama digosok tajam sudah
    Ramadhan datang ramai gelisah
    Salahkan gastrik punca mengalah…

    aderkk…
    maza baru je tulis kisah Izinkan Aku Berzina…My Profile

  15. puteri says:

    puasa…
    oh…………
    teringat bersahur dan berbuka dengan kawan2 zaman belajar dulu..
    RINDU…~~!!
    puteri baru je tulis kisah Najib, ko DIAM LAR!My Profile

  16. zulkbo says:

    salam..
    ermmm..terima kasih ..
    SELAMAT BERPUASA..
    moga di permudahkan
    urusan..amalan di terima
    Allah hendaknya..di kurniakan
    pengampunan dosa2 yang lalu..
    amin..
    zulkbo baru je tulis kisah Rumah Terkurus Di Dunia ?My Profile

  17. titan says:

    hehe..persediaan untuk pergi terawih. Tempat terawih aku tu, jauh masjidnya..
    titan baru je tulis kisah Isu Ujikaji 100 artikel dalam 1 hari..gagal atau berjaya?My Profile

  18. bEe says:

    Persiapan masa mlm Ramadhan
    Niat pose jek… hihihihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun