Perlawanan Tumpuan Liga Super Malam Ini

Juara Liga Super 2013, Singapore LionsXII dah pun bawa keluar piala melalui Tambak Johor. Perlawanan terakhir Liga Super 2013 bagi beberapa pasukan pada malam ini kebanyakannya sebagai pelengkap jadual sahaja.

perlawanan tumpuan liga superFelda United, Johor DT, Selangor dan T-Team masih berjuang untuk mengubah nasib dan peluang.

Felda United dan T-Team sedang berebut tempat ke-10 liga untuk mengelak tergelincir ke Liga Perdana musim depan, juga untuk layak secara otomatik ke pertandingan Piala Malaysia. Mereka perlu mengelak dari perlawanan play-off yang dijadualkan pada hari pertama puasa nanti.

Bukan senang untuk senang,
Bukan payah mencari susah;
Siapa menang hatinya riang,
Siapa kalah nyesal tak sudah.

Selangor dan Johor DT pula sedang berebut tempat kedua untuk layak ke pertandingan Piala AFC musim depan bersama Kelantan. Juara Liga Super 2013, Lions Xii pastinya tidak akan ke Piala AFC sebagai wakil dari Malaysia.

Kelantan The Red Warriors layak ke Piala AFC 2014 setelah muncul Juara Piala FA 2013.

Siapa menang hatinya riang,
Siapa tewas nyesal tak sudah;
Ada peluang di tengah padang,
Mesti rampas bukan menyerah.

Tumpuan perlawanan Liga Super malam ini adalah kepada perlawanan Felda United vs Negeri Sembilan, Johor DT vs Selangor dan T-Team vs Terengganu.

Kelantan vs Lions XII juga menjadi tumpuan peminat. Kelantan perlu menang untuk mencalar ego Lions XII dari terus berlagak di bumi Malaysia. Untuk membuktikan The Red Warriors lebih baik daripada Harimau Malaya dan menunjukkan KAFA lebih bagus berbanding FAM.

Ha ha ha…

TehrDemikian kisah 'Perlawanan Tumpuan Liga Super Malam Ini' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


30 Comments

  1. de engineur says:

    Harap2 The Red Warriors menang. Kita ‘cakar’ sedikit ego FAM tu
    de engineur baru je tulis kisah Personal-sized hydroelectric power generator you can bring anywhereMy Profile

    1. TehR says:

      harap2nya macam tu la :D

  2. Mohd Shubhi says:

    Bagus ada ulasan pasal bola kat sini. Dapat ler sikit maklumat tentang bola. TK
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah 5 tulisan paling top bulan lepas!My Profile

    1. TehR says:

      ulasan dari ‘radio buruk’ je ni, bro

  3. nak tgk jdt lawan sel
    the malay male baru je tulis kisah mouse inventor dies at 88My Profile

    1. TehR says:

      perlawanan paling sengit ni
      kedua2nya aku sokong

  4. dja@sishaza says:

    Org kat rumah tentu excited sgt ni ….. lelaki dan bola memang x dpt dipisahkan ye ? ;)
    dja@sishaza baru je tulis kisah MENGAPA REZEKI TIDAK DATANG MENJENGAHMy Profile

    1. TehR says:

      :D terima kasih kerana memahami :D

  5. tu dia selangor vs JDT.. harap2 tak menghampakan lg. hehe.
    Amirul Bin Ramli baru je tulis kisah Macam mana kalau umur kamu sekarang 67 tahun? Agaknya gembira atau……My Profile

    1. TehR says:

      kedua2nya ada peluang untuk layak ke afc nanti

  6. UmmiKami says:

    Assalamu’alaikum cikgu, apa khabar :)

    Tanjak penghulu berbunga kerang,
    Kelopak di tepi dicucuk kerosang;
    Sejak dahulu hingga sekarang,
    Bolasepak menjadi tajuk sekarang. :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Kilauan Terimakasih…My Profile

    1. UmmiKami says:

      Tanjak penghulu berbunga kerang,
      Kelopak di tepi dicucuk lima;
      Sejak dahulu hingga sekarang,
      Bolasepak menjadi tajuk utama….. :D
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Kilauan Terimakasih…My Profile

      1. TehR says:

        Kelopak di tepi dicucuk lima,
        Indah berseri gembiranya hati;
        Bolasepak menjadi tajuk utama,
        Sudah menjadi adatnya lelaki.

  7. onlajer says:

    tumpuan slot ke afc juga malam nih
    onlajer baru je tulis kisah Terkenang kembali The TitanMy Profile

    1. TehR says:

      yups, memang akan menjadi tumpuan ramai
      selangor dah main tahun ni bersama kelantan
      johor dt belum pernah merasa

  8. UmmiKami says:

    Avatar dah hilang dah…. :)
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Kilauan Terimakasih…My Profile

    1. TehR says:

      tak apa la, ummi
      bulan ni pasti muncul lagi tu :D

  9. Hafizul says:

    Selamat berjuang buat semua pasukan..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Terima Kasih Rakan BloggerMy Profile

    1. TehR says:

      bermain dengan penuh ceria
      tanpa gaduh2 dan tanpa masam muka :D

  10. hafiz says:

    Memang tumpuan tu….
    hafiz baru je tulis kisah Johor Darul Takzim vs Selangor Liga Super 2013My Profile

  11. titan says:

    aku harap selangor dan kelantan menang. :)
    titan baru je tulis kisah Kitab Teknik SEO Merah Jambu dibuka untuk jualan.My Profile

  12. zool says:

    adakah johor dt atau selangor yang akan menjadi naib juara?
    zool baru je tulis kisah Pasukan Hoki Malaysia menumbangkan Pakistan untuk perlawanan klasifikasi 5-6My Profile

  13. kenapalah saya tak minat tgk bola yeee..
    tapi masa kecik, sayalah yg terawal tunggu kat padang utk main bola…
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Panduan Cara Mengecat Cat Rumah Utk Hari RayaMy Profile

    1. UmmiKami says:

      Dah jadi ahlil masak ni tak sempat nak tonton bolasepak ye… :)
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Kilauan Terimakasih…My Profile

  14. tahniah selangor sebab seri hihihiihi
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Sekali lagi sibukMy Profile

  15. hafizmd says:

    hahahahahha…..ayat last tu mmg paling power dan mencengkam sanubari….

    puas hati tgk kelantan menang malam ni….yeahhhhhhh!

    thanks kelate!
    hafizmd baru je tulis kisah Selangor & Kelantan Wakil Malaysia Ke Piala AFC 2014My Profile

  16. kakiblog says:

    ramai yang minat bola..tapi tak ramai yang berbakat besar main bola..sebab itu belum ada jumpa Ramli di MU
    kakiblog baru je tulis kisah 3 Tip Menjalani Ibadah Puasa Untuk BloggerMy Profile

  17. Wan Fauzi™ says:

    memang pertembungan menarik antara pasukan johor dt dgn selangor…
    saling berbalas serangan…
    perlawanan kelantan vs lion memang menjadi tumpuan..
    pertembungan antara juara piala fa 2013 dgn juara liga super 2013..
    Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Kenyataan Perdana Menteri Turki Terhadap Isu MesirMy Profile

  18. Selalu kalau ada perlawanan Kelantan dan Selangor.. mesti aku sokong punya.. tapi perlawanan malam tu aku terlepas ikut perkembangan..
    Kulanz Salleh baru je tulis kisah Selamat Menyambut Ramadan 2013 (1434H)My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun