Kelantan vs ATM.
Siapa yang akan muncul Juara Piala Malaysia 2012 akan ditentukan di Stadium Shah Alam pada 20 Oktober [Sabtu]. Agak-agak siapa akan muncul juara. ATM? Kelantan? Jangan tanya aku, memang selamanya aku mahu Kelantan muncul juara. [Jangan-jangan Kelantan pula yang kena gomo oleh ATM sampai lebam!]
Bawa ketam ke baruh padi,
Perginya pagi pulang petang;
Pasukan ATM usah bermimpi,
Jauhnya api dari panggang.
Pantun semangat untuk pemain dan penyokong Kelantan The Red Warriors, Gomo Klate Gomo.
Kelantan FA didenda RM40,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia [FAM] dan tidak dibenarkan merayu. Perak [RM10,000], Terengganu [RM10,000], Negeri Sembilan [RM5,000] dan Sarawak [RM1,000] juga kena denda. Semuanya gara-gara kelakuan sebilangan penonton membaling botol air, membaling sos cili atau membakar mercun. Peter Butler yang dihukum oleh Persatuan Bola Sepak Terengganu [PBSNT] pula dilepaskan oleh FAM selepas membuat rayuan.

Nampaknya banyak sudut yang menjadi panas menjelang Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012 ini. Jujurnya aku berharap penyokong Kelantan akan ‘sejuk’ sedikit kerana kerajaan negeri sudah pun memberi cuti pada hari Ahad [21.10.2012]. Peluang ATM untuk mengalahkan Kelantan, aku tak pandang sebelah mata. Mereka memang bagus segenap segi. Pemain bagus, pengurusan bagus dan jurulatih juga bagus. Kekurangan ATM sekarang ini, bagi aku hanya dari segi penyokong sahaja.
Mahu ke mana hendak ke mana,
Mestilah balik sebelum petang;
Mahu berjaya di semua perkara,
Mestilah baik mengurus peluang.
Demikian kisah 'Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012' untuk kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain atau klik DI SINI untuk maklumat pendapatan tambahan di rumah. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.
Tweet


hebat pantun bro

aku pilih dua-dua bro sebab dua2 dah ke final, bila habis game nanti baru pilih pasukan mana yang main best hehe
donnyien recently posted..Tanda terkena saka dan rawatannya
pantun semangat tu
Rasanya game final nanti mesti sengit. Jangan plak ATM bawak semua geng diorang dahla.

shraqs recently posted..Cara – Cara Root Galaxy Note II
haha
pastinya mereka tak akan bawa kelengkapan perang
tp dgr kat radio tadi byk pemanggil dari ATM berbanding kelantan..hehe
Jebeng Otai™ recently posted..Suunto Elementum : Evolusi Jam Tangan
agaknya kumpulan penyokong kelantan masih dalam perjalanan tu
Haritu kawan penyokong selangor ada bgtau..ada sebahagian besar penyokong selangor yang mula dulu baling botol..xkena?
gomo jange dok gomo, gomo sapa abih reng
cikgu naman recently posted..‘Last Minute Study’ Membantu Dapat 8A Dalam PMR?
mengenai penonton baling objek ni payah nak cerita, melainkan mereka ditangkap
lagi pun penonton boleh menyamar sebagai penyokong mana2 pasukan
aku lebih suka pihak pengurusan stadium yang dikenakan denda kerana gagal menyekat penonton yang membawa masuk objek ke dalam stadium
maaf ler, aku sokong ATM…

Rapunzeel Cikilolo recently posted..stuck
atm < kelantan
hehe
Salam..
kalau buat makan RM40K tu
bertahun tak habis..apa nak
buat kan?
Bro Zulkbo recently posted..3 Entri Paling Banyak Like Facebook
salam kembali
ya la, bro
dah boleh bayar motor kuasa tinggi tu
Saya suka dengan suasana kemeriahan bola sepak negara. Yeah, saya mahu Kelantan menang, supaya isteri akan mood ceria hujung minggu ini.

amirulfaiz recently posted..Laman web guna Joomla! 2.5
terbaik, bro
memang sangat penting untuk isteri sentiasa dalam mood ceria
untungnya balik pada kita juga, kan?
Harap ATM akan menang. Balas dendam Selangor kena gomo dengan Kelantan.

akubiomed recently posted..Hot Chicks or Hot Bikes?
separuh masa pertama atm menang
separuh masa kedua kelantan menang
sepenuh masa kelantan menang
hehee.. tak kisah la siapa yang menang,

kalau mane2 team yg kalah harap juga jgn ada penonton yang membakar stadium shah alam tu..
padin recently posted..Koleksi Lukisan 2012
itu antara satu hal yang aku risaukan selain dari pergaduhan penonton
lagi pun menang bergaduh bukannya dapat piala atau hadiah wang
Malam ni Man Utd pon main la bro. So kawe busy dgn flight ke Manchester.. he he.. Good luck and all the best to Kelantan and ATM. May the best team win! GGMU…
Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Red Army UNITED On Facebook
malam ni
kelantan menang
MU menang
mesti best ni
memandangkan abg ipar aku ATM, terpaksalah aku sokong bersama dia malam nanti (kedah tetap dihatiku)
Nazri recently posted..Takaful Tak Adil
ATM ada semangat kuat untuk menang walau pada saat2 akhir. gua sokong ATM.
ghost writer recently posted..tidak seperti dulu
saya sokong atm, yeahhhhh
Juan recently posted..Crankyads – Sewa Tapak Iklan di Blog
harap mereka success gempak main bola malam ni
mmg dah agak kelantan menang. tapi tetap sokong atm
Khidhir recently posted..Bayaran Daripada Churp Churp