Perlawanaan Akhir Terbuka Malaysia 2013

Lee Chong Wei vs Sony Dwi Kuncoro

Perlawanaan Akhir Badminton Terbuka Malaysia 2013 akan berlangsung petang Ahad [20.01.13] di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Pertemuan antara pilihan pertama dari Malaysia Datuk Lee Chong Wei menentang pilihan kelapan Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia. Besok hari minggu, molek sangat tu bawa isteri dan anak-anak menonton perlawanan badminton.

lee chong weiNampaknya seperti tiada masalah bagi Datuk Lee untuk muncul Juara Badminton Terbuka Malaysia untuk kali kesembilan. Lagi pun dalam Terbuka Korea minggu lepas, Sony Dwi Kuncoro hanya sampai ke separuh akhir apabila tewas kepada wakil China, Du Pengyu. Datuk Lee pula muncul Juara Terbuka Korea 2013 setelah menewaskan Du Pengyu.

Apa yang aku makin hairan ialah pemain pelapis badminton Malaysia. Mereka masih gagal untuk meneruskan saingan sekurang-kurangnya ke separuh akhir.  Daren Liew hanya dapat ke suku akhir sahaja dalam Terbuka Malaysia 2013 kali ini. Itu pun kerana Taufik Hidayat menarik diri di pusingan kedua.

Kadang-kadang timbul juga pertanyaan dalam hati, benarkah pemain pelapis kita gagal atau BAM yang gagal?

TehrDemikian kisah 'Perlawanaan Akhir Terbuka Malaysia 2013' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


8 Comments

  1. Saya dan isteri merupakan peminat sukan badminton..Semoga Datuk Lee Chong Wei berjaya menjuarai Terbuka Malaysia 2013
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Cerita Tentang DuitMy Profile

  2. muktasim says:

    huhu.. sampai bila kita nak harapkan LCW.. harap BAM ambil sirius hal ni.. kecewa sgt..
    muktasim baru je tulis kisah Akhirnya berada di bawah 200K Alexa RankMy Profile

  3. Kawe dah lihat almost semua pemain pelapis Malaysia main. Mostly, tiada yg akan capai standard Datuk Lee. Bukan senang dapat pemain sebaik ini. Maybe Zulfadli boleh jika di beri cukup perhatian sebab budak tu nampak natural bakatnya. Yg lain2 kena kerja keras tetapi don’t think boleh capai top 5. Pendapat jer ni.
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah The New Starbucks Card 2013My Profile

  4. akubiomed says:

    Saya pun mempunyai kegusaran pemain pelapis belum sampai yang kita yakin.
    akubiomed baru je tulis kisah Aktiviti hujung minggu dengan blog walkingMy Profile

  5. hairulafiz says:

    belum ada pemain pelapis lagi…
    hairulafiz baru je tulis kisah Elaun tetap perumahan bakal naikMy Profile

  6. Amirez says:

    kita harapkan LCW menang petang nanti dengan persembahan yang menarik di antara kedua2 pemain.
    Amirez baru je tulis kisah Final Badminton Terbuka Malaysia 2013 – Live StreamingMy Profile

  7. fiezaradzi says:

    itu yg sedih tu, nampak datuk LCW sahaja.. yg lain?? huhu
    fiezaradzi baru je tulis kisah Layak ke Blog Ini Tercalon??My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun