Peristiwa Di Bulan November

Disiram sang bayu di bulan november
Menyapa hatiku yang telah luka
Terkenang kisah dilambar cinta
Kini hampa

Lirik lagu Peristiwa Di Bulan November nyanyian Khatijah Ibrahim. Korang pernah dengar lagu ni? Boleh tanya Pakcik Google kalau mahu mendengarnya. Lagu sedih yang sedap didengar terutama bagi yang sedang berduka ditinggalkan kekasih.

Tapi aku bukan mahu bercerita mengenai lagu Peristiwa Di Bulan November atau pun mengenai Khatijah Ibrahim. Aku mahu bercerita mengenai kisah-kisah gembira seorang blogger. Kisah mengenai rakan pengomen serta pemberi trafik di blog tehramuan ini yang menggembirakan aku sepanjang bulan November yang lepas.

top referrer yas yang dapatnov 2011
dah dua bulan dikawal ketat
yastro online blognya hebat
cubalah jenguk kalau sempat

bermacam celoteh setiap hari
b3njy akubiomed dan juga suri
dnoBiz dan chii sama menyertai
berbunga taman di dalam hati

pengomen terbanyak dipilih lima
ku letak avatarnya di kanan sana
sahabat yang lain usah berduka
bulan depan mungkin giliran anda

Terima kasih dari aku sebagai admin blog tehramuan kepada rakan blogger b3njy (72), surihati_ku (62), yas (43), akubiomed (41), dnoBiz (38) dan chii (34) serta padin, azli.afzainizam, zulkbo dan Mus. Kepada rakan pengomen dan pengunjung yang tak tersenarai, aku juga mengucapkan terima kasih banyak.

Bulan Sebelas [November] 2011 sudah pun meninggalkan kita. Sebulan lagi kita akan memasuki tahun baru masehi 2012. Terasa pula umur semakin tua, semakin banyak dan semakin sedikit. Kata orang tua-tua, usah terlampau panjang angan-angan.

TehrDemikian kisah 'Peristiwa Di Bulan November' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


31 Comments

  1. yas says:

    rezeki tuk bro tehr lagi la tue…alhamdulillah
    yas baru je tulis kisah 10 Tag dari FiezaradziMy Profile

    1. yas, refer ler banyak sikit kat blog kawe lak…. :wink:
      asyik teh ajer.. kawe hidang kopi bro.
      Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Permainan LEGO Paling MurahMy Profile

      1. surihati_ku says:

        sy nak amik modul kt bro yas blh? heeeee
        surihati_ku baru je tulis kisah Kenali Bed Bugs! Part IIMy Profile

      2. yas says:

        bab2 ni aku tak tau la bro…ni mungkin dah rezeki tuk bro tehr yg selalu sediakan teh yg terbaik dan piao…hehehe
        yas baru je tulis kisah 10 Tag dari FiezaradziMy Profile

    2. tehr says:

      terima kasih banyak, yas

    3. Cik Siti says:

      Tahniah En Yas… jadi pengunjung tegar web En Tehr…
      Cik Siti baru je tulis kisah #8 Wordless wenesdayMy Profile

  2. hebat2 ehhh.. tak terlawan udah kawe…
    tahniah buat yg menang.. well done.. sure kembung minum teh ahak ahak…
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Jom Main Bowling Di U-BowlMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      aku tak sediakan ubat kembung ni
      huhu

      1. hafizmd says:

        minum teh mudah kembung
        takde ubat melambung-lambung
        hafizmd baru je tulis kisah Mungkin sudah tiba masanya…My Profile

  3. ghost writer says:

    selamat tinggal november.inshaAllah,tahun depan kalau berkesempatan,kita akan bertemu semula,november.
    ghost writer baru je tulis kisah pisahMy Profile

    1. tehr says:

      moga2 kita dipanjangkan umur dan beroleh berkat

  4. disember mula mengambil alih,
    tahun baru bakal menjelma,
    adakah aku insan yang terpilih,
    diberi keampunan dan dibekalkan takwa.

    masa berjalan, umur berganjak, semoga amal ada peningkatan.

  5. hafizmd says:

    Ucapan tahniah untuk semua
    bersama harapan ukhwah terbina
    tak tersenarai tak mengapa
    janji kita ceria sentiasa
    hafizmd baru je tulis kisah Mungkin sudah tiba masanya…My Profile

  6. zulkbo says:

    salam..
    terima kasih backlinks tu..
    terbaik..saya memang dah
    pemastautin di sini..he he
    zulkbo baru je tulis kisah Tanpa Kek Saya Pekena Satay 15 CucukMy Profile

  7. padin says:

    hehehee… ingtkan bro mengenang nasib di tinggal kekasih..
    hehe memang rancak teman – teman ni, buat blogger semua rasa gembira.
    padin baru je tulis kisah Letupan Gas LPGMy Profile

  8. chii says:

    sedar x sedar..bulan disember da menjemput kita kan…

    owh..bulan lepas chii banyak mengeteh di sini ya..ekeke
    chii baru je tulis kisah Wordless Wednesday #13 – Nasi JampiMy Profile

  9. Cik Siti says:

    tahniah kepada semua… Cik Siti baru nak merangkak….huhuhu
    Cik Siti baru je tulis kisah #8 Wordless wenesdayMy Profile

  10. zool says:

    Ye lah pejam celik dah hujung 2011. kejap betul masa berlalu
    zool baru je tulis kisah Daftar bantuan wang tunai RM500 bermula 10 Disember 2011My Profile

  11. tips-kurus says:

    tahniah semua.
    sayalah yg berduka itu. huhu!
    tips-kurus baru je tulis kisah Tips Cuci Cermin MataMy Profile

  12. titan says:

    huh, tak penah aku menang juara komen kat sini.. :(
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 4 dari TeliadMy Profile

    1. surihati_ku says:

      eh ni bukan anugerah kacak yer hiii…
      surihati_ku baru je tulis kisah Bukan Wangi Bau Pengantin Part IIMy Profile

  13. surihati_ku says:

    terima kasih tuan rumah atas penghargaan ini :)
    surihati_ku baru je tulis kisah Bukan Wangi Bau Pengantin Part IIMy Profile

  14. faizul says:

    saya juga pengunjung setia, tiada komen sekadar membaca, bukan backlink yang saya pinta, cuma mengeratkan silaturrahim amalan mulia.
    faizul baru je tulis kisah Mengarang artikel bukan senangMy Profile

  15. kakyong says:

    tahniah… ntah bila lah boleh masuk senarai nih…
    kakyong baru je tulis kisah Musim Berkhatan : kenapa perlu bersiram air @ berendam dalam sungai?My Profile

  16. ahmad kamil says:

    Moga bulan Disember ni membawa seribu erti pada saudara Tehr. =)
    ahmad kamil baru je tulis kisah Radio Frequency Identification (RFID)- Projek kumpulan ILLUMINATIMy Profile

  17. Gula batu buah melaka
    Bunga lawang rempah ratus
    Semua blogger hebat belaka
    datang bertandang tak putus-putus

    Sambil bergurau menyinggung kawan
    Sambil berdiri meminum jamu
    Menikmati hidangan Teh Secawan
    Sekali rasa tak jemu-jemu

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    claim insurans motorsikal langgar kereta
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

  18. fiezaradzi says:

    byknya komen sorang2.. haha.. tak terkejar.. hihi.. ape pun, moga terus berblog dgn entry2 terbaik..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Langsaikan Hutang Cepat, Kalau Tidak..My Profile

  19. levelsatu says:

    hebat. terer-terer brader dan kakak2 semua ye.. :)
    levelsatu baru je tulis kisah (Video) 10 cubaan jaringan gol yang digagalkan oleh Khairul Fahmi Che MatMy Profile

  20. Juan says:

    rasanya bulan ni saya top kot
    Juan baru je tulis kisah Projek Hari JumaatMy Profile

  21. Encik Mus says:

    kurang menyengat nov lepas..blog ada masalah.. semangat pun down..
    Encik Mus baru je tulis kisah Niche Blog?My Profile

  22. Pacifista says:

    teringat pulak aku lagu Green Day – Wake Me Up When September Ends.lagu favorite aku ni :D
    Pacifista baru je tulis kisah Takwim Penggal Persekolahan, Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti 2012My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun