Perempuan Tak Suka Lelaki

Saya pernah membuat entri Lelaki Tak Suka Perempuan ketika masih menggunakan platform blogspot dahulu. Macam-macam komen dan pendapat diberikan kepada entri berkenaan, ianya telah dapat menambahkan pengetahuan saya dalam membaiki diri. Untuk lebih bersikap adil, apa kata kali ini kita lihat pula apa yang perempuan tidak suka mengenai lelaki.

perempuan tak sukakan lelaki
bila bersuara soundnya tinggi
atau berlagak manchokan diri
tidak pula pandai menghargai

kalau lelaki suka menipu
bersikap ego memilih bulu
perasan diri terlebih maju
perempuan juga tidak setuju

lelaki gemar mencuci mata
atau pun bermain kayu tiga
juga bersikap cemburu buta
sebab perempuan tidak ceria

kalaulah lelaki bermata duitan
hanyalah fokus pada pekerjaan
tambahan gelojoh ketika makan
wanita memang tidak berkenan

sikap mengongkong dia tak suka
atau pentingkan diri sendiri sahaja
berputar belit dalam setiap bicara
kuat merokok dan pengotor pula

jenis lelaki pentingkan kawan
pada pasangan kurang perhatian
atau seorang yang panas baran
perempuan sangat tidak berkenan

Hidup berkeluarga dalam alam rumah tangga memang memerlukan kerjasama dan tolak ansur kedua-dua suami dan isteri. Sedangkan lidah lagi tergigit. Harap pembaca dari kalangan wanita akan lebih banyak memberi maklumat apa yang perempuan tak suka tentang lelaki. Katakan sahaja ketika diberi peluang!

TehrDemikian kisah 'Perempuan Tak Suka Lelaki' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


90 Comments

  1. sangilapi says:

    ermm….aku memang kuat merokok tapi bukan seorang pengotor :)

    dan tidak dinafikan aku memang panas baran……kahkahkah
    sangilapi baru je tulis kisah cabaran disahutMy Profile

    1. tehr says:

      aku sekotak gak sehari
      kadang lebih, kadang kurang… hehehe

      1. padin says:

        hhehe sehari 20 ke bro?
        padin baru je tulis kisah Melukis Kerangka ManusiaMy Profile

        1. tehr says:

          untuk 24 jam le tu
          hehehe

  2. bluedianthus says:

    Sungguh tak suka orang yang merokok..
    membuatkan saya lebih awal “pergi” dari si perokok itu.
    Jangan terasa tehr…cakap ikhlas ni..hehe.. :)
    bluedianthus baru je tulis kisah Ada apa dengan blog bahasa InggerisMy Profile

    1. tehr says:

      saya faham dan lelaki yg merokok juga mesti faham
      jangan sesekali merokok bila bersama anak, isteri, teman atau sesiapa sahaja yg tak suka rokok
      pandai2 le bawa diri, kan?

      1. ann says:

        sokong!! merokok main jauh jauh!
        ann baru je tulis kisah Twinkle twinkle Little StarMy Profile

        1. tehr says:

          kesian…

  3. cikmin says:

    tak suka lelaki@ suami yang tak pandai jaga kebersihan diri..bulu hidung terjuntai keluar..eeeeyaaakkk.. :P ermmmm..suami cikmin tak..hehehe… :P
    cikmin baru je tulis kisah DarlingI’m Not SuperwomanMy Profile

    1. tehr says:

      bulu hidung?
      eeeeeeeeeee saya pun tak suka
      hahaha

  4. yong_liza says:

    xsuka org y isap rokok n x hormati org laen..stuju dgn bluedianthus & ulasan tehr ‘ pndai2 bw diri ‘

    hihi ^^

    1. tehr says:

      tu la pasal, yong_liza
      kena tengok kiri kanan gak
      kalau tuan rumah tak merokok, tak usah le pandai2 nak cucuh

  5. ejoncb says:

    tak suka laki yg ego melampau smpai tak boleh bw bincang sbb rasa diri dia jer btul,
    yg suka cuci mata pun tak suka gak ( jeles-jeles..hehe)
    panas baran pun tak best
    yg tak suka jaga kesihatan pun tak best ( at least maw jogging2 ker)
    hehe

    1. tehr says:

      kalau tak ada perempuan berpakaian seksi, tak berpeluang le lelaki nak cuci mata
      kan ejoncb, kan?

      1. ejoncb says:

        hehehe..,maybe, tp kalau dah memang mata keranjang, pakai ta sexy pun depa dok usaha nk usha n imagine bukan2 jugak..hehe

        1. tehr says:

          yg tu mmg dah mata bola keranjang tu…
          tak pun mata bola ragbi

  6. padin says:

    errr.. tu lah, pernah jugak Dr tu kata aku ni panas baran.. hehe
    tu pasal kena reject, kah kah…
    padin baru je tulis kisah Melukis Kerangka ManusiaMy Profile

    1. tehr says:

      eh, ya ke?
      dr yg kat entry bro tu ke?

      1. padin says:

        haha… Dr tu lah, mana lagi hee..
        bukan panas mana pun, suam2 je
        tapi sekali dah kena reject, xde can dahla ekekee

    2. cikmin says:

      tak suka lelaki panas baran…garang boleh..yang garang manja jek… :P
      cikmin baru je tulis kisah Tadika Swasta Dapat Subsidi RM150My Profile

      1. tehr says:

        hehehe buat manja2 je
        api mestinga dipadamkan dengan air
        kan cikmin?

      2. padin says:

        aku dah cuba jadik garang manja le tu,
        tapi dia tak terima, wakakaaa
        padin baru je tulis kisah Masinnya Kata – Kata Orang TuaMy Profile

  7. kakyong says:

    kdg2 memang ade sikap suami yg kita tak suka.. cth.. tak reti jaga kebersihan bilik mandi, sepah2 baju, ikut suka jer nak campur baju dah pakai dgn baju baru… buang putung rokok merata2 kat laman rumah, kdg2 anak kutip, .. dan bbrp perkara lagi lah..

    ada masanya isteri akan ‘bercakap’ tp tak leh gaya membebel.. nanti hapah pun tak ditolong nyer…
    kakyong baru je tulis kisah Jom main badminton cara Anis &amp FikriMy Profile

    1. tehr says:

      betul kakyong
      kalau salah bebel, lelaki memang payah nak tolong
      hehehe

  8. gayahspears says:

    Salam bro tehr..
    ape yg bro ckp semunya betoi..
    sape pon akan tak suke pada laki tu kalo perangai cam ampes…
    kalo nak dengar ckp laki tu je sape ley thn.. perempuan pon ade gak perasaan… kadang2 kita nih nak jugak kua dgn kwn2… klo kua dgn kwn2 pon nak kong2 susah la..,. kalo da jd suami takpe gak nih yg lum ade ikatan tu… ish… naseb bek Gayah xde bf..huhuhu.. selamat~
    gayahspears baru je tulis kisah Mencari Indentiti Blogger Yang HilangMy Profile

    1. tehr says:

      kadang2 sikap mengawal jadi terlebih2, rosak hubungan
      yang penting satu kepala saling memahami
      baru le aman, kan

  9. syamila says:

    salam jumaat…

    yg penting dua2 bertolak ansur dan cuba perbaiki mana yg patut kan…
    syamila baru je tulis kisah Lagi rumah di bakar sebabkan cemburu yg tak bertempat…My Profile

    1. tehr says:

      ya. memang dua2 perlu tolak ansur, kalau tidak baik dok sorang2 je

  10. etomyam says:

    mungkin pompuan tak suka lelaki yg suka tenung pompuan lain lama3 kot :D
    etomyam baru je tulis kisah Bagaimana Menjadi Jutawan Sebelum Usia 25 TahunMy Profile

    1. tehr says:

      mungkin ada…
      aku pun gelabah kalau perempuan dok tenung lama2 [sesekali perasan]
      hahaha

  11. zulkbo says:

    salam saudara..
    yang nyata lelaki tetap lelaki
    dan lelaki tidak boleh menjadi apa
    yang kemahuan wanita kehendaki
    100% mereka..jadi terimalah apa
    yang ada..penting sekali,kejujuran
    kunci kebahagiaan…
    zulkbo baru je tulis kisah Hikmah Dalam WudukMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali, zul
      masing2 ada kelemahan dan kelebihan
      tolak ansur memang penting

  12. suri says:

    tak suka bau asap rokok sb secara automatik suri akan cept pening..

    btw bos sllu hsp rokok pstu nmpk kt tnda asa abu rokok sana sini adeii…baiklah masa dia nak smoke dia akn ttp pintu bilik dia..sb tahu awal2 masa suri kje suri ckp sy tak suka bau rokok kiki..

    baik bos ok..
    hurm..syukur Alhamdulillah adik brdik suri yang abg tak smoke..si dia pun bgtu jua :)

    1. tehr says:

      minta je bos merokok kat tepi pagar
      hehehe

      1. suri says:

        opis tak der pagar ..kmi dok tingkat ats huhu..dia smoke dlm bilik dia hooo..tapi klu pagi suri bukak kunci pejabat adi pening pala bau asap tuh huuu

  13. puteri says:

    saya suka lelaki :)

    ♥♥♥ Entry Puteri Terkini:
    “Rentetan Festival Fesyen Muslimah”

    1. tehr says:

      saya suka perempuan
      waka wakaka

  14. suri says:

    klu blh elkkan pnas baran, kuat cemburu..dulu suri penah alami situasi bgni hodoooii poning kepala…

    merokok tak blh nak pksa..klu ada niat nk bhnti kena pelan2 huuu..

    1. tehr says:

      punca nak berenti mesti dari dalam

  15. suri says:

    klu tak der llki dan wanita pasti khdupan ini akan kelihatan suram :)..

    ada dua manusia bermakna kehidupan ini saling melengkapi…memerlukan antara satu sama lain.

    peaCe No WAR!

  16. gayahspears says:

    ye setuju…hihi
    gayahspears baru je tulis kisah Mencari Indentiti Blogger Yang HilangMy Profile

    1. tehramuan says:

      setuju semua ke, cik gayah?

  17. cikbelog says:

    sangat takut kalau tersalah pilih suami..pape pun, rasanya tak de pompuan yang suka lelaki panas baran..takowt kot!
    cikbelog baru je tulis kisah cinta itu komunikasiMy Profile

    1. tehr says:

      banyak2 berdoa cikbelog
      insyaallah dapat suami yg beriman

  18. anajoe says:

    pengotor, perokok, n pns baran..
    mmg sifat2 common yg prempuan tak suke,,tmasuk ana..
    susah nk tgk lelaki xmerokok skrg,,adehh!

    1. tehr says:

      perempuan pun ada yg merokok
      tiru sapa la agaknya

  19. afiqbukhari says:

    hehe no komen.. perempuan kalau dah x suka laki, smpi bila2 xkan suka da lelaki tu.btul x? ;p
    afiqbukhari baru je tulis kisah Lawak Jenaka Dalam AirMy Profile

    1. tehr says:

      rasanya separuh betul
      ada juga yg boleh lembut hati semula
      perempuan kan sifatnya lemah lembut

  20. sangilapi says:

    perghhh…..kuat merokok dan panas baran kena hentam nampaknya :)

    macam ni,aku beri penjelasan membela diri lah,aku merokok tengok tempat dan panas baran aku pun bertempat ……….kahkahkah
    sangilapi baru je tulis kisah cabaran disahutMy Profile

    1. tehr says:

      ya la, bro
      nampaknya ramai yg tak suka lelaki merokok
      …nasib juga aku dah kawin
      waka wakaka

  21. akubiomed says:

    Tentang cuci mata saya bersetuju kalau tak lelaki dichop tak cukup sifat. Cuci mata takpe tapi jangan sentuh. “You can’t touch this-Mc Hammer
    akubiomed baru je tulis kisah Comment on Plugin untuk WordPress by suffer8zineMy Profile

    1. tehr says:

      selalu gak ‘dipaksa’ cuci mata bila jalan2 kat bandar

      1. akubiomed says:

        Tak apa itu baru dikatakan rezeki pada pandangan pertama. Bila pandang kali pertama tu kena buat lama-lama ckit ;-)
        akubiomed baru je tulis kisah Comment on Plugin untuk WordPress by suffer8zineMy Profile

        1. tehramuan says:

          haha
          asal jangan kali kedua

  22. Norgadis says:

    Lelaki perempuan sama saja
    asyik nak menang sendiri saja
    pilihlah pasangan berhati mulia
    agar hidup sentiasa bahagia.
    Norgadis baru je tulis kisah Buah Lychee TIN Yang Ada Lemak KhinzirMy Profile

    1. tehr says:

      sama saja perempuan lelaki
      nak menangkan diri sendiri
      kalau kedua-dua keras hati
      keluarga juga mendapat rugi

  23. panadol says:

    yg penting persefahaman..
    dua2 tahu apa yg masing2 tak suka,
    so jan la d buat lagi kalo dah tau x ska kn..??
    kalo d wat jgk, tue knfm mo carik gaduh tue
    hehehe
    panadol baru je tulis kisah Aku Menang TopupMy Profile

    1. tehr says:

      kalau dah gaduh, dua2 rugi
      kalau tak gaduh, dua2 happy
      kan? cik panadol kan?

      1. akubiomed says:

        Gaduh tu biasalar lagikan lidah tergigit ini kan gaduh antara lelaki dan perempuan. Bila ada yang merajuk ada yang pujuk. Marah-marah sayang ;-)
        akubiomed baru je tulis kisah Comment on Plugin untuk WordPress by suffer8zineMy Profile

        1. tehramuan says:

          khas untuk mereka yang dah berumah tangga :D

  24. Cik Siti says:

    kalau sikap lelaki dan perempuan itu samasa sahaja….. sudah pasti tuhan tidak menjadikannya ia berpasangan… setiap kekurangan lelaki ada kelebihan kepada perempuan. begitu juga sebaliknya. kerana itu setiap insan perlukan pasangan…
    Cik Siti baru je tulis kisah Cik Anita Songeh GiveawayMy Profile

    1. tehr says:

      kejadian mereka sememangnya tak sama, cik siti
      cuma…
      mereka mungkin sama2 degil, sama2 keras kepala, sama2 engkar perintah
      atau…
      mungkin juga mereka sama2 beriman dan bertaqwa
      Allah Maha Mengetahui

  25. kulanz says:

    keutamaan komen diberi pada kaum hawa.. nanti aku tolong baca komen je, hehe
    kulanz baru je tulis kisah 20102010 – Google Sitelinks Sebagai KenanganMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      komen je, bro
      kaum hawa pun nak tahu gak pendapat kaum adam

  26. Bain n Adi says:

    lelaki dan wanita saling perlu memerlukan.Bagaikan aur dan tebing..Heeee

    1. tehr says:

      yups, begitu le hendaknya

  27. ann says:

    Lelaki merokok sangat tak cool
    Belakang ok didepan jangan
    Panas baran sila bang control
    Marah boleh jangan naik tangan
    ann baru je tulis kisah Twinkle twinkle Little StarMy Profile

    1. tehr says:

      Belakang toleh di depan jangan
      luar bernyawa di dalam mati
      Marah boleh jangan naik tangan
      tersilap gaya jumpa tok kadhi

  28. kakyon says:

    pengalaman akak..
    masa muda2 dulu..suka bebelkan dia. dek kerana egonya tinggi..dia tak layan pun…
    sekarang ni..kena tunjukan cara macamana. kalau awak camni..jadi camtu. kalau awak camtu.. jadi camni..lu pikirlah sendiri..heheh. takyah ilmu penunduk..sendiri ikut cakap..ahaks
    kakyon baru je tulis kisah pandang dengan senyumanMy Profile

    1. tehr says:

      terbaik la kakyon,
      lelaki memang kalah dengan lemah lembut

      1. akubiomed says:

        Perempuan senjata dia air mata dan pujuk cair. Lelaki sekeras mana pun cair kena senjata ini
        akubiomed baru je tulis kisah Comment on Plugin untuk WordPress by suffer8zineMy Profile

        1. kakyon says:

          pujuk prempuan dengan perasaan..
          pujuk lelaki dengan fakta dan kelembutan..
          kakyon baru je tulis kisah juara tersungkurMy Profile

          1. tehr says:

            bukan lelaki lembut

  29. brutalsolo says:

    aku tersenari pulak dalam list macam mana yek
    brutalsolo baru je tulis kisah DI SEBALIK TEMBOK YANG RUNTUHMy Profile

  30. kyuubi says:

    aku takde semua dlm senarai tu. hahahaha
    kyuubi baru je tulis kisah Wayne Rooney Main Tarik TaliMy Profile

    1. tehr says:

      alhamdulillah, selamat2

      1. suri says:

        bahagianyer idop ini ;)

  31. zik says:

    kenapalah pompan tak suka lelaki… lelaki ini yang selalu mencintai mu… selalu.. lagu anuar zain..hee
    zik baru je tulis kisah Bila terasa rindu versi nasyidMy Profile

    1. tehramuan says:

      sepenuh hati :D

  32. Syafrizal says:

    Pantun yang sangat menarik hehe
    boleh jadi iktibar tu
    Syafrizal baru je tulis kisah Koko Minda Plus – Penambah Tenaga MindaMy Profile

  33. mijie says:

    kalau nak merokok terpaksa cari port yang sesuai, tak sanggup merokok bila berada di kawasan budak kecil

    harap seorang perokok akan lebih sensitif seperti aku..haha
    mijie baru je tulis kisah Kelantan dan Negeri Sembilan ulangi Final 2009 Piala MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      yups, pandai2 le bawa diri
      macam aku jugak :)

  34. izars says:

    Absolutely!hehe;p
    izars baru je tulis kisah Buat perangai pekakMy Profile

  35. toyol says:

    slalunya yg d impi payah nk cari..
    tawakal aje la..
    toyol baru je tulis kisah JAWAPAN DALAM SOALANMy Profile

    1. tehr says:

      yups, kita berusaha
      allah yang tentukan segalanya

  36. FirstDessie says:

    I have noticed you don’t monetize your blog, don’t waste your traffic, you
    can earn additional cash every month because you’ve got high quality content.
    If you want to know how to make extra money, search for: Mrdalekjd methods for $$$
    FirstDessie baru je tulis kisah FirstDessieMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun