Perbicaraan Kes

Pantun kali ini tiada sebarang kaitan dengan perbicaraan kes pembunuhan Datuk Sosilawaty Lawiya atau pun perbicaraan Datuk T. Tiada kaitan dengan sebarang kes juvana, kes perogol bersiri, kes simbah asid atau sebarang kes video lucah. Juga tiada kaitan dengan drama Anak Mak atau filem Transformers 3: Dark of the Moon yang sedang hangat sekarang. Harap maklum.

malam tenang dalam bicara
senyap suara tiada berbunyi
dalam tenang hati bertanya
duduk di mana mahu berdiri

tidak pungguk petah berkata
burung gelam tampil menari
gelak terduduk para pemberita
apabila peguam disuruh berlari

meraung sakit anak harimau
bengkak gusinya sebelah kiri
mimpi sedikit banyak mengigau
hakim bersuara sebagai saksi

Perbicaraan selalu berlaku dalam diri sendiri. Apa kata kalau sesekali cuba singgah di kamar hati dan mengikuti setiap berbicaraan yang berlangsung. Sudah pasti banyak maklumat dan faedah kepada diri sendiri yang boleh dikutip dan dijadikan bekalan dalam perjalanan.

TehrDemikian kisah 'Perbicaraan Kes' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


41 Comments

  1. zulkbo says:

    salam..
    kiasannya tidak terungkai oleh saya..
    jika gelora di dalam hati..tepuk dada
    tanya akal, guna akal bijaksana..
    molek segala..
    :)
    zulkbo baru je tulis kisah Blogger Copy Paste : Bila Penulis Asal Datang KomenMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      sekadar mengikut hati je, bro
      moga2 akal dapat meluruskannya

    2. adele says:

      salam..samalah kita cik Zul..tak tercapai dek akal rasanya..hehe. tinggi nilai bahasanya ni :)
      adele baru je tulis kisah 8 Permintaan Antara Dua SujudMy Profile

      1. tehr says:

        hehe
        jangan2 penulis sendiri pun tak berapa nak faham :D

        1. Terangkanlah maksud tersiratnya bro.Ajak memuhasabah dirike?
          InfoBuahPinggang baru je tulis kisah Kegagalan Buah Pinggang Bagi Kanak-KanakMy Profile

  2. Baru jer balik tengok transformer tadi. Kematu punggung duduk lama-lama dalam panggung.
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Blogger loses defamation caseMy Profile

    1. tehr says:

      bukakan mata tutuplah dukung
      duduk di depan tidak terlindung
      tidak tertahan kematu punggung
      duduk lama-lama dalam panggung

  3. ghost writer says:

    apakah ada kes sehingga peguam disuruh berlari…?
    ghost writer baru je tulis kisah takut itu bagusMy Profile

    1. tehr says:

      eh, tak ada ke?
      haha
      hahaha

  4. erkkk.. ambo x reti berpantun2 ni…x dok jiwo seni.. ado jiwo ICT jah, heheheh
    aktechpage.com baru je tulis kisah Selamat Ulang Tahun ke – 5 AkTechPage.ComMy Profile

    1. tehr says:

      tak apa, ap
      boleh singgah2 je, sambil minum :D

  5. catzer says:

    erm..aku rasa perbicaraan kes dlm diri aku sendiri ni…mmg tak akan selesai..hahahahaha…
    catzer baru je tulis kisah Don’t Follow me. I’m Lost too!My Profile

    1. tehr says:

      memang takkan selesai selagi tak tutup mata
      dah memang begitu, catzer

  6. ini perbicaaraan yang kurang kos ni sbb tak de legal fees :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Aksi-Aksi Transformers 3My Profile

    1. dnoBiz says:

      dan keputusan nya ikut hati :D
      dnoBiz baru je tulis kisah Peristiwa 13 Mei – Punca tragedi berdarah 13 MeiMy Profile

      1. tehr says:

        ada orang kata
        hati itu raja dalam diri

  7. adele says:

    berbicaralah dgn diri sndiri utk mengenal diri kita lbih jauh.. :)
    adele baru je tulis kisah Aku Tetap Di Sini..My Profile

    1. tehr says:

      perlu cari tempat dan masa sesuai untuk jalankan perbicaraan ni, adele

  8. hafizmd says:

    akal diberi istimewanya manusia
    iman benteng seorang hamba
    tutup mata lelapkah kita
    tutup hati matilah jiwa

    pssst…boleh camni saudara tehr? :D

    1. dnoBiz says:

      heheh aku tertunggu tunggu jawapan dari Tehr :D
      dnoBiz baru je tulis kisah Peristiwa 13 Mei – Punca tragedi berdarah 13 MeiMy Profile

      1. tehr says:

        aku jawab mana yg dapat je, dno :)

    2. tehr says:

      iman benteng seorang hamba
      sabar itu senjata pahlawan
      tertutup hati matilah jiwa
      mati jiwa rugi kehidupan

  9. dnoBiz says:

    Bicara dengan hati…
    Pastikan hati tidak tipu akal… :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Bersih 2.0 – Bahan Letupan Dan Senjata DitemuiMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      ikut hati mati
      ikut akal kekal

  10. lebih baik ikuti perbicaraan di kamar hati sekarang, sebelum tiba perbicaraan akhir kelak, moga2 dengan itu kita dapat selesaikan banyak ‘kes’ melibatkan hati

    1. tehr says:

      betul2
      banyak kes dalam diri yang belum selesai
      ramadan nanti elok sangat buat perbicaraan banyak2

  11. kakyong says:

    terkadang bila terlalu byk bicara dlm jiwa yg tdk didengari orang.. boleh jadi sewel juga…. ;)
    kakyong baru je tulis kisah Suria di Cordoba–promo episod 5My Profile

    1. tehr says:

      haha
      jangan la sampai macam tu, kakyong
      walau pun kita urus perbicaraan
      kita hakim, kita peguam, kita saksi
      tapi… kita masih ada TUAN

  12. akubiomed says:

    Pergi Sarawak mencari Gambir
    Beli Gambir di pekan Serian
    Makin payah faham rasa hati Tehr
    Salah selsema pencetus kekusutan
    akubiomed baru je tulis kisah Jika Google ada jawapan kepada semua soalanMy Profile

    1. tehr says:

      beli gambir di pekan serian
      makan sirih di bandar sibu
      itu selesema cetus kekusutan
      rasa pedih lobang hidungku

      huhu

      1. Mus says:

        e.e.e… pembayang pantun pasal gambir pulak..
        Mus baru je tulis kisah Review: Cara Mudah Menang Top-Up RM30.00My Profile

  13. rajdev says:

    Bab syair pantun ne saya selalu fail time form 3 dulu,masa lepas rest pastu masuk jer dalam kelas cikgu suruh buat dua rangkap pantun ….
    terkucir jgkla tapi ne yang terkeluar dri mulutku”manusa mati meninggalkan,harimau mati meninggalkan belang ,katak mati meninggalkan puru”hehe
    rajdev baru je tulis kisah Pindah HostingMy Profile

    1. tehr says:

      katak mati meninggalkan puru?
      baru dengar ni, radjev :D

  14. fuhh…..
    KA baca 3 kali baru faham.. mula baca apa kaitan dengan wayang & drama, dah 3 kali baca baru faham apa yang bro cuba sampaikan :)
    Kamarul Azri™ baru je tulis kisah Stand up(for the champions)My Profile

  15. sud@is says:

    bicara hati
    cuma jgn tipu diri sendiri
    sud@is baru je tulis kisah Ada Yang TerbalikMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      jangan main tipu, hah

  16. maza says:

    aduh.. sukar hendak membeli ni.. hehehe

    Papan rehal ukiran berona
    Lidah Basah rukuk mujahadah
    Hidup khayal mengekor bencana
    Jiwa resah gelendangan masalah
    maza baru je tulis kisah Cinta Kulapuk dan sahabat handainya…My Profile

    1. tehr says:

      lidah basah rukuk mujahadah
      mata basah mengenang salah

  17. toyol says:

    sskali masuk mahkamah best jugak..
    hehe..
    toyol baru je tulis kisah RAHSIAMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun