Peranan E-Mail Dalam Menjana Pendapatan Online

Dalam membicarakan soal menjana pendapatan secara ‘online’, saya dapati ramai yang gemar menyentuh soal pentingnya SEO, trafik, backlinks dan lain-lain hal yang agak teknikal. Saya akui pendapat ini semua adalah betul dan pengetahuan dalam perkara-perkara teknikal sebegini wajar ditingkatkan oleh mereka-mereka yang benar-benar mahu berjaya dalam menjana pendapatan online. Akan tetapi, anda tidak harus lupa juga perkara-perkara yang mudah dan remeh seperti komunikasi dengan bakal pelanggan. Ini penting terutamanya jika anda mencari pelbagai alternatif bagi menjana pendapatan menerusi blog atau laman web yang anda usahakan sendiri.

Bagi saya e-mail memainkan peranan penting dalam menjana pendapatan online. Oleh itu, pastikan pelawat-pelawat anda boleh menghubungi anda dengan mudah menerusi e-mail dengan meletakkan alamat e-mail anda di laman yang mudah di cari di blog/laman web anda. Gunakan ‘contact form’ jika perlu dan selalulah periksa e-mail anda dan ini termasuk juga yang terdapat di folder spam.

Sekiranya blog anda sudah mempunyai PR yang baik dan trafik yang tinggi, lebih keraplah anda memeriksa e-mail anda. Yang terang-terang ‘spam’ dan menawarkan pendapatan yang luar biasa itu bolehlah anda padam dengan segera. Akan tetapi, diantara e-mail-email itu mungkin terselit tawaran-tawaran yang sesuai untuk blog anda. Antara yang mungkin terselit dalam ‘inbox’ anda adalah tawaran untuk pengiklanan secara ‘sponsored post’, pautan iklan atau membuat review. Cuba jawab seberapa segera tawaran-tawaran sebegini dan rundinglah sebaik-baiknya dengan pihak-pihak yang berminat. Adakalanya ia datang secara terus dari pemilik laman web lain dan adakalanya juga ia di ‘outsource’ kepada pihak ketiga iaitu syarikat-syarikat SEO.

emaliProses rundingan adakalanya memakan masa dan anda hendaklah sabar menjawab pertanyaan-pertanyaan menerusi e-mail yang diterima. Pengiklan mungkin akan cuba mendapatkan harga terendah yang boleh, jadi terpulang kepada anda untuk menetapkan harga yang mahu anda dikenakan. Adakalanya, ia bukan berbentuk wang yang ditawarkan kepada anda tetapi dalam bentuk ‘voucher’ atau lain-lain ‘reward’ yang dirasakan sesuai.

Bergantung kepada jenis iklan atau tawaran yang dikemukakan serta daya tarikan yang ada pada blog anda, anda boleh meminta sehingga RM 1,000 bagi satu iklan ‘sponsored post’. Nilai adalah lebih murah bagi pengiklan Malaysia, namun seperti yang saya katakana tadi, terpulang kepada anda samada mahu menerimanya atau tidak. Pautan secara ‘text’ dan ‘banner’ biasanya lebih mahal kerana posesinya di blog yang lebih mudah dilihat oleh pelawat. Ia juga mengambil ruang pada blog/laman web anda. Oleh itu, pengiklan akan cuma iklankan secara mingguan atau bulanan sahaja. Jika hasil yang terima memuaskan hati mereka, mereka mungkin akan menyambung tempoh iklan lagi.

Oleh itu, janganlah anda abaikan e-mail dan gunakan sebaiknya bagi blog atau laman web anda. Untuk nampak lebih ‘professional’, gunakan juga e-mail yang berdasarkan domain anda sendiri. Contohnya: sales@NamaDomainAnda.Com. Selamat mencuba dan ingat akan peranan e-mail dalam menjana pendapatan online buat anda.


Ismail NMengenai Penulis:
Ismail N adalah seorang blogger yang menulis di laman web Dulu Lain Sekarang Lain. Seorang peminum kopi tegar dan pengemar sukan. Beliau bersedia menjadi ‘Guest Blogger’ kepada mana-mana blog yang berminat.

TehrDemikian kisah 'Peranan E-Mail Dalam Menjana Pendapatan Online' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


21 Comments

  1. Mohd Shubhi says:

    Tips yang sangat baik. Terima kasih sudi berkongsi.
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah 5 langkah jimat minyak keretaMy Profile

  2. email – kaedah penjanaan pendapatan online paling klasik dan evergreen. masih menjadi platform paling terbaik… macam zamri nayan selalu cakap… lepas ni kak suri cuba singkap disebalik siste auto-responder pulak..
    saljuhumairah baru je tulis kisah Pakej Pelamin Angan Ku Cantik dan Murah 2013My Profile

  3. kakiblog says:

    patutlah gaya bahasa agak berbeza dari biasa..penulis jemputan rupanya..

    satu perkongsian hebat nie.
    kakiblog baru je tulis kisah Tak Mungkin Blogger Boleh Kena Tipu di Internet!My Profile

  4. Mula-mula baca agak terkejut jugak. Sejak bila blog ni jadi formal pula. Rupanya penulis jemputan. Hehe.

    Memang email sangat penting untuk berurusan dengan pengiklan di luar sana.
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Baik Hati Pulak Nuffnang Ni Dengan AkuMy Profile

    1. hafizmd says:

      mula2 baca ambe pun terkejut…tp terus teringat ni mesti penulis jempuan =)

      terbaiklah!
      hafizmd baru je tulis kisah Apa kata blogger tentang trafik blog?My Profile

  5. Hafizul says:

    Emm spam tu yang sakit tu kalau masuk dalam inbox emel..kadnag2 mengarut sekali..adoiii
    Hafizul baru je tulis kisah Destinasi Honeymoon Impian Kita Semua – BaliMy Profile

  6. akubiomed says:

    Saya kerap buat semakan kotak email dan pastikan di blog ada email untuk dihubungi seperti disaran oleh bro DLSL. Mana tahu boleh dapat rezeki terpijak.
    akubiomed baru je tulis kisah Sambutan Hari Raya bersama Papa John’s PizzaMy Profile

    1. Ismail N says:

      Psstt.. kawe ada -mail hang dulu, hang tak jawap :wink:
      Ismail N baru je tulis kisah More Than Teachers and EducatorsMy Profile

  7. titan says:

    patutlah..orang lain yang tulis rupanya..haha
    titan baru je tulis kisah Bro, apsal tak letak iklan Nuffnang?My Profile

    1. Ismail N says:

      Menulis sambil minum teh ini.. : D
      Ismail N baru je tulis kisah Top 7 Places worth Visiting in MalaysiaMy Profile

      1. hafizmd says:

        mmg syoklah…teh o kurang manis…fuh!
        hafizmd baru je tulis kisah Apa kata blogger tentang trafik blog?My Profile

  8. cik tom says:

    part kena selalu cek email tue mmg betul sgt..byk offer terlepas sbb ciktom jrg on9 n cek email…huk3..
    cik tom baru je tulis kisah Dari Kuala Pilah, N9 ke Jengka, PahangMy Profile

  9. Yeahahh menjana pendapatan nie is tersangat lah suka hehehehe

    save22 x 2
    MUHAMMAD NOOR FIRDAUS ISKANDAR BIN HAJI BASHAH baru je tulis kisah Sean Kingston – Beautiful Girls VS iskandarXMy Profile

  10. cikgu naman says:

    mula² pelik baca entri ni..lama² dah boleh agak mesti penulis jemputan..hehe
    cikgu naman baru je tulis kisah WW-Kat Sini Ron 95 Tidak DijualMy Profile

  11. Rina says:

    para internet marketing banyak yang memanfaatkan email dalam berpormosi, kalau untuk blog mungkin dengan memperbanyak pelanggan blog kali ya …
    nice share :)
    Rina baru je tulis kisah How To Redirect Visitors By Country IP Address To Specific URLMy Profile

  12. hafizmd says:

    emel mmg penting sgt2..macam2 benda masuk kotak emel ni…antaranya soalan2 yg kadang2 mengganggu minda jugak… =)

    terima kasih bro Ismail berkongsi
    hafizmd baru je tulis kisah Apa kata blogger tentang trafik blog?My Profile

  13. onlajer® says:

    wah nampak gaya aku kena lah gunakan sepenuhnya email ni
    onlajer® baru je tulis kisah Extension WireMy Profile

  14. Bahrain says:

    terima kasih sebab bg tips yang sememangnya sangat berguna. E-mail memang penting bagi memudahkan perhubungan dengan orang luar terutamanya yang berkaitan dengan perniagaan

  15. emel sangat penting, den hari2 akan bukak emel selagi masih online :)
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Renungilah dan BersyukurMy Profile

  16. Semoga suatu hari nanti I dapat email drp syarikat besar utk buat sponsored post
    de engineur™ baru je tulis kisah Calculating power factor from electricity meter readingMy Profile

  17. Lynn™ says:

    PR walaupun melalui email penting juga bila kita berbisnes online ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun