Perak vs Kelantan | Liga Super 2012

Malam ini saingan Liga Super 2012 di Stadium Perak, Ipoh menjadi pilihan tumpuan aku. Kelantan yang sedang mendahului dan menghuni puncak liga akan berkunjung ke Perak dengan misi mengekalkan penguasaan. Perak pula ketika ini berkedudukan kelima.

kelantan vs perak

Selepas 9 perlawanan Kelantan mengumpul 20 mata hasil daripada 6 kemenangan, 2 seri dan satu kekalahan. Perak pula berjaya mengumpul 16 mata hasil 5 kemenangan, seri sekali dan telah mengalami 3 kekalahan. Apa pula keputusan Kelantan lawan Perak kali ini. Harap-harap ada siaran langsung di TV nanti.

Dengar khabar Khairul Fahmi [Apek] cedera dan tidak dapat diturunkan untuk menentang Perak kali ini. Ni yang aku gelabah sikit ni.

UPDATE:
Keputusan perlawanan Liga Super 17.03.2012 (Sabtu).

Perak (0) – (2) Kelantan
Terengganu (6) – (3) Sabah
N. Sembilan (2) – (1) Kedah
Selangor (3) – (0) Kuala Lumpur
Sarawak (0) – (1) Lion XII
Johor FC (1) – (3) T-Team

TehrDemikian kisah 'Perak vs Kelantan | Liga Super 2012' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


20 Comments

  1. ProfHariz says:

    Free Kick Zairul Fitree mmg terbaik :)
    ProfHariz baru je tulis kisah My Pinky MomentsMy Profile

    1. tehr says:

      Memang cantik
      Tak sangka dia yg ambil tendangan

  2. nurmisnan says:

    aku tgk apeks sekarang main tak umphhhh lah skrg..
    agaknya nampak aweks kat muka bola tuh kot.. har3..
    nurmisnan baru je tulis kisah Sehari melayan Tum Tum n JellyMy Profile

    1. tehr says:

      Apek terpaksa berehat sementara

      1. suri says:

        byk gosip byk games tu yg dia lelah semacam heee

  3. floyd says:

    Ahh tidakkkk!

    Namapknya Sabah hampir2 membawa karung balik dari lawatannya ke Terengganu
    floyd baru je tulis kisah Day 28, United go top!My Profile

    1. tehr says:

      Tapi dapat balas gak tu, kan?

  4. azura says:

    kalau Perak lawan Kelantan saya terpaksa sokong Perak sebab kampung saya kat situ….tiada paksaan kan nak kosong mana2 negeri atau kelab er er….jangan marah cikgu
    azura baru je tulis kisah Bosnia Hezergovina memandang tinggi jasa Tun Dr MahathirMy Profile

    1. tehr says:

      Dah menang 2 gol ni tak marah dah…

  5. kakyong says:

    anak kakyong yg 6 tahun tu mlm td ke stadium tgk boleh dgn makcik & pakciknya..

    dia balik jer rumah.. terus cakap “ibu.. perak kalah lah ibu”..

    hmmm… tp dia punya lah seronok, teruja dpt tgk bola kat stadium..
    kakyong baru je tulis kisah Jom jadi geng KAMI BLOGGER MALAYSIAMy Profile

    1. tehr says:

      Memang puas hati kalau dapat ke stadium, kakyong

  6. yas says:

    Aku baru blk dr Bukit Jalil tadi…kt sana pun ada game Selangor Vs KL…tak tau la sapa yg menang….
    yas baru je tulis kisah JUARA RAJA LAWAK EDISI KE 6 2012 – PANDANGAN AKUMy Profile

    1. tehr says:

      Selangor pun menang, yas
      Tahniah

  7. titan says:

    peh..kalau dapat tengok terengganu lawan sabah. mesti best. 9 gol tu..

    apapun, yang penting.selangor menang. yehh!
    titan baru je tulis kisah Lelaki kacak harus tahu puaskan isterinya.My Profile

  8. menang jugak kelantan
    sabree hussin baru je tulis kisah Jadi Pengguna Bijak Dengan Kad PLUSMilesMy Profile

  9. Singsing seluar elak becak
    naik sampan seberang muara
    liga super kelantan dipuncak
    semakin garang semakin mara

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    foder hay silaj silawrap haylaj

  10. suri says:

    itulah penangan Kamuolys heee

  11. suri says:

    saya tgok Kamuolys kat tv jer nak pi sana malas dia ada ajak tapi hok mikir anak rgh lasak hee…

    tak per kali ni jer Kamuolys berjaya di jaraingkan oleh kelantan. akan dtg ipoh kasi balon sama dia cukup2 ngheeee

  12. Ad-Dien says:

    nasib baik kelantan menang ye..hheehe
    Ad-Dien baru je tulis kisah Mandi Wajib/ Junub/ Hadas Besar dan Persoalan BerkaitannyaMy Profile

  13. Ladfe Amir says:

    walaupun aku membesar di perak..tp aku di lahirkan kat kelantan. mmg rasa nak pakai jessey kelantan je
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Istinsyaq Petua Untuk Penyakit ResdungMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun