Penyokong Kelantan Dan Negeri Sembilan

Hari sabtu malam minggu 30.10.2010 nanti, akan berlangsung perlawanan akhir Piala Malaysia yang mempertemukan pasukan Kelantan dengan Negeri Sembilan. Pertemuan kali kedua berturut-turut ini sebagai ulangan pertemuan di perlawanan akhir Piala Malaysia tahun 2009 lepas. Saya tidak mahu mengulas mengenai perlawanan kerana saya sendiri bukanlah seorang pengulas sukan bola sepak. Apa yang menarik minat saya ialah mengenai penyokong kedua-dua pasukan.

kelantan lawan negeri sembilan
bukit jalil medan pertarungan
jikalau kalah pastinya terkilan
menang pula tersenyum tampankelantan lawan negeri sembilan

keduanya bertemu di tahun lalu
negeri 9 gembira kelantan sayu
pertemuan nanti belumlah tentu
ada kejayaan sedang menunggu

di bukit jalil pastinya meriah
hitam dan putih catatan sejarah
harap penyokong usah berbalah
samada menang atau pun kalah

kalau hendak diikutkan hati
segala makhluk kita nak maki
kalau syaitan menguasai diri
segala hidupan dibunuh mati

kelak memandu ke stadium sana
ambil perhatian di jalan raya
dalam gembira bergelak ketawa
anak dan isteri ingatkan juga

Saya amat pasti Stadium Nasional Bukit Jalil akan penuh dengan penyokong Red Budu Warrior’s dari Kelantan dan penyokong Hobeng Jang Hobeng dari Negeri Sembilan, serta penyokong di atas dan di bawah pagar. Harapan saya agar segala kekacauan lalu tidak akan berulang lagi. Perlawanan ini adalah hanya untuk berebut menjadi Juara Piala Malaysia 2010 sahaja. Bola sepak hanyalah satu permainan!

TehrDemikian kisah 'Penyokong Kelantan Dan Negeri Sembilan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


40 Comments

  1. suri says:

    tidak suka pergaduhan tapi lebih selesa tgok dlm keadaan yang aman dan tenteram..

    1. tehr says:

      ya la, suri
      boleh senyum ramai2 sambil kunyah kacang

    2. akubiomed says:

      Bola mana lar boleh menonton dengan aman, kalau senyap tidak ada sorakan tidak meriah lar. Kalau tenis dan golf ye lar boleh senyap-senyap nanti ganggu tumpuan pemain ;-)
      akubiomed baru je tulis kisah Comment on Plugin untuk WordPress by suffer8zineMy Profile

      1. tehr says:

        bising dan sorakan semangat, tak apa, bro
        sorakan perli cari gaduh tu yang bahaya
        terbakar lagi la stadium tu

  2. etomyam says:

    mat leh kata bola ni ‘Funny old game’ hehehe
    dari pagi tadi aku dok adjust tiket, pergi ke bukit jalil ingatkan ada jual, hampa la pulak…
    tahun ni harapnya penonton lebih berdisiplin :D
    etomyam baru je tulis kisah Senarai Indeks Persepsi Rasuah 2010My Profile

    1. tehr says:

      cepat pulak tiket habis, bro
      aku dah pasti kat depan tv je :)

  3. touya says:

    dengar kata harga tiket naik kan ?
    touya baru je tulis kisah Blogger Cafe Ep2My Profile

    1. tehr says:

      kurang periksa la pulak, touya
      tapi ramai yg dah kecewa tak dapat tiket

  4. zulkbo says:

    salam..
    siapa menang pun saya suka
    tidaklah terlalu sangat dengan
    bola tempatan..mungkin terlalu
    kecewa dengan mutu bolasepak
    negara kita..harap yang menang
    jangan jadi arang,yang kalah jangan
    jadi abu…
    zulkbo baru je tulis kisah Gadis Myanmar Dan Vietnam Dalam HidupkuMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      ya la, zul
      harap2 para penonton tak bawa balik muka lebam jumpa anak bini

  5. Amir Izzat says:

    salam..

    semoga perlawanan ini berlangsung dan berakhir tanpa sengketa.

    yg keruh kita buang,yang jernih kita ambil.
    Amir Izzat baru je tulis kisah Kerana Wajah EngkauMy Profile

    1. tehr says:

      yg susahnya, ada orang yg terhibur bila ada pergaduhan
      pelik tapi benar

      1. akubiomed says:

        Sebab ada provokasi tapi memang benar kalau dah duduk didalam stadium dan menonton tv, memang feel dia lain dan semangat pun berkobar-kobar. Sorakan penonton meyebabkan teruja
        akubiomed baru je tulis kisah Comment on Plugin untuk WordPress by suffer8zineMy Profile

        1. tehr says:

          penonton sorak pemin je
          jangan sorak penonton lawan
          bahaya!

  6. sangilapi says:

    utamakan semangat kesukanan walaupun kejuaraan menjadi taruhan :)
    sangilapi baru je tulis kisah cabaran disahutMy Profile

    1. tehr says:

      itulah yg sepatutnya
      harap2 mereka tak akan bergaduh lagi

  7. kami says:

    betul tu bro, main utk memajukan sukan negara bkn memalukan negara.. diharapkan tidak berlaku lg kejadian buruk..
    rasanya bola malaysia semakin disukai ramai..:)
    kami baru je tulis kisah Facebook Maher Zain Lebih Sejuta FansMy Profile

    1. tehr says:

      tak boleh nak bayangkan kalau pengadil juga tumpang bergaduh :)

  8. kakyon says:

    terima kenyataan..siapa yang akak menang. janganlah gadoh2..
    kakyon baru je tulis kisah paul sotong dah mati My Profile

    1. tehr says:

      ya la kakyon
      menang ke, kalah ke, kita sama kita je
      bukan ada orang luar pun

  9. Cik Siti says:

    diharap perlawanan kali ini tiada insiden yg tidak diingini dan bermain dengan semangat kesukanan… kalau taK kita bagi diaorang bola sorang satu…
    Cik Siti baru je tulis kisah Cik Anita Songeh Giveaway.My Profile

    1. tehr says:

      pastu bagi gak tiang gol
      tendang le seberapa banyak gol yang mereka mahu
      hehehe

  10. puteri says:

    er,. kmpius nak sokong mana ni..
    klao diorg lawan Kedah ke.. nak sokong Kedah la
    Ngori v Kedah = Kedah
    Kelntan v Kedah = Kedah

    Ngori
    (tompek den bolajo)
    Kelate
    (hik3…)

    Aihhhh..
    mano sa nk pilih…..??

    ♥♥♥ Entry Puteri Terkini:
    “Tsunami di Sumatera Barat”

    puteri baru je tulis kisah hutang orang kita yang tanggungMy Profile

    1. tehr says:

      puteri sokong kelantan je
      nanti saya belanja minum teh 0 :)

      1. puteri says:

        orait!
        teh o pun ok lah!
        he.he
        puteri baru je tulis kisah kisah si monyetMy Profile

  11. gayahspears says:

    salam bro tehr..
    harap jangan ade pergaduhan sudalah kan???
    Gayah x sokong mane2..huhu.. sebab kecewa johor fc tewas aritu :(
    uwaaa…
    gayahspears baru je tulis kisah Terdiam…My Profile

    1. tehr says:

      sokong kelantan la gayah
      teh 0 free 2 gelas, nak?

  12. padin says:

    Semoga berjaya untuk kedua – dua pasukan.. ye lah, kita nak tengok permainan bola sepak, bukan pergaduhan dan balingan mercun,
    padin baru je tulis kisah Lukisan WangMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, bro
      memang ada orang yg suka bergaduh
      apasal la tak masuk sukan tinju ke, karate ke, judo ke…

  13. Ismail N says:

    Setiap kali final Piala Malaysia meriah betul suasana dan stadium pun penuh. Ini bermakna masih ramai lagi yang meminati bolasepak tempatan. Cuma FAM perlu rebrand balik Liga M agar stadium penuh waktu perlawanan liga jugak.

    Mungkin FAM patut revert balik kepada sistem yg mana cuma pasukan negeri sahaja dalam liga perdana. Kelab2 pula main di Liga yg rendah sikit. Ini kerana emosi penonton berbeza bila pasukan negeri berlawanan antara masing-masing.

    Untuk memastikan negeri2 ada kantung yg cukup untuk mengaji dan mentadbir pasukan masing2, maka tiada turun ke divisyen bawahan buat negeri2 ini. Kalau dah turun divisyen, peminat pun lari lah…

    Amacam?
    Ismail N baru je tulis kisah Peperiksaan Akhir TahunMy Profile

    1. tehr says:

      satu cadangan yang bagus juga untuk difikirkan
      atau pun hapus sahaja pasukan negeri, semua pakai jenama kelab je
      baru nampak stabil

  14. sabri says:

    hrp2 sumenye brjln lncr..jgn ada yg mrusuh sume:)
    sabri baru je tulis kisah Info : 141 InfoTentang CintaMy Profile

    1. tehr says:

      minta2 sangat la aman… :)

  15. kulanz says:

    Harap pemain dan penyokong dapat kawal emosi time tu..
    main bola untuk sukan, hobi.. jangan pula sampai ada yang bergaduh hanya sebab tu
    kulanz baru je tulis kisah Gambar dan Video Seksi Guru TersebarMy Profile

    1. tehr says:

      ya la, bro
      yg masuk stadium dg niat nak bergaduh tu, elok ubah niat, pasang niat lain je :)

  16. G@skoloh says:

    GOMO KELATE GOMO!!
    G@skoloh baru je tulis kisah Erk!! Movie BaruMy Profile

  17. izars says:

    semangat tengok bola kat rumah n kat stadium lain..huhu;p
    izars baru je tulis kisah Buat perangai pekakMy Profile

    1. tehr says:

      saya belum pernah sempat tengok perlawanan akhir di stadium
      huhuhu

      1. izars says:

        saya ada la jugak,sepanjang saya kat sini rasanya lebih dari sekali tengok final kat stadium..abang saya memang sangat semangat so kami adik beradik mesti turun bersorak sama-sama.huhu.
        izars baru je tulis kisah Buat perangai pekakMy Profile

        1. tehr says:

          wah, mesti meriah bila semua turun ke stadium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun