Penumpang Di Pertengahan Jalan

Apa khabar semua? Entri kali ini aku mulakan dengan beberapa soalan. Ada sesiapa yang pernah naik bas ekspres? Pernah terserempak dengan penumpang yang menaiki bas di pertengahan jalan? Pernah jumpa penumpang yang menaiki bas tanpa tiket yang dibeli lebih awal?

jalan

Jalan raya berdekatan dengan simpang ke Engkilili

Kami memulakan perjalanan tepat jam 9.00 pagi di Perhentian Bas Batu Tiga, Kuching. Bas yang selesa dengan kerusi yang besar dan jarak antara kerusi yang lapang. Sebaik sahaja menaiki bas, aku telah melemparkan pujian yang tinggi melangit. Hanya beberapa kerusi sahaja yang kosong.

Beberapa penumpang menaiki bas di Serian dan Engkilili kerana bas dari Kuching ke Sibu memang melalui kawasan ini. Ada juga penumpang yang turun di antara Sri Aman dan Serikei. Apa yang agak janggal bagi aku ialah ada penumpang yang menahan bas di tepian jalan. Ada yang menunjukkan tiket dan ada juga yang hanya mengangkat tangan kosong.

serikei

Perhentian bas Serikei

Kemudian aku sedar, itulah satu-satunya cara bagi mereka kerana untuk pergi membeli tiket adalah amat jauh. Pemandu pula terpaksa mengambil mereka kerana mereka memang amat memerlukan ruang di dalam bas berkenaan. Gagal mendapatkan bas bermakna mereka akan berjalan kaki dalam jarak yang jauh untuk pulang.

TehrDemikian kisah 'Penumpang Di Pertengahan Jalan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


38 Comments

  1. sangilapi says:

    wahh!! bas di sana sudah semakin cantik !

    seingat aku,dulu pemandu bas di sana pakai topi[dah macam pilot pulak] masa tu memang kali pertama aku tengok pemandu bas pakai topi :)

    dulu kerusi bas tu tak macam sekarang,tehr :) kerusi pun tak boleh nak adjust.
    sangilapi baru je tulis kisah bengkel blackberryMy Profile

    1. tehr says:

      bas memang sangat memuaskan, bro
      cuma jalan je yang masih berliku dan agak sempit

  2. serol says:

    tak pernah jumpa org naik dari tengah jalan kalau naik bas ekspress.. tapi bas berhenti2 banyak :D
    serol baru je tulis kisah Saya Menang Domain Giveaway dari Yanmieonlinecom-Ihosterzcom dan CikmincomMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, serol
      pengalaman baru bagi aku

  3. kakyon says:

    kesian mereka yg terlepas bas, kena jln berbatu-batu untuk sampai ke destinasi di tuju..
    kakyon baru je tulis kisah Lawak SengalMy Profile

    1. tehr says:

      memang kesian, kakyon
      jarak penempatan mereka memang jauh

  4. MDHAFiZ.NET says:

    mesti seronok kan naik bas kalau pergi ke sibu, bintulu, miri, mukah… apa lg kalau naik bot express… hahaha… x ajak aku ke???? aku nak ikut boleh x???? hahaha..

    1. tehr says:

      pengalaman baru bagi anak2 aku
      tapi belum sempat bawa mereka naik bot expres menyusuri sungai

  5. padin says:

    hah, ingatkan hantu yang menahan bas di pertengahan jalan, ekekee
    kalau jalan mersing tu memang dah popular hantu tahan kereta

    oo ye ke macam tu, umm yelahkan, kalau xnaik, jauh pulak nak menapak,
    padin baru je tulis kisah padinno @ 2010My Profile

    1. tehr says:

      keadaan, bro
      keadaan yang memaksa jadi begitu
      aku pun tak kisah juga, hanya satu pengalaman baru

  6. dnoBiz says:

    mesti cantik pandangan di sepanjang jalan tu… :D

    Ps : Tehr jangan lupa tangkap gambar banyak banyak dan kongsi kat sini :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Pendedahan Makhluk Hitam – Rahsia terbongkarMy Profile

    1. tehr says:

      cantik dengan hutan, kelapa sawit, lada hitam dan rumah panjang
      kecoh anak2 aku bila nampak rumah panjang

        1. tehr says:

          sempat ambil beberapa keping waktu pulang ke kuching
          nanti aku upload

  7. izanishak says:

    kesian pulak mereka ye. menahan bas tengah jalan, yelah takkan nak menapak pulak semata2 nak dapatkan tiket bas tu. so naik jelah bila bas ekspress lalu~

    1. tehr says:

      tu la pasal, izan
      keadaan memang memaksa jadi begitu

  8. zulkbo says:

    salam..
    dulu sekitar 20 tahun sebelum…
    amalan ini ada juga di bandar Jengka
    sebab banyak Jengka dari 1-23 maka
    kemudahan bas ke bandar kurang ..bas
    express berhenti2 di setiap jengka
    yang ada penumpang sebelum bertolak
    ke lokasi yang jauh seperti Kedah etc..
    zulkbo baru je tulis kisah Menikmati KemenanganMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      sepertinya terlewat 20 tahun la kan
      mungkin kerana sarawak terlalu luas

      1. dnoBiz says:

        Faktor Goegrafi dan polar pendudk menjda salah satu penyebab kenapa pembangunan agak susah untuk dilakukan disana
        dnoBiz baru je tulis kisah Protes – Lelaki terjun dari balkoni Parliment videoMy Profile

        1. tehr says:

          betul tu, bro
          luas satu negeri ni mengalahkan semenanjung

  9. zulkbo says:

    jadi kalau di sana, tak salahkan
    syarikat bas buat begitu lagi..
    cuma hairan setelah hampir
    54 tahun merdeka..??ermmm…
    perlukah perubahan pimpinan?
    zulkbo baru je tulis kisah Menikmati KemenanganMy Profile

    1. tehr says:

      memang tak dapat nak salahkan pemandu/syarikat bas, bro
      mereka juga manusia dan rakyat yang memerlukan kemudahan
      mungkin juga mereka perlu merdeka sekali lagi

      1. Hadi Rofiee says:

        Merdeka sekali lagi..

        p.s: mendalam maksud ayat tu. :-)
        Hadi Rofiee baru je tulis kisah Merokok di dalam kawasan masjidMy Profile

  10. suri says:

    tak ada bas susuh nak bergerak dri satu tempat ke tempat lain..

    1. tehr says:

      satu kemudahan awam yang penting

  11. suri says:

    suri kalau dia outstation dua ke tiga hari suri mesti pekerje balik keje naik bertukar dua buah bas,,

    klu tak der bas susah nk ke tmpat kje…pastu sslu kejar bab sebab bas sllu jalan cpt..baik bos tak kisah sb suri blh balik awl klu dia outstation kt kL huhu..

    1. tehr says:

      bos baik
      harap2 boleh naik gaji tahun baru nanti :D

  12. suri says:

    ingatkan ada penunggu jalan raya nak tumpang naik kete bro tadi nghee…

  13. Hadi Rofiee says:

    Ada baiknya penumpang di tengah jalan diambil, demi kemudahannya. Cuma jangan naik percuma sudahlah. :-)
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Merokok di dalam kawasan masjidMy Profile

    1. tehr says:

      apa yang saya ingat, tak semua yang menahan bas kami naiki akan dibenarkan naik
      alasannya hanya pemandu bas saja yang tahu

  14. bisk says:

    perkara macam nih dah biasa.tapi tak semua bas amalkan pengambilan penumpang di tepi jalan..tetap ada bahaya nya tehr..faham2 lah borneo bukan semua penduduk asal..
    bisk baru je tulis kisah i-sabbah-the assassin grandmasterMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, bisk
      bahayanya tetap ada
      mungkin ini salah satu sebab, tak semua yang menahan bas dibenarkan naik
      mungkin pemandu dah pasti siapa yang patut naik atau tidak

  15. akubiomed says:

    Sistem pengangkutan disana tidak sebaik di Semenanjung jadi perkhidmatan seperti ini dapat membantu. Kalau nak beli tiket pun jauh
    akubiomed baru je tulis kisah Persiapan persekolahan abang NgahMy Profile

  16. zik says:

    cantik pemandangan perhentian bas tuh.. nampak bersih…
    zik baru je tulis kisah Kucing paling garang !!My Profile

  17. Norgadis says:

    Tak pernah naik bas ekspress…
    Mungkin perlu mencuba menaikinya pula lain kali.
    Norgadis baru je tulis kisah Hari Pertama Bercuti Di Kota KinabaluMy Profile

    1. tehr says:

      memang patut dicuba
      suatu pengalaman yang sangat berharga

  18. saiful_96 says:

    berapa jam kuching ke sibu?

  19. Mus says:

    saya pernah melihat gelagat mereka..
    kasihan pun ada..
    Mus baru je tulis kisah Saya Suka Sayur-Sayuran KampungMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun