Penipuan Dan Kezaliman Dalam Perdagangan

Kalau mahu kaya, carilah harta dengan cara berniaga. Banyak rezeki datangnya dari bidang perniagaan dan perdagangan ini. Berbagai jenis perniagaan dijalankan oleh manusia dengan berbagai cara. Lama dahulu, manusia menggunakan sistem barter dalam urusan perdagangan. Kemudian beralih kepada sistem wang dan sekarang pula banyak transaksi perniagaan dilakukan secara elektronik [kad kredit dan perbankan online] sahaja.

untung banyak bila berniaga
boleh berjual apa-apa sahaja
di mana tempat usah perkira
asalkan dapat hasil berganda

gerai kecil di hujung kampung
berjual kuih daripada tepung
terkadang rugi tiadalah untung
mutu ditawar setinggi gunung

kedai runcit di tengah pekan
sedia menjual banyak bekalan
selalu kurang dalam timbangan
kerana mahu lebih keuntungan

bangunan cantik di tengah bandar
bukan sempit sememangnya lebar
sediakan khidmat di dalam sedar
menjual tubuh untungnya besar

pencakar langit di tengah kota
pejabatnya indah modal berjuta
merancang projek di sini sana
selalu terbengkalai pembeli merana

untung banyak mengedar dadah
undang-undang tiada diendah
pegawai tinggi mahu pun rendah
di malam gelap atau pun cerah

sangatlah pelik dunia sekarang
masih berniaga menjual orang
ada diseludup dari seberang
atau hasil hubungan terlarang

Dari sekecil-kecil perniagaan sehinggalah kepada sebesar-besar perniagaan, dari yang halal sehingga kepada yang haram, dari yang bersih kepada yang kotor, manusia sentiasa berfikir bagaimana mahu berniaga dan mendapat keuntungan. Ada juga yang menawarkan tanah di permukaan bulan untuk dijual. Ada sesiapa yang mahu membelinya?

TehrDemikian kisah 'Penipuan Dan Kezaliman Dalam Perdagangan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


48 Comments

  1. syafiq.net says:

    teringat macam mana kes yang pengawal ditangkap dengan 20+ kg ganja tu. huh.
    syafiq.net baru je tulis kisah Selangkah Ke Alam AnalogMy Profile

    1. tehr says:

      …memang dah banyak sangat kes macam tu
      harapkan pagar, pagar pula baham tuan tanah

      1. mestikah ada penipuan dalam dagang?
        lowongan pekerjaan baru je tulis kisah PT Schwalbe Asia Jobs Lippo Cikarang 2010My Profile

        1. tehr says:

          ada yang kata,
          ‘kalau tak menipu, tak akan kaya’
          …sebahagian je

  2. kulanz says:

    berniaga biar kecil, untuk biar sedikit
    yang penting kecil dan sedikit tu bersih..
    kulanz baru je tulis kisah Guru Sandaran Tidak Terlatih Mungkin Akan DiserapMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, kulanz
      keberkatan yang penting
      macam hasil judi, memang tak berkat, habis camtu je

      1. kulanz says:

        hasil judi.. senang nak dapat..
        tapi senang juga nak habis..
        kulanz baru je tulis kisah Siti Balqis dapat “hadiah” permataMy Profile

        1. tehr says:

          memang senang habis
          ada satu masa dulu. budak sebelah rumah menang judi, banyak
          tapi habis dalam beberapa ketika je

  3. wadud@duad says:

    hehe.. kerja yang halal tuh datang dari hati yang ikhlas.. :p
    kalau xde ikhlas dari hati..
    macam mana nak dapatkan hasil yang ikhlas? walaupun dari zahirnya nampak ikhlas..:D

    1. tehr says:

      ikhlas memang tak nampak nak tengok, bro
      hanya Allah je yang tahu

  4. padin says:

    emm tu lah, mereka mengamalkan “matlamat menghalalkan cara”
    lepas ni apa pulak idea “orang2″ ni ya?

    tanah di bulan untuk di jual? keh keh..
    padin baru je tulis kisah DISQUS Punca Blog BeratMy Profile

    1. tehr says:

      ada orang amerika nak jual, ntah sapa aku dah lupa
      kita beli sebelah-menyebelah, nak bro?
      boleh berjiran kat sana

      1. padin says:

        haha jom2
        nanti senang sikit aku nak belajar pantun.. err macamana nak bagi kuar icon ek?
        padin baru je tulis kisah DISQUS Punca Blog BeratMy Profile

        1. tehr says:

          belajar bro, jangan tak belajar
          icon/garavatar ni bro kena daftar dengan http://en.gravatar.com/
          dia perlukan email yang biasa digunakan untuk komen dalam comluv

          [harap kawan2 blogger dapat betulkan kalau saya tersilap]

  5. sangilapi says:

    “tauke lombong” dan tokan ni pun sekarang mengikuti peredaran zaman – bijak menggunakan kemudahan internet mencari pelanggan mahu pun memerangkap mangsa :(
    sangilapi baru je tulis kisah banyak halanganMy Profile

    1. tehr says:

      mereka ni memang orang2 yang bijak sebenarnya, bro
      ada otak, ada kebolehan, ada kemahuan
      cuma tak ada iman je

  6. zulkbo says:

    salam…
    sesekali elok juga kembali ke
    sistem barter ni kan?
    zulkbo baru je tulis kisah Cara Pengiklanan Klasik Yang Di PerbaharuiMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      payah tu, bro zul
      aku hanya ada duit gaji je

  7. afiqbukhari says:

    buat ape beli tanah atas bulan kalau kena pakai baju angkasawan? haha

    cerita Trade tu memang best.. banyak kali tengok pun still x jemu :)
    afiqbukhari baru je tulis kisah Luar Kotak Yang Mendatangkan KemarahanMy Profile

    1. tehr says:

      baju mereka bagi free, afiq
      kalau beli 2 lot, dapat dua helai
      hahaha

  8. ann says:

    cr rezeki dgn cara cept n xberkat, cpt jugaklah rezeki tu hbis…

    1. tehr says:

      betul3x
      debu pun tak tertinggal
      kemungkinan besar tingkan masalah

  9. kami says:

    nabi Muhammad SAW dulu pun berjaya kerana berniaga.. ingat kami pun nak buka kedai le ,tapi modal tak cukup lagi..:)

    1. tehr says:

      cadangan bagus tu, tak apa kumpul modal dulu
      saya doakan semoga berjaya
      insyaallah

  10. p@kcikLie says:

    niaga paling lumayan, seronok..tp memudaratkan …nauzubillah ramai yg memilih jalan ke neraka.

    beli barang tu kalu tawar sikit2 xpe la..ni xjd beli plak , saje suka2..test market…fuh!
    p@kcikLie baru je tulis kisah Cerewet melampauMy Profile

    1. tehr says:

      suka2 test market?
      laa… macam2 hal ada dalam dunia perniagaan ni

  11. gayahspears says:

    salam bro tehr..
    best la n3 nih.. suke baca…
    90% rezeki dtgnya dari perniagaan..
    kalo hidup menipu ja, mmg tak berkat la.. kita kena jujur dgn customer.. baru rezeki tu sentiase ade…
    gayah pon tunggu mase nk bukak gayahspears cybercafe..huhu kalo ade rezeki lebih la.. berminat pulak nk berniaga sndiri…hihi
    ape2 pon zaman dulu tetap sempoi gune sistem bater ja..hahaha
    gayahspears baru je tulis kisah Encik Nuffnang memang baik hatiMy Profile

    1. tehr says:

      wah, senang le nanti cik gayah online
      moga2 dapat dibuka dalam masa terdekat

  12. cikmin says:

    Alhamdulillah…selama lebih sepuluh tahun berniaga ni..kami jujur dalam mengenakan harga… :)

    p.s tehr..sampai dah waktunya tehr pasang share button kat sini..untuk trafik lebih kencang ke sini..
    cikmin baru je tulis kisah My Raya Moments ContestMy Profile

    1. tehr says:

      mak saya berniaga kedai runcit sejak saya kecil
      selalu je beri harga kurang dari harga pasaran
      katanya tak apa, bila ramai orang yang beli, dapat banyak untung juga

      …share button tu, memang bagus cikmin. saya masih dalam proses belajar lagi ni
      thanks

      1. sangilapi says:

        tak silap madlut ada buat entry pasal ni [share button]….kalau tak silap :)

        1. tehr says:

          terima kasih, bro
          nanti saya terjah madlut

  13. MamaYatie says:

    kadang2 manusia duit punya pasal mata jadik buta..mintak dijauhkan kita semua dr sikap demikian
    MamaYatie baru je tulis kisah Proton Waja Replacement vs Waja LancerMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu mama
      sifat tamak tak akan membuat orang bahagia
      hati selalu tak tenteram

  14. suri says:

    jangan ada rasuah pasti rezeki yg kita dapat takan berkat…

    1. tehr says:

      ya la, suri
      rasuah juga satu penipuan

  15. zik says:

    sedang berusaha untk berniaga… tapi kena cukupkan modal… dan juga pelajari selok belok ilmu perniagaan…
    zik baru je tulis kisah Kulit telur pulih kehilangan tulangMy Profile

    1. tehr says:

      cadangan bagus tu zik
      ada beberapa kawan cikgu yang berhenti menjadi guru kerana mahu tumpukan kepada bidang perniagaan

  16. akubiomed says:

    Saya dah beberapa kali gagal kali terakhir meniaga cendawan memang dah balik modal cuma masa fasa 2 ada masalah dengan sewaan premis tak balik modal ;-(
    akubiomed baru je tulis kisah Windows Phone 7 kembali sebagai pesaing kepada Google Androids dan AppleMy Profile

    1. tehr says:

      ada juga kawan2 di sekolah yang mengusahakan cendawan ni secara sambilan
      …cuba lagi, insyaallah untung akan datang juga

  17. apis says:

    apis pun cadang nk mula niaga gak
    apis baru je tulis kisah Guns N’ Roses – November Rain DVD RipMy Profile

  18. gnesop.com says:

    yang haram ni selalu cepat kaya kan?
    bila dah kejar dunia sahaja, ini lah jadinya.. lupa benar atau salah..
    moga dijauhkan.. amin
    gnesop.com baru je tulis kisah Invitation to Premiere Screening of AltitudeMy Profile

    1. tehr says:

      amin
      insyaallah kita tidak termasuk dalam golongan orang2 yg zalim

  19. kakyong says:

    nak buat projek apa ya kalo dpt beli tanah di bulan… ;)
    kakyong baru je tulis kisah Tips untuk melembutkan hati anak-anakMy Profile

    1. tehr says:

      jual kuih bulan je, kakyong
      sapa2 kat bumi ni boleh tempah online
      hehehe

  20. mak aik bulan kat tanah pun nk d jual jgak? mmg dasat kan..
    uruchimaru@kf baru je tulis kisah Laporan Bajet 2011My Profile

    1. tehr says:

      mereka ni memang bisnes dahsyat giler
      ingat bulan tu harta peninggalan datuk dia ke?

  21. ghost writer says:

    sebab tuh dikatakan bahwa pekerjaan nih lar yang paling menguntungkan.tak kisah ia dilakukan dengan cara penipuan atau sejujurnya,apa yang penting ialah keuntungan.
    ghost writer baru je tulis kisah masih lagiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun