Pengkalan Kubor Dan Info Geleri Tengku Anis

Pernah ke Tumpat? Daerah yang terletak di utara negeri Kelantan ini mempunyai penduduk yang padat. Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi pernah tiba di salah sebuah kampung dalam daerah Tumpat iaitu Kampung Laut, seperti yang diceritakan dalam bukunya Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan. Salah sebuah pekan yang terkenal di Tumpat ialah Pengkalan Kubor di pinggir Sungai Golok dan bersempadan dengan Thailand.

jalan-jalan ke Pengkalan Kubur
gerai makan menjadi dapur
bukan tujuan mahu berhibur
hanya sekadar menikmati bubur

Pengkalan Kubur bebas cukai
letaknya pula di tebing sungai
seberang sana pekan Tak Bai
di musim cuti sangatlah ramai

pekan indah mendapat nama
tapak kubur berdekatan kuala
tetapi sekarang sudah tiada
kerana banjir pernah melanda

pistol meletup seberang sana
jantung berdegup di sini juga
kerana mereka satu keluarga
berulang-alik sepanjang masa

pesat membangun bandar baharu
banyak kemudahan ada di situ
berbagai bangsa hidup bersatu
India, Cina, Siam dan Melayu

barang seludup usah dicerita
sama sahaja seluruh negara
polis kastam sentiasa menjaga
walau pun biasa terlepas juga

Info Geleri Tengku Anis yang telah dirasmikan pada tahun 2004 juga terletak di Pengkalan Kubor. Geleri ini menempatkan maklumat mengenai nelayan serta maklumat muka bumi kawasan muara. Kawasan sekitarnya pula sesuai sebagai tempat rekreasi keluarga di waktu petang. Jemputlah singgah kalau datang ke Kelantan.

TehrDemikian kisah 'Pengkalan Kubor Dan Info Geleri Tengku Anis' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun