Pengasas Facebook Dah Kahwin

pengasas facebookPengasas Facebook ialah Mark Zuckerberg. Rasanya semua orang dah tahu, kan? Lahir pada tahun 1984 di New York, kini sudah pun berumur 28 tahun dan baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Bagi aku, memang sedang elok untuk berkahwin bagi umur seorang lelaki.

Pengasas facebook dah berkeluarga
Mark Zuckerberg kini sudah berpunya
Walau pun kaya wangnya beribu juta
Majlis kahwin khabarnya biasa sahaja

Pengguna facebook lain pula terjadi
Memang tak kalah waktu buat kenduri
Hendaknya hebat dalam serba-serbi
Sanggup pula buat hutang sama ceti

Secara peribadi aku memang hairan dengan majlis kenduri kahwin yang besar dan gah ni. Ramai yang bagi alasan ‘kahwin hanya sekali’ dan sebagai kenangan dalam kehidupan. Orang kampung juga dah terikut sama bermewah-mewah hanya kerana tak mahu malu dengan jiran sebelah. Hinggakan ada yang sanggup berhutang bergolok bergadai kerana nak buat majlis kenduri kahwin. Memang tak patut. Itu namanya sengaja buat jerat perkahwinan untuk diri sendiri dan keluarga.

TehrDemikian kisah 'Pengasas Facebook Dah Kahwin' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


32 Comments

  1. nurmisnan says:

    sempoi + simple jer perkahwinan mereka biarpun
    mereka mampu meraikan dgn lebih grand…
    nurmisnan baru je tulis kisah HSBC walkruncycle 2012 – The biggest charity event BruneiMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups,
      nak kata berjimat pun macam tak logik je

  2. hatiputera says:

    dah patut kawin pun ,,,tapi walaupun duit banyak nampak kawin macam biasa jer…x de penaja macam artis kita ke,,hahaha
    hatiputera baru je tulis kisah LELAKI KACAK HANYUT- WWMy Profile

    1. tehramuan says:

      agaknya tak ada siapa berani nak taja :D

  3. Dah lama pon mrk bersama, so kawin ni utk offical jer ehhh…
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Malaysia Got Talent!My Profile

    1. suri says:

      kwn satu kolej dia dulu hee cayalah setia plk tu…bertahun kenai
      suri baru je tulis kisah Aku Di Silap Mata OlehnyaMy Profile

      1. tehramuan says:

        setia sampai ke akhirnya…

  4. mak lagenda says:

    Mak pun setuju dgn tehr. Buat apa majlis besar2an…buat tnggung hutang je
    mak lagenda baru je tulis kisah SALONMy Profile

    1. tehramuan says:

      tu la pasal, mak
      dah tinggal bersama nanti, sama2 cari duit bayar hutang

      1. setuju juga..tp mslah nya sikap org kita sendiri yg suka berlebih2an..mmg mengundang masalh..
        Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Schedule PostsMy Profile

  5. cik tom says:

    sempoi je diorg bt mjls kahwin kan..ramai ingt mjls lain..rupanya mmg mjls kahwin…unexpected…
    cik tom baru je tulis kisah Best Ke Majlis Konvokesyen?My Profile

    1. tehramuan says:

      hehe
      nampak memang tak berlagak mamat sorang ni

  6. b3njy says:

    Nampak gayanya semakin kuranglah lelaki kacak yang bujang ni yer :D
    b3njy baru je tulis kisah MUHAMMAD NAZMI FAIZ MANSOR SAH MILIK SC BEIRA-MARMy Profile

    1. suri says:

      dh kacak nak kacak apa lgi ni..hurm ni tk puas hati..?
      suri baru je tulis kisah Spongebob’s New HomeMy Profile

      1. tehramuan says:

        bertambah geng kita, bro
        lelaki kacak yang dah beristeri :D

  7. mie says:

    kadang2 ada juga keinginan buat mewah2..
    tapi bila pikir balik, ala kadar pun ok…
    hihihi
    mie baru je tulis kisah Wordless Wednesday #15 I’m SailingMy Profile

    1. tehramuan says:

      asal jangan berlebih2, bro

  8. akubiomed says:

    Dari segi kewangan tidak menjadi masalah kepada Mark. Jadi apalagi kahwin sahajalah. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Butik Little Scarf Collections(LSC) memenuhi keinginan wanita muslimahMy Profile

    1. tehramuan says:

      tu la yang ramai dok heran
      majlis kahwinnya tu tak bermewah pun

  9. suri says:

    kawin sempoi namanya saya menyukai weding gini jimat heee akhir org akan tahu gak siapa dia kwin
    suri baru je tulis kisah Senaman Kecantikan HidungMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups
      update je status, satu dunia tahu :D

  10. pengasas rainbowcloudy blogspot entah bila kawen ??
    :D

    1. tehramuan says:

      ya la,
      bila pula pengasas rainbowcloudy dak edar kad :D

  11. donnyien says:

    Tahniah kepada mereka.. Don pun kawin biasa2 je dulu..
    donnyien baru je tulis kisah Wordless Wednesday # BecaMy Profile

    1. tehramuan says:

      aku juga biasa2 je, don
      buat kenduri tanpa ada pelamin pun… :D

  12. onlajer says:

    ntah si dara ke si teruna yang nak buat majlis grand2 ni,tapi rasanya si tut
    onlajer baru je tulis kisah Bab Menjadi Kontraktor Elektrik Yang HebatMy Profile

    1. tehramuan says:

      tut?
      haha

  13. Norizwan says:

    mereka orang yang tersohor di dunia…tapi kahwin simple jer kan…tak perlu begambar sangat….
    Norizwan baru je tulis kisah lima jambatan gantung menakutkan di duniaMy Profile

  14. titan says:

    hoho..sama umur rupanya aku dengan markk..
    titan baru je tulis kisah Lelaki kacak dan Awek Cendol.My Profile

  15. hafidz says:

    senang cerita, kalo dah berhutang tuh pepandai bayar balik yer heh :P
    hafidz baru je tulis kisah Nuffnang Buffered Earnings 9My Profile

  16. shraqs says:

    Jangan pulak sampai berhutang ngan bank banyak sangat dahla,.. seeloknya simpan duit sendiri. Teringat kata dr kawan,.. lepas 5 tahun kawin “isteri dan 3 orang anak kat rumah bukan aku punya, tapi Maybank punya,.. loan belum habis bayar”…. :)
    shraqs baru je tulis kisah Cara – Cara Root Samsung Galaxy Note ICS 4.0 (DXLP9)My Profile

  17. tengok matahari sedang gerhana
    cahaya matahari sangat merah
    walau kaya tapi sederhana
    jangan membazir bermegah-megah

    Agak lama tak ziarah kat blog kamu… Maaf saya cuti panjang tempoh hari…
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy repair door trim kereta
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Diy Repair Doortrim keretaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun