Sesiapa yang tak ada pengalaman kena denda di sekolah memang tak cukup kacak. Dah kurang satu rakaman pengalaman indah yang boleh dikenang sampai bila-bila. Siapa setuju dengan pendapat aku, sila beri senyuman yang paling manis sekali.
bermacam denda boleh dikenang
rakan didenda berdiri terkangkang
ada yang kena duduk di longkang
atau pun dapat pembaris panjang
biasanya dihukum berjalan itik
atau pun berdiri di panas terik
berlari di padang berulang-alik
mungkin sekadar telinga ditarik
biar pun mentari bersinar cerah
pastinya sesekali hujan mencurah
pengalaman kena denda di sekolah
memang seronok sangatlah indah
denda juga berlaku di dalam kelas
tak siap kerja memang tak lepas
pedihnya menahan perut dipulas
terkadang rotan singgah melibas
datang lewat sudah barang tentu
tanggunglah denda daripada cikgu
bagaimana pun marah di ketika itu
tiada dendam tersimpan di kalbu
Mungkin ada antara kita yang tak pernah ada pengalaman kena denda di sekolah. Kalau tak buat salah, dah tentu tak kena denda, kan? Tapi kalau ada, boleh juga dikongsi bersama sambil menyertai pertandingan.
Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan oleh AhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh Azmanisma, Ohbuku, Abrablog.com, PanduanTNX.com dan Contengconteng.com
Demikian kisah 'Pengalaman Kena Denda Di Sekolah' yang sempat Mr TehR tulis untuk kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan untuk Mr TehR boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.
Tweet


salam..
tinggal kenangan yang mendewasakan 

darjah 1-6 rasanya saya tak pernah kena denda
no 1-3 dalam kelas tak pernah lebih..hadiah
dapat tiap-tiap tahun..bila menengah dah start
nakal sikit..berkawan la nih..public caning pernah
kena juga dulu
zulkbo recently posted..Mohon BR1M Dilanjutkan Ke 10 Februari 2012
salam kembali
kadang2 bila dikenang2 time kena denda
rasa lucu pun ada
betul tehr, walau pun kena denda tapi tak pernah simpan dendam dgn cikgu…malah boleh ingat cikgu tu sampai bila2…terima kasih cikgu!
dinar recently posted..Harga emas bakal cecah RM15,735
aku dah lupa cikgu yang bagi denda masa sekolah rendah
dah lama sangat
Biasa tu. masa sekolah memang ada masa kena denda..
zool recently posted..Safee Sali menarik minat kelab Galatasary, PSG dan Pananthinaikos ?
terima seadanya tanpa rasa dendam
Dari sekolah randah sampai menengah semua aku merasa kenan denda..ha3..
Jai recently posted..Bahaya Applikasi Remove Facebook Timeline
kisah suka duka zaman sekolah, jai
X ingat dah kena denda apa, sbb x simpan dendam…hehehehe
Melatiqistyna recently posted..Nasi Lauk You Never Taste Before….
masih ingat denda masa sekolah rendah
tapi dah lupa cikgu yang bagi denda tu
kena denda jarang.. selalu kena penampar cikgu.. berpinau biji mata

rahman recently posted..Dinner di Yankies hut
mujur juga aku tak pernah kena penampar
memang sakit tu
haa berpinau isyh mujur mat atak der apa2 heeee
Aku rasa mesti cikgu tehr banyak mendenda dari kena denda nih…hehehe
#Jgn mare cikgu….gurau2 jerr:)
yas recently posted..Wordless Wednesday – Doa Harian 5 Kali sehari
mana ada, yas
aku ni cikgu yang lemah lembut
[angkat bakul sikit]
ni kes cikgu denda murid atau murid denda cikgu.. hik3…
nurmisnan recently posted..Tips diet – minum banyak air suam
semua ada, nur
Tak kena denda tak kacak la… hahhaha
adamfaiz recently posted..Pengalaman Kena Denda Di Sekolah – Versi MRSM
yups
siapa yang tahan kena denda
memang hebat dan kacak
Yes!! Mak punya komen sama mcm abbt mamacistyna tu. Dah tak ingat kena denda apa..kita lupa sbb kita x pernah simpan dendam kot..
hihihi..student baik la katanya! :p
mak lagenda recently posted..WORDLESS WEDNESDAY : AGENSI MENCARI JODOH
ya la, mak
tak perlu nak simpan dendam segala
semuanya elok je
pengalaman itu yg mendewasakan kita…bila terkenang semula mungkin boleh tersenyum sendiri

kimmie recently posted..Wordless Wednesday 13 – 6666
memang senyum sendiri, bro
lucu je rasa
Salam…yang paling aku ingat hari pertama tingkatan 1. Bising dalam surau. Aku ngadap depan..member semua mengadap aku. Kitorang gelak gila2 dalam surau. Tiba2 member semua cepat2 solat..aku pun pelik…pusing je pang!!!! kena lempang seda dengan cikgu disiplin..huhu…berpinar kejap…hampeh betol kawan2 aku kan?
kawan2 tak sempat nak bagi tau tu, dzul
hhoho..ni mesti rajin denda pelajar. hehe.
ke rajin ajar budak berpantun?
ok. nanti aku update entri ni. lagi satu, sila update bahagian penaja. ada yang tertinggal tu.
titan recently posted..Komisen ke 13 dari Innity
aku mana ada denda pelajar
tak kacak la macam tu
denda cikgu buat kita berubah
pada awalnya marah
dah lama baru tau feadah
tq cikgu bedah
sud@is recently posted..Minyak Angin – Orang Tua
cikgu bedah baik hati
garang tidak sekali
rotan dia takkan beri
hanya disuruh berdiri
WAKAKA.. maza pernah kena rotan, berdiri atas meja, kerusi dan kat luar kelas…
sama ada tak siap kerja sekolah, tak dapat jawab soalan cikgu atau pun bising! hehehhee
maza recently posted..Wordless Wednessday: Tak perlu kata apa-apa! Senyum, Senyum.
semua ada, bro
aku pernah gak kena berdiri depan kelas
cuba mengingati kenangan kena denda di sekolah rendah.. tp x boleh nak ingat apa2… byk kenangan manis yg dlm ingatan..

kakyong recently posted..Ingin membantu sahabat blog
itu yang paling baik, kakyong
ingat yang manis2 je
pernah kena denda berdiri diluar bilik darjah sampai habis masa mata pelajaran tu. Sebab tak buat kerja rumah…ehehe
floyd recently posted..Life, 100 Years From Now
yang ni memang biasa
kira cikgu tu baik juga la
hihi..pernah kena denda masa sekolah rendah masa kelas BI je..
nizam recently posted..Pesanan mesej dari DrMAZA.com
BI ni memang pelajaran maut ni
payah nak lepas dari denda
Saya ada terserempak guru-guru yang pernah mengajar saya dan saya akan tegur mereka.
akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – #Warganegara bertanggungjawab
memang sesuai sangat pelajar tegur guru lebih dahulu
aku sendiri memang susah nak cam bekas pelajar
wajah mereka cepat berubah
ingat nak tanya titan.. seingat saya tak pernah kena denda kat sekolah..dulu sy budak skema..haha .masuk bakul angkat sendiri
camne nak masuk contest ni titan?
ciksembang recently posted..Wordless Wednesday #16 Pokok pun bunting
mana si titan ni?
aku tak tahu nak jawab macam mana
huhu
pepandailah fikir. hehe..tak semestinya kita yang kena denda..pikir luar kotak sikit. janji menepati tema pertandingan.
janji aku suka, itu dah cukup. hoho..
titan recently posted..Jual air jus buah, dapat RM500 sehari.
hahaa kalau buat salah memang kena denda…tapi bila fikir dan kenang, macam kelakar pulak, sedangkan masa kena dulu dalam hati berbulu je ekekee
padin recently posted..Temuduga : Punca Kejayaan
masa tu rasa lambat sangat nak besar
nak balas la tu
sekarang, rasa seronok + lucu je
saya rasa tehr boleh menang ni.. sebab semua jenis denda dah kena
ciksembang recently posted..Wordless Wednesday #16 Pokok pun bunting
rasanya tak kena tajuk lagi ni, cs
pernah juga saya kena denda berdiri bawah panas terik sebab tak siapkan kerja sekolah.. pengalaman berharg tu..
Hairul recently posted..Resepi Kuih Seri Muka Paling Mudah dan Sedap
kalau la tiba2 pitam
gelabah juga cikgu yang bagi denda tu, kan
pernah didenda tendang bola ke dinding dari pagi sampai time lunch.kira time nak balik sekolah lar tuh.letih siuttt..
ghost writer recently posted..menyelimuti tubuh telanjang dengan kabus pagi
biasalah, dulu dulu memang kena denda dengan guru, ada yg berdiri dikerusi la, ada yg kena berdiri didepan kelas la, ada yng kena sapu sampah la, ada yg kena balik lewatlah, heehhe
saya dulu ketua kelas,.. ketua kelas pun kena denda.. dok ramai2 luar kelas.. tapi best jugak, leh ambik angin…
p/s: mula2 cikgu tu kata, masa dia mengajar tumpukan perhatian.. takyah buat nota.. tiba2 satu hari, dia nak tgk buku nota.. memanglah kosong.. separuh kelas kena berdiri kat luar termasuk ketua kelas.. aduyai…
fuad ansari recently posted..KeBiaSaaN BuKaN KeMeSTiaN..
pernah kena denda lari satu padang sekolah…..huhuhu sebab tak siapkan kerja sekolah….. malunya Allah sahaja yang tahu
Cik Siti recently posted..I’m back
Kalau lari seorang-seorang memang malu tetapi kalau ramai-ramai seronok OOOooo
b3njy recently posted..KALAU JODOH TIDAK KEMANA
Saya ada pengalaman kena denda berdiri di tengah panas tapi kitaorang tak salah, anak dia yang menyanyi melalak, kitaorang yang bercerita ramai-ramai plak kena denda.

lunaticg recently posted..Do you know this BNM girl?
Biasalah tu bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu di gelas

b3njy recently posted..KALAU JODOH TIDAK KEMANA
Wow ! hebatlah pantun cikgu ni … bila Benjy baca macam terasa makan cili pula, pedas rasanya ….

b3njy recently posted..KALAU JODOH TIDAK KEMANA
Sekarang ni Tehr dah jadi cikgu …. berapa ramai murid yang cikgu dah denda … ?
b3njy recently posted..KALAU JODOH TIDAK KEMANA
Cikgu Tehr pernah rotan murid tak ? … haaa ! baik ngaku jangan sorok2 dosa tau

b3njy recently posted..KALAU JODOH TIDAK KEMANA
macam-macam denda tuh.. huhu. rindu zaman sekolah.
eiela recently posted..Penyamun Yang Berbudi Bahasa
terbaiklah cikgu!
syok baca pantun camni, santai jer rase =)
kalau tak dapat rotan, cubit tu sudah pasti…hehe
hafizmd recently posted..Siri 2: Ambil kesempatan atas 10 blogger ini
cubit sakit..apatah lagi kena libas heeee
Saya tak kisah bab kena denda tu,.. tapi citer dalam pantun memang tip top la cikgu.. kagum betul dibuatnya. Bukan senang nak berpantun ni… Syabas!
shraqs recently posted..i-City.. Here I Come
surat cinta sampul kertas
sampai hajat lapang dada
hirap rokok dalam tandas
kantoi warden nahas didenda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami…
prosedur motorsikal naik flight
siap berpantun lagi tu..
ohcikgu recently posted..Punca pelajar menengah gagal membaca, menulis – Hassan Salleh
banyak pengalaman ye. ni slalu kena denda ke? hehe
Khidhir recently posted..VPN Percuma Terbaik
kalo dulu kena denda.xde la sampai mak ayah masuk campur..tp karang ni,kalo anak2 kena jentik sket je ngan cikgu…kecoh satu sekolah..ehehe..silap2 cikgu leh kena saman =)
chii recently posted..Kecantikan Luar & Dalam
[...] kena denda di Sekolah 30. Jai – Pengalaman kena denda di Sekolah Rendah dan Menengah 31. Tehr – Pengalaman kena denda di Sekolah Masih ada 5 hari lagi sebelum cabaran ini tamat. Jangan terlambat aa. Yang pasti, memang aku akan [...]
[...] kena denda di Sekolah 30. Jai – Pengalaman kena denda di Sekolah Rendah dan Menengah 31. Tehr – Pengalaman kena denda di Sekolah Update Hadiah: 1. RM70 + 3 buku Mitch Albom + Buku Nota Contengconteng.com 2. RM50 + buku [...]