Pengalaman Kena Denda Di Sekolah Rendah

Beberapa hari lepas aku ada lepaskan satu entri yang bertajuk Pengalaman Kena Denda Di Sekolah untuk menyahut cabaran rakan blogger Titan. Dalam entri tu aku hanya tulis beberapa jenis denda yang berlaku di sekolah setakat yang aku tahu, bukan denda yang aku sendiri terima. Kisah sebenar pengalaman aku kena denda di sekolah ada di bawah. :D

Seingat aku, pengalaman kena denda di sekolah rendah dahulu hanya sekali sahaja. Mungkin juga ada banyak kali aku kena denda di sekolah, tapi aku paling ingat yang satu ini je. Cerita lengkap aku dah tak ingat dengan jelas, yang aku boleh ceritakan ialah aku tumpang kawan main jet kertas dalam kelas. Rasanya kami dua orang je yang main dan kena denda.

Pengalaman Kena Denda Di Sekolah

Dah nak jadi cerita, sedang kami seronok bergilir-gilir jadi juruterbang jet pejuang, cikgu datang masuk kelas [aku dah lupa nama cikgu tu]. Apa nak dikata lagi, tak perlu soal jawab, tak perlu nak berdalih. Alasan apa pun tak akan jadi logik dan tak akan diterima. Hari itu kami dapat pengalaman baru, kena denda di sekolah!

Aku kena denda berdiri depan kelas saja sebab aku hanya tumpang main jet kertas tu. Kawan aku yang kacak dan bijak membuat jet tu memang kena teruk. Terpaksa kunyah jet kertas sampai lumat! Fuh, aku tengok mulut kawan aku tu penuh semacam dengan pipi kembang kiri kanan. Mata dia nampak terbuka luas sikit, gaya macam orang nak muntah. Hahaha… Tapi ketika kena denda tu tidak la aku gelak besar, takut weh!

Hahaha… Hilang kacak kawan aku di sekolah hari tu serentak dengan hilangnya jet kertas dalam mulut dia. Pengalaman baik punya! Dengan jet, dengan enjin jet, tayar jet, semua hilang. Hahaha…

Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan oleh AhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh Azmanisma, Ohbuku, Abrablog.comPanduanTNX.com dan Contengconteng.com

TehrDemikian kisah 'Pengalaman Kena Denda Di Sekolah Rendah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


46 Comments

  1. ahmad kamil says:

    hehehehe…TR kire nakal juga masa sekolah dulu ek.

    nnt teman nk cerita pengalaman teman kena denda juga. (^_^)
    ahmad kamil baru je tulis kisah Rene El Loco HiguitaMy Profile

    1. tehr says:

      Budak2 memang selalu buat hal, bro

  2. lunaticg says:

    Pengalaman itulah yang mendewasakan kita kan?
    Budak2 zaman sekarang, cikgu nak denda pun takut.
    lunaticg baru je tulis kisah Where to get Malaysia new currency?My Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal
      ada yg terus ponteng sekolah kerana takut kena denda

  3. yas says:

    Mak aihh…boleh tahan juga denda yang cikgu tu suruh buat ehh…nak x nak kena buat jugak la sbb takut..he3x!!
    yas baru je tulis kisah Contest Blog Azmanisma – Aku Pun Ada Cerita…Kau Ada?My Profile

    1. tehr says:

      mungkin sebab tu la aku ingat denda ni
      pelik sangat

  4. chii says:

    kunyah sampai lumat?? mmg berair ar mata nak kunyah kertas kan..teruk gak denda yg kawan cikgu tu kena
    chii baru je tulis kisah Pilih kasihMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      payah gak nak lumat kertas sehelai tu :-)

  5. zulkbo says:

    salam..
    ha ha..setahu saya sekolah rendah
    dahulu saya cukup berdisiplin..
    suka belajar..tak suka merapu..
    keputusan exam selalu dapat
    no-1 hingga 3 sahaja setiap tahun
    dan tiap2 tahun ambil hadiah :)
    zulkbo baru je tulis kisah Akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) 26 : Senarai LaguMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      tak pernah dapat no 1
      paling bagus no 6 je
      no 1-5 budak perempuan kontrol
      huhu

      1. yas says:

        no 6 pun dh kir bagus tu bro….top ten tu:)
        yas baru je tulis kisah Kes Kanak-Kanak Diculik – Penjenayah Mati DiTembakMy Profile

  6. padin says:

    mueheheee.. lebih kurg cikgu di sekolah aku je,
    kawan2 main bola kertas dalam kelas, last kena makan kertas tu,
    tak masuk akal betul denda, bagi lah makan nasik ke, ayam ke ye tak
    padin baru je tulis kisah Di Sebalik KomediMy Profile

    1. tehr says:

      sebab tak masuk akal la yg buat aku ingat sampai sekarang
      haha mmg lucu

  7. Norizwan says:

    fuhh hebat pengalaman bro….
    Norizwan baru je tulis kisah Gempa bumi besar diramal gegar Tokyo waktu terdekatMy Profile

    1. tehr says:

      pengalaman jadi budak sekolah
      macam2 hal ada :-)

  8. hatiputera says:

    boleh tahan nakalnya tehr nie yer,,pengalaman sekolah masa kecik sukar dilupakan,,,
    hatiputera baru je tulis kisah Samsung Galaxy NoteMy Profile

    1. tehr says:

      memang payah nak lupa
      tambah lagi kalau yg pelik2

  9. adele says:

    tak nak lah buka pekung di dada..haha..aku budak jahat dulu walaupun ketua pelajar…benci zaman dulu :D
    adele baru je tulis kisah Manusia JahatMy Profile

    1. tehr says:

      alaa…
      cerita la, adele
      nak gak tumpang gelak ni :-)

  10. Razlan says:

    Seingat dulu2 kena denda tok ketampi 60 kali pasal tak siap kerje rumah,krem abis kaki ..hihi
    Razlan baru je tulis kisah 4 Contoh Soalan Temuduga-Kerja KerajaanMy Profile

    1. tehr says:

      denda berat juga tu
      dah la petang nanti tak boleh nak sepak bola
      huhu

  11. LadyBird says:

    cikgu tehr.. kenapa kene denda jugak walaupun main bukan ade cikgu mengajar kan?
    dhla kene mkn kertas.. cikgu tu x th ke kat kertas tu ade karbon yg bahaya jika ditelan..
    LadyBird baru je tulis kisah Senyum itu Ubat Segala KeperitanMy Profile

    1. tehr says:

      denda tetap denda sebab main dalam kelas
      kertas tu rasanya koyak dari buku latihan
      tak ada karbon :D

  12. Hairul says:

    wah sekali je kena bro.. nie mesti bro Tehr nie budak baik orgnya.. :D
    Hairul baru je tulis kisah Kekerapan mewarnakan rambut boleh menyebabkan kanserMy Profile

    1. tehr says:

      rasanya banyak kali
      tapi yang paling aku ingat, kes makan jet ni je
      sebab luar biasa :D

  13. Cik Siti says:

    yang paling best dan popular berdiri atas bangku…kalau yang duduk bawah kipastu kena bawa kerusi belakang kelas dan berdiri atas bangku
    Cik Siti baru je tulis kisah Mungkin perasaannya…My Profile

    1. tehr says:

      ok lagi tu
      ada yang kena berdiri atas lantai sambil junjung kerusi
      penat tuuuuu

    1. tehr says:

      yups, banyak kali
      kes makan jet ni paling teruk dan lucu
      huhu

  14. ShashaCahaya says:

    Hahaha… Kelakar, tapi kesian sebab kena makan kertas. Ada ke patut cikgu tu suruh makan kertas….
    Saya dulu selalu kena denda kena rotan, rotan tangan, rotan punggung. Sakit oooo…

    P/s: Sapa menang takleh nak ckp lagi.
    Biasa tehr tgk f1 kat circuit mana?
    tehr sokong sapa atau team mana?
    ShashaCahaya baru je tulis kisah Raikkonen kembali ke F1 dengan aksi ujian persendirian di ValenciaMy Profile

    1. tehr says:

      ntah la cikgu tu
      ingat boleh kenyang ke makan kertas

      selalunya saya sokong ferari
      tinggal kat kelantan ni, layan f1 kat tv je :D

  15. dnoBiz says:

    nasib bai la buat jet kertas…
    kalau jet kayu ke, besi ke… macam mana la rupa kawan Tehr tu :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Pemandu berbahaya – Polis sedia timbang penjara mandatoriMy Profile

    1. tehr says:

      kalau kena kunyah kayu
      rasanya kawan aku tu lari pulang
      rumah dia dekat je dengan sekolah :-)

  16. rahman says:

    aku tak suka kena denda.. lagi best kena rotan, sakit kejap jer
    rahman baru je tulis kisah Jambatan Kampung Linsum, Rantau Negeri SembilanMy Profile

    1. tehr says:

      kena rotan pedih tu, bro
      bagi aku hukuman rotan hanya utk kes berat je

  17. Melatiqistyna says:

    Ahahaha…. Sib baik x kena bagi dua jet tu, kunyah sikit sorg :D
    Melatiqistyna baru je tulis kisah Camping Sempena CNY… :D My Profile

    1. tehr says:

      dah elok tu, melati
      aku tumpang main je :-)

  18. ghost writer says:

    zaman sekolah rendah aku dengan bro rasanya tak jauh mana.dan disiplin yang kuat pun rasanya masih tak berapa berkesan.memang time lasak masa tuh.
    ghost writer baru je tulis kisah Apa yang lucu dengan kehidupan?My Profile

    1. tehr says:

      ya la, ghost
      budak dulu2 memang agak lasak tak macam sekarang ni
      aku pernah tenung je sorang budak lelaki
      menangis dia tu
      kesian pulak :-)

  19. maza says:

    wwakaka.. pengalaman yg begitu berharga … hehehe

    maza sekadar kena rotan, berdiri atas bangku, meja dan junjung buku.. huhuhu

    hazab sehh.. hahahhaa
    maza baru je tulis kisah Kerajaan Selangor Sampah: Kes Kajian Tasik Biru, Kundang, SelangorMy Profile

  20. hantar memo guna faxs
    salah hantar lain keluar
    Selalu tinggal buku teks
    kena denda berdiri diluar

    jauh perjalanan kelana berkuda
    rombongan besar diiring nobat
    suka mengurat cekgu muda
    respon tiada penampar yang dapat

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    demam hyperthermia hypothermia

  21. hafizmd says:

    hadoi…siap kene telan tu…tp mesti tak kecoh2 kan?

    kalau budak sekarang cikgu suruh telan, siaplah, siap2 cikgu pulak yg kena telan duster tuh…huhu
    hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #8 Oh!My Profile

  22. akubiomed says:

    Aduhai kena kunyah kapal terbang kertas yang dibuat. :-)

  23. kulanz says:

    hahaha.. bab kunyah kertas tu yang tak tahan.. terus teringat seorang kawan aku waktu sekolah rendah dulu.. kena suruh kunyah kad manila.. lagi sengsara dia :D
    kulanz baru je tulis kisah Suara Aneh di Langit – Teori dan PandanganMy Profile

  24. kakyong says:

    kawan tu kunyah & telan ke kertas jet tu.. adoi la..

    ish ish… takat saya sekolah dulu.. paling2 pun cikgu suruh junjung kerusi, ronda 1 laluan koridor/tepi kelas sekolah.. hahaha… malu besor kalo kena camtu..
    kakyong baru je tulis kisah Bantu anak yang tercicir pelajaranMy Profile

  25. Zezebel Lair says:

    Kesian dia kena makan jet…. ;)
    Tu mesti dah terdesak kan? Hihihihi
    Zezebel Lair baru je tulis kisah Pengalaman Kena denda di SekolahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun