Pengalaman Kena Denda Di Sekolah Menengah

Hampir dengan tarikh peperiksaan SPM sekali lagi aku dapat pengalaman kena denda di sekolah. Sebenarnya aku tak tahu sama sekali apa yang kami lakukan adalah salah dan menjadi larangan di sekolah. Lagi pun aku bukannya hafal semua peraturan sekolah masa tu.

Ceritanya macam ni. Sepupu aku ada bernazar untuk botakkan kepala. Jadi dia minta kawan karib kami tolong cukur atau botakkan kepala dia. Kawan kami ni tinggal dekat kampung sebelah, ada dalam 2 km dari rumah kami. Petang tu kami berdua kayuh basikal ke kampung sebelah dengan harapan dapat pengalaman baru.

Botakkan kepala tak payah mana pun. Selepas rambut digunting pendek, proses membotakkan kepala dijalankan dengan jayanya. Dah nak jadi cerita, selesai je kepala sepupu aku botak licin, kawan aku juga mahu turut sama botakkan kepala. Dua sahabat botak licin. Memang lucu aku lihat dua botak tu. Entah apa jin datang merasuk, aku juga turut sama botakkan kepala. Sekarang dah jadi tiga budak botak. Kami bertiga ni memang rakan karib. Jadi memang sesuai sangat la…

tiga budak botak
dalam satu darjah
memang kena gelak
oleh warga sekolah

tiga budak botak
kepala sudah licin
kini sudah nampak
oleh cikgu disiplin

Tiga budak botak dalam satu kelas! Memang three stooges betul. Aku dah tak ingat bagaimana suasana dalam kelas ketika itu. Apa yang aku ingat, kami kena denda di sekolah oleh cikgu disiplin yang mengajar Bahasa Melayu. Kami kena denda keluar kelas!

Seminggu juga kami bersenang-senang makan angin di kantin sekolah. Setiap hari, sebelum cikgu disiplin masuk mengajar, kami dah siap keluar. Kami memang tiga budak botak yang tak suka marah-marah walau pun kena denda. Cukup seminggu berbulan madu di kantin, kami dijemput masuk ke kelas kembali. :D

Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan oleh AhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh Azmanisma, Ohbuku, Abrablog.com, PanduanTNX.com dan Contengconteng.com

TehrDemikian kisah 'Pengalaman Kena Denda Di Sekolah Menengah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


59 Comments

  1. lunaticg says:

    Kenapalah semua blogger ni jadi nakal-nakal dua tiga hari ni?
    Hahahahaha…. :D :D :D
    Botak.., botak jangan sebut tau.
    lunaticg baru je tulis kisah Top 5 KL must visit placeMy Profile

    1. akubiomed says:

      Kalau tidak nakal tidak ada pengalaman yang dapat diingati
      akubiomed baru je tulis kisah Pembuangan bayi apa kes?My Profile

      1. tehr says:

        budak2 yang nakal biasa je, bro
        tapi kalau bapak budak yang nakal
        memang nak kena tu :D

        1. adamfaiz says:

          Adakah pengaruh Kojak menyebabkan terjadinya perkara ini?
          adamfaiz baru je tulis kisah Nasib Hafiz Lebih Baik Dari Pelajar TahfizMy Profile

  2. Melatiqistyna says:

    Owh, xleh botakkan rambut ek? Xtau plak…hehehehe
    Melatiqistyna baru je tulis kisah Hafiz – Awan Nano, Juara AJL ke 26….My Profile

    1. tehr says:

      tu la
      aku pun tak tahu ada peraturan macam tu

      1. chii says:

        rasanya boleh..tp kena tinggalkan satu inci kot..sebab kalo botak sgt..jd cm toyol kot..ekekee :p
        chii baru je tulis kisah Kerja KerjaMy Profile

  3. hafizmd says:

    tiga budak botak
    kena duduk luar kelas
    tiga2 tak suka memberontak
    sorang sekarang selalu dlm kekas
    hafizmd baru je tulis kisah Selongkar dapurMy Profile

    1. tehr says:

      satu budak botak jadi bisnesmen
      aku jadi cikgu tetapi tidak garang
      yang sorang lagi sebagai posmen
      sudah putus hubungan sekarang

  4. yas says:

    Dah nampak sikit2 kenakalan cikgu tehr semasa disekolah dulu…hehehe
    yas baru je tulis kisah Paintball Bukit Cherakah – 28-01-2012My Profile

    1. tehr says:

      lain kali kita cerita kes nakal lepas sekolah pulak :D

  5. shraqs says:

    Gaya skinhead ke?
    shraqs baru je tulis kisah Di Sebalik iPhone TrademarkMy Profile

    1. tehr says:

      gaya kojak
      licin sama sekali

  6. shameel says:

    botak adakalanya lebih macho dan menawan. Dulu pernah juga kena denda dgn cikgu disiplin sbb bergaduh dgn rakan2.
    shameel baru je tulis kisah Al-Quran dibuang Macam SampahMy Profile

    1. tehr says:

      tu la yang aku heran
      kenapa la cikgu tu jeles dengan kami :D

      1. chii says:

        dia jeles sebab x nampak hensem kalo botak kot :p
        chii baru je tulis kisah Kerja KerjaMy Profile

  7. dinar says:

    nasib baik tehr tak jadi cikgu disiplin sekarang ni ye…
    dinar baru je tulis kisah Emas dijangka "bullish" minggu depan.My Profile

    1. tehr says:

      haha
      memang nasib baik sangat tu

  8. zool says:

    oo jahat ini budak botak. mau jadi skinhead ka??
    zool baru je tulis kisah Bila pasukan pilihan kena bahanMy Profile

    1. tehr says:

      bukan jahat, bro
      silap tindakan je :D

  9. kimmie says:

    rasanya sebab cikgu tu tak tahan silau, jadi suruh 3 org murid yg botak ni keluar kelas dulu, selepas seminggu mungkin rambut dah tumbuh sikit di kepala, jadi boleh masuk kelas balik. Dah kurang silaunya :)
    kimmie baru je tulis kisah Tukar template baruMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      lepas seminggu bila rambut mula tumbuh
      tak selesa bila tidur
      melekat kat bantal je rasanya :D

    2. chii says:

      ahahah..mungkin juga la tu kan ;p
      chii baru je tulis kisah Kerja KerjaMy Profile

  10. b3njy says:

    Kalau tak silap rambut tak boleh kena botak … kalau nak potong pendek mesti rambut no 1 sahaja yang disenarkan
    b3njy baru je tulis kisah ‘CONTENT IS THE KING’ PADA PANDANGAN BENJYMy Profile

    1. tehr says:

      mungkin ada betulnya, bro

  11. ohcikgu says:

    hehe..sejak bila botak jadi satu kesalahan plak nih. hehe..
    ohcikgu baru je tulis kisah Cara nak pujuk Cikgu-cikgu comel yang merajuk..My Profile

    1. tehr says:

      tak tahu la
      cikgu disiplin tu selalu juga marahkan kami sebab rambut panjang
      mungkin juga sebab kami botakkan kepala serentak dan dia ingat kami perli atau protes :D

  12. sud@is says:

    hehe…botak dah jadi glamour lani macam FBI
    sud@is baru je tulis kisah Hebat SedekahMy Profile

    1. suri says:

      ha..tak payah beli krim rambot hee..jimat pun ia

      1. tehr says:

        hanya sekali tu je aku botakkan kepala :D

  13. anja says:

    First time is always been exciting and adventurous that we feel, But first experience in high school is probably the most beautiful feeling we/I had.

    1. tehr says:

      one of my best memories :D

  14. mancai says:

    botakkan kepala memang best.. ringan je kepala…. huhuhu..

    1. suri says:

      tak perlu memikirkan syampu klpa sllu heee..

      1. tehr says:

        memang banyak ‘kemudahannya’
        haha

  15. suri says:

    seksi llki borak klpa :)

    1. tehr says:

      haha
      silap gaya jadi seksa

  16. maza says:

    Hahahha.. memang terbaik lah cerita ni.. bikin maza tersenyum sendirian.. hahahahhaa

    psst: maza juga pernah botakan kepala, pun alkisah bayar nazar ahaks.. lalalala
    maza baru je tulis kisah Najwa Latif, Cinta Muka Buku, Tutti Frutti, AJL ke-26,My Profile

    1. tehr says:

      memang kenangan terindah tu, bro

  17. mie says:

    gue penah dipaksa botakkan rambut..
    habis hilang macho ni..
    aahahhaaa
    mie baru je tulis kisah Akulah Penari "Malaysia Airlines Flashmob"My Profile

    1. tehr says:

      pulak!
      siapa yang paksa, bro?

  18. Lucu betullah cerita ni. Patutlah kena denda, kononnya nak kelainan, tapi dah jadi perhatian pulak!

    1. tehr says:

      memang jadi perhatian ramai :D
      masa melayan denda di kantin juga jadi perhatian pelajar lain
      huhu

  19. kalau pakai songkok ok kot buat cover botak tu kan hhe
    sabree hussin baru je tulis kisah Diari Seorang Penulis Blog 2 : Dreamer.. Atau Super BloggerMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu
      tapi tak pula kami terlintas nak pakai songkok
      tak sangka ia jadi kesalahan

  20. mak lagenda says:

    sekarang ni, cik abg tehr masih motak lg tak?? Hihihi
    mak lagenda baru je tulis kisah O.M.G. RASA ITU DATANG LAGI!!My Profile

    1. tehr says:

      tak gitu lagi, mak
      sekarang dengan rambut pendek yang dah bertahun tak bersikat :D

  21. Cyza says:

    Hehe…rasanya gerek juga cara denda tu diberikan. Rilek apa…takyah susah2 nak belajar,..hehe
    Cyza baru je tulis kisah Pulai Desaru Beach Resort Treat – Part 2My Profile

    1. tehr says:

      haha
      seminggu juga tu kami dapat ‘cuti’ :D

  22. hatiputera says:

    sekarang nie macam fesyen komando ke,,, :D
    hatiputera baru je tulis kisah Apa cerita Samsung Galaxy S3My Profile

    1. tehr says:

      fesyen kojak, bro
      haha

  23. rahman says:

    kalau botak time mandi mesti tak best :)
    rahman baru je tulis kisah Rawatan Oleh Ashraf MuslimMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      memang sangat tak best
      tak rasa air pun
      jirus je hilang :D

  24. zulkbo says:

    salam..
    saya sendiri pun di sekolah menengahlah
    yang paling banyak kena denda..pengaruh berkawan
    tapi alhamdulillah..kenakalan kami ada batasnya..
    semua pun jadi “orang” akhirnya :)
    zulkbo baru je tulis kisah Cara Memohon Skim (SARA) Amanah Rakyat 1 MalaysiaMy Profile

  25. Ad-Dien says:

    Masa sekolah jarang kena denda…hehe…
    cikgu tehr ni rajin denda pelajar tak?? :)
    Ad-Dien baru je tulis kisah 22 Kesalahan Dalam Memberi Nama AnakMy Profile

  26. kakyong says:

    kalo dedulu kita panggil kojack..

    eh, memang x leh botak ke masa sek..

    masa kakyong sek men dulu, ade kawan dia dibotakkan oleh cikgu sebab mandi dlm tangki air asrama… :p
    kakyong baru je tulis kisah Review Miecyber’s BlogMy Profile

  27. titan says:

    hehe..cepat potong si yas tu..
    titan baru je tulis kisah Ok. Apa itu Acai Berry?My Profile

  28. kulanz says:

    masa sekolah kalau kena denda keluar kelas lagi senang hati.. tambah-tambah ada 3 orang.. memang meriah tu, hahaha
    kulanz baru je tulis kisah Jalan-Jalan ke Muzium Sejarah Cina, KuchingMy Profile

  29. Norizwan says:

    haha…botak kepala memang best sangat…mandi sekali jirus…tanpa menggunakan saympu…halussssss saja…:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun