Pendek Atau Panjang

Pendek atau panjang yang mana satu menjadi keutamaan? Aku percaya kita sentiasa diberi pilihan untuk memilih apa yang kita mahu. Mahu yang pendek atau mahu yang panjang.

Apa yang pendek, Mr tehr? Apa pula yang panjang?

Tajuk entri yang panjang adalah lebih baik untuk SEO berbanding tajuk yang pendek. Itu kata otai blogger. Aku tak tahu pendapat ini benar atau tidak kerana tidak pernah mengkajinya. Aku pernah menulis dua entri dengan tajuk paling pendek iaitu “Air” dan “Mat”. Hanya 3 huruf sahaja. Tajuk paling panjang yang pernah aku tulis setakat ini ialah “Senarai Pemain Di Perlawanan Akhir Badminton Kejohanan Dunia 2011″, sebanyak 65 aksara. :D

kunci

kecil jangan disangka anak
besar jangan disangka bapa
biasa apa yang kita nampak
rumah besar hidup bahagia

pendek akal kurang berfaedah
panjang tangan tidak berguna
semua apa yang nampak indah
belum pasti yang itu sempurna

Pendek atau panjang bukan satu keutamaan. Apa yang lebih utama adalah keberkatan dan hasil yang diperolehi dari apa yang pendek dan panjang itu. Sama dengan umur kita, umur pendek yang berkat dan mendapat keredhaan Allah adalah lebih utama berbanding dengan umur panjang yang dipenuhi dengan maksiat.

Ada yang mahu umur pendek? Tak ada, kan? Di bulan Ramadhan yang mulia ini, sama-samalah kita panjatkan doa moga-moga diberikan umur panjang yang penuh berkat. Insya-Allah.

TehrDemikian kisah 'Pendek Atau Panjang' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


29 Comments

  1. mencari keberkatan tu yg terbaik.. :)

    p/s: tp dgr kata utk seo kene lebih 300 patah perkataan..huhu
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Realiti Krisis Air SelangorMy Profile

  2. mak lagenda says:

    Tak kisah la pendek atau panjang, janji isi di dalam entry tu juga memainkan peranan yg sama penting.

  3. maza says:

    Yang sedang-sedang aje vollleh?

    heheheh
    maza baru je tulis kisah Mengesot meminta-minta di Kota DamansaraMy Profile

    1. suri says:

      asal jgn lidah berbelit2 nk ucap dah le

  4. dinar says:

    So tehr, utk tajuk entri mana lebih baik? Pendek atau panjang? Confuse plk saya….hehehe
    dinar baru je tulis kisah TaHu itu senjata…My Profile

  5. dinar says:

    So tehr, utk tajuk entri mana lebih baik? Pendek atau panjang? Confuse plk saya….hehehe
    kalau pendek – tehr..
    kalau panjang – tehramuan kan?
    tapi bagi saya tehr lg glamor
    dinar baru je tulis kisah TaHu itu senjata…My Profile

  6. daddydee says:

    saya pun selalu main belasah je. Pendek panjang saya hentam sama rata..
    daddydee baru je tulis kisah ASB Loan : Cara SayaMy Profile

    1. fiezaradzi says:

      sama.. kadg2 tu fikir dgn isi.. ada tajuk panjang, de tajuk pendek..
      fiezaradzi baru je tulis kisah Berbuka Dengan Blogger TerkenalMy Profile

  7. chii says:

    chii pun ada dgr2 gak..dorang kata…panjang lg better..kiranya the more..the merrier :D
    chii baru je tulis kisah Internet tanpa sempadan – UnifiMy Profile

    1. suri says:

      wah dh cam berkata2 dlm bahasa sastera pula
      suri baru je tulis kisah Homemade By SuriMy Profile

  8. hatiputera says:

    pendek lagi bagus kalau penuh isi,,,
    hatiputera baru je tulis kisah Pelajar Sekolah Dan HandphoneMy Profile

  9. suri says:

    semoga blogger2 d panjangkan umur
    suri baru je tulis kisah Bila Pelangi HadirMy Profile

    1. fiezaradzi says:

      ameen.. boleh tunaikan mana2 yg perlu ditunaikan..
      fiezaradzi baru je tulis kisah Berbuka Dengan Blogger TerkenalMy Profile

  10. kakyon says:

    muga dipanjangkan usia dan mendapat keberkatan dlm hidup..
    kakyon baru je tulis kisah air tangan oyaMy Profile

  11. Mus says:

    panjang atau pendek.. yang penting maklumat dapat diterima dengan jelas..
    Mus baru je tulis kisah Tiket Penerbangan Menyaksikan Perlumbaan F1 Singapura Serendah RM49My Profile

  12. zool says:

    tak kisahlah pendek atau panjang. yang penting boleh dibaca.. jangan pendek sangat nanti tak paham pula.. dan jangan panjang sangat nanti lari dari matlamatnya. tak gitu?
    zool baru je tulis kisah Perubahan di bulan RamadhanMy Profile

  13. akubiomed says:

    Terpulang kalau entri kaya dengan SEO tidak menjadikan pembyacaan sesuatu yang menarik. Adalah lebih baik kalau buta SEO sebab akan menulis dari hati tanpa berfikir teknik atau formula.
    akubiomed baru je tulis kisah Komen cabaran SEO Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile

  14. irsah says:

    Terpulang pada penulis. Kalau malas pendek. Kalau rajin banyak idea panjang jadinya. Yang penting jangan syok sendiri melampau udah ler. sebab at the end owang dan robot yang jugak baca.
    irsah baru je tulis kisah Eyriqazz vs Denaihati – Puasa PowerMy Profile

  15. yas says:

    AKu pun x kaji sgt mende2 ni…tp bagi aku aku lebih suka pendek dan tepat….rasanya la kot….
    yas baru je tulis kisah Google Bantu Perangi Jenayah SiberMy Profile

  16. cikgu naman says:

    pendek kalau makan dalam tu bagus..hehe
    cikgu naman baru je tulis kisah Tak perlu ada scanner untuk scan dokumenMy Profile

  17. fiezaradzi says:

    yg penting, ada kaitan dgn isi kot.. kdg2 tajuk gempak, tapi isi satu pun tak faham.. huhu
    fiezaradzi baru je tulis kisah Berbuka Dengan Blogger TerkenalMy Profile

  18. amirulfaiz says:

    Kunci yang panjang tu, pintunya tebal kot, berat nak kuak. :)

  19. Pada kebiasaannya yang panjang memiliki kelebihan dari yang pendek kan? Tapi terpulang masing2 mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri… ;)
    Shasha Cahaya baru je tulis kisah Kekurangan Vitamin D?My Profile

  20. Faizul says:

    Dalam perjalanan hidup yang pendek ini, biarlah amalan kita sentiasa berpanjangan.
    Faizul baru je tulis kisah Jurnal Kosong akhirnya berdomain sendiriMy Profile

  21. Kulanzsalleh says:

    sama ada pendek atau panjang.. dua-duanya ada kegunaan fungsi dan peranan..
    Kulanzsalleh baru je tulis kisah Relax Time Made With PaperMy Profile

  22. Bro Zulkbo says:

    salam..
    panjang-panjang nih
    ramai yang fikir bukan-bukan
    he he..

    tapi realiti ramai yang beredar
    bila imam berdoa PANJANG :)
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah ATM Machines : Wordless WednesdayMy Profile

  23. titan says:

    entah. ikut suka hati rasanya. haha..
    titan baru je tulis kisah Berpuasa dengan Alpha Lipid Slimdiet IIMy Profile

  24. Panjang ke pendek, tetap juga kawe kena belasah bab seo he he :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah The Gin & Jacqie™ ShopMy Profile

  25. topijerami says:

    xtau la 2,
    dari pengalaman, entry 50 perkataan pun dah 1st page…
    rasanya tajuk panjang 2 better kot
    topijerami baru je tulis kisah PERMOHONAN MATRIKULASI KPM ONLINE 2013My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun