Pencuri Tidak Ditangkap

Siapa yang sedang angau, sedang mabuk cinta atau putus cinta, orang kata selalunya akan buat kerja pelik-pelik. Senyum sorang-sorang, bercakap sorang-sorang dan ada ketikanya menangis sorang-sorang [termasuk aku?]. Ada yang kata mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang…

Hanyut perahu menuju pulau,
Pulau Keladi jauh sekali;
Tidur malamku asyik mengigau,
Hatiku dicuri dibawa pergi.

Bagaimana dengan orang mabuk internet? Aku nampak sama je dengan orang mabuk cinta. Makan tak kenyang [tak mahu keluar ke kedai atau memasak], tidur tak lena [asyik main games atau layan faebook] dan mandi tak basah [memang tak sempat nak mandi pun]…

Putus tali melayang wau,
Di bawa angin ke mana pergi;
Geram hati tambah kacau,
Kabel telefon dicuri lagi.

Orang mencuri bermacam jenis, cara dan gaya. Pencuri kolar putih, pencuri kolar biru atau pencuri tak berkolar [tak pakai baju]. Ada yang curi duit, curi kereta, curi kapal terbang, hinggakan pasu bunga kat rumah Titan pun ada orang yang curi.

Siapa membawa nangka busuk,
Dialah yang rugi getah melekat;
Siapa manusia yang paling buruk,
Dialah yang mencuri dalam solat.

pencuriMinggu raya lepas aku juga tidak menangkap Si Kecil Mencuri Telur kat rumah aku. Tak sampai hati pula nak jentik telinga Si Kecil ni. :D

TehrDemikian kisah 'Pencuri Tidak Ditangkap' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


14 Comments

  1. dari pagi hingga ke petang,
    hujan lebat tiada hentinya;
    pencuri masuk tanpa diundang,
    mencuri harta yang bernilai dimatanya.

    dilamun cinta sememangnya asyik. tiada kira cinta manusia atau cinta internet, hanya yang merasa, menikmati indahnya.

    andai diberi cinta yang sungguh pada Ilahi,
    sanggup empunya diri bangun dinihari.
    rainbowcloudy baru je tulis kisah kampung : realiti lelaki tua ; fantasi pemudaMy Profile

  2. Jalan-jalan terpijak duri
    Hendak dibuang terasa geli
    Kisah Cinta dan kisah pencuri
    Kini telah digabung sekali

    Keluar ke pekan membeli baja
    Kemudian pergi beli ikan
    Jatuh cinta boleh saja
    Asalkan membawa kebaikan
    Shasha Mohamed baru je tulis kisah Microgreen Tinggi Khasiatnya!My Profile

  3. zool says:

    nak tangkap pencuri tu boleh tapi jangan disebat pulak ek.. comel tu
    zool baru je tulis kisah Perkara yang malang bila nak bersukanMy Profile

  4. shraqs says:

    Sekarang manusia sanggup buat apa saja hingga ketepikan agama, undang2, adat, budaya dan moraldi sebabkan tuntutan kehidupan yang semakin mendesak.
    shraqs baru je tulis kisah WordPress Untuk Android Update v2.2.2My Profile

    1. tp kalo nk diikutkan tekanan tu x leh dijdikan alasan..cuma mampu ke x kita harunginya..
      Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Siapa HazrulKhamsani?My Profile

  5. Jatuh cinta, memanglah asyik,
    Kalau derita, janganlah serik.

    Jika pencuri, dapat ditangkap
    Belum pasti, berubah sikap.
    Kak Long Mawar Merah baru je tulis kisah Raikan Bahasa Kebangsaan KitaMy Profile

  6. hisham says:

    Pencuri direman dlaam lokap
    Di beri kopi danmartabat
    Kalau hati sudah mantap
    Teruskan niat untuk tobat.
    hisham baru je tulis kisah Pesanan Takwa Di Pagi JumaatMy Profile

  7. hatiputera says:

    si comel tu bukan pencuri tetapi nakal jer.
    hatiputera baru je tulis kisah Daftar Astro e-Billing dan menang iPadMy Profile

  8. zik says:

    pencuri ini tidak akan ditangkap…. :-)
    zik baru je tulis kisah Keputusan terkini Malaysia U22 vs Indonesia U22, SCTV CUP 2012!!My Profile

  9. akubiomed says:

    Terlalu cute chendak dijentik. Kalau hati dicuri memang angau tak ingat.:-)
    akubiomed baru je tulis kisah Baby Aslah Oppa Gangnam StyleMy Profile

  10. cute sangat, xsampai hati nak jentik..hehe
    Panas Giler (djchef) baru je tulis kisah CONTOH SURAT RASMI TIDAK HADIR KE SEKOLAH|CUTI SAKITMy Profile

  11. hafizmd says:

    Macam2 mencuri ada rupanya.
    Paling teruk mencuri dalam solat.
    Tidak sempurna solatlah, macam2 curi boleh terjadi.

    Terima kasih cikgu utk nasihat ni =)
    hafizmd baru je tulis kisah Terima Kasih Daddydee & Cik TomMy Profile

  12. Cik Siti says:

    comel sangat! sebab tu yang sayang nak jentik telinga dia…
    Cik Siti baru je tulis kisah Usah Dengar Kata OrangMy Profile

  13. suri says:

    aroma telur rebus benar2 menikam kalbu dia
    suri baru je tulis kisah Salah Sendiri Salahkan Orang Lain PulaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun